?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.

Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.







Para pendidik dan guru seharusnya bersama menyambut usaha sumbangan yang diberikan kepada anak didik mereka terutama pengajaran berguna bagi memastikan kewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee, penerapan amalan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain dan membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

Para pendidik dan mentor memang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan personal anak didik. Mereka tentunya menyediakan detik pengajaran, dengan memaklumkan adalah tidak mengapa untuk melakukan kesilapan hinggalah kepada mengajar bagaimana dan betapa pentingnya untuk mengambil dan menghadapi risiko.

Pengajaran yang dapat dipelajari dari para pendidik boleh menjadi rangka dan panduan permentoran ditempat kerja. Pendidik sentiasa berkongsi strategi pengajaran yang baik untuk digunakan ditempat kerja.

Tidak ada manusia yang sempurna kecuali para anbia.

Membuat kesilapan boleh menjadi perkara yang baik. Kita tidak perlu mengeluh dengan teruknya apabila kita kerap melakukan kesilapan.


Malah, ia adalah salah satu peluang pertumbuhan terbaik.

Guru dan mentor yang baik dapat membantu pekerja, terutama pengurus maupun pentadbir baru, untuk menyedari bahawa kesilapan adalah salah satu cara terbaik untuk belajar.

Apa yang penting ialah bagaimana kita boleh menerapkan pembelajaran kepada perkembangan peribadi kita sendiri.

Membuat kesilapan boleh mengajar kita untuk merendah diri, mengetahui siapa kita dan hidup tanpa kekesalan.


Membuat kesilapan adalah sebahagian daripada kehidupan, dalam dan luar pejabat.

Apabila kita belajar dari guru dan mentor kita bahawa tiada siapa yang sempurna, kita dapat menghadapi  risiko dan mengubah kita menjadi orang yang lebih baik.

Guru dan mentor yang baik boleh membantu pelajar mengenali kesilapan yang telah dilakukan dan mencari strategi untuk mengelak daripada mengulangi kesilapan dari berulang di masa hadapan.


Ketika kita berusia muda, kita kerap mengemukakan soalan secara semula jadi daripada ketika kita berusia tua.

Kajian Harvard Business Review mendapati, kanak-kanak didapati bertanya dan menyoal pada sekitar 70 hingga 80 peratus masa, berbanding 15 hingga 25 peratus masa untuk orang dewasa.


Malangnya, banyak organisasi, sama ada secara sengaja atau tidak, dengan mudah menghantar mesej yang memudaratkan iaitu ‘terima sahaja ‘apa’ yang diberikan’ atau ‘ikut sahaja apa yang disuruh’ sebagai cara untuk memaklumkan kepada  pekerja, cara mudah untuk menyelamatkan karier dan kekal dengan pekerjaan mereka.

Bagaimanapun guru dan mentor yang baik, menggalakkan kita untuk bertanya dan menyoal dan menanam rasa ingin tahu.


Berdiam diri atau menyepikan diri akan menyebabkan kita mengambil dan membuat keputusan yang lemah tetapi dengan bertanya soalan adalah cara yang pasti untuk meningkatkan keyakinan dan menggalakkan kreativiti.

Dengan menyelami lebih mendalam, kita akan mampu mencabar sebarang andaian.

Organisasi seharusnya mengalakkan, memupuk,  bersikap terbuka dan membenarkan kakitangan kerja di semua peringkat untuk mengemukakan lebih banyak soalan daripada bergegas untuk menyiapkan tugasan kerja atau tergesa-gesa untuk mengemukakan jawapan.

Berikanlah peluang untuk staf kerja menanya soalan kerana ia adalah cara terbaik untuk berkembang.


Kita akan sentiasa mengingati dan merasai sesuatu apabila seseorang memberitahu kita bahawa kita boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.

Pastinya apabila kita menerima kritikan, kita akan rasa tercanggung dan tidak selesa; namun menerima maklum balas yang berguna adalah salah satu cara terbaik yang guru dapat membantu para pelajar dan mentor itu pula dapat membantu mente mereka.

Mempelajari apa yang baik kita boleh lakukan  dan apa yang perlu kita tumpukan dan beri perhatian untuk pertumbuhan adalah penting.

Tanpa maklum balas yang membina dan membantu, kita akan  cenderung untuk kekal terjebak.


Mentor harus berhati-hati untuk menawarkan maklum balas dengan cara yang betul.

Maklum balas yang baik akan membantu dan menjadi inspirasi.

Maklum balas boleh dianggap membina jika ia membantu orang lain memperbaiki kerja mereka dan menggalakkan mereka untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang dengan menawarkan tindakan tertentu.

Salah satu teknik yang biasa digunakan oleh mentor adalah untuk memulakan maklum balas positif, kemudian membincangkan bidang penambahbaikan sebelum kembali kepada catatan positif.


Pendidik dan guru yang baik menggalakkan pelajar mengunjurkan diri dan mengambil risiko bijak dan pintar.

Ini adalah penting untuk semua pekerja terutama golongan milenium, yang perlu merasa bahawa mereka adalah aset organisasi dan kemahiran dan kebolehan mereka adalah dinilai.

Ini penting jika organisasi mahu menyimpan dan mengekalkan mereka di organisasi mereka.


Organisasi yang tidak menggalakkan kakitangan mereka untuk mengambil dan mencipta peluang, terutamanya golongan bakal pemimpin yang akan datang, berisiko kehilangan beberapa orang terbaik mereka.

‘Millennials’ adalah generasi terbesar di Amerika Syarikat atau di negara dunia lain, dan mereka mahu bekerja untuk organisasi yang menghargai pertumbuhan peribadi mereka dan membantu mereka maju dalam kerjaya mereka.

Ciri seorang pendidik guru yang baik adalah yang menggalakkan pelajar mengambil risiko dan membina kepercayaan untuk berbuat demikian.


Pendidik guru dan mentor yang baik akan meluangkan masa untuk mendengar dan sentiasa ada bersama apabila diperlukan.

Mereka bersedia dan boleh membantu apabila seseorang menghadapi cabaran atau menghadapi situasi yang sukar.

Apabila guru bertanya kepada pelajar mereka tentang masalah yang mereka hadapi, pelajar akan mendapat peluang yang lebih baik untuk melakukan perkara yang sama di organisasi mereka jika mereka memutuskan untuk menjadi mentor kepada bakat muda.


Sering kali, para mentee boleh mencorak perjalanan mereka berhadapan masalah dan tampil dengan penyelesaian sendiri jika peluang untuk membincangkannya secara terbuka.

Mempunyai pendengar yang baik di pihak anda adalah penting untuk kedua-dua pelajar dan mentee.


Permentoran (Mentoring), seperti pengajaran, adalah satu cara untuk mengembalikan sesuatu secara jangka panjang.

Sambutan Hari Guru boleh menjadi masa yang sesuai untuk menghargai bukan hanya untuk guru tetapi untuk mentor juga, dan sumbangan yang berterusan untuk kehidupan kita dan komitmen yang berkekalan.

Azizi Ahmad Majalah Pendidik Rencana Rencana Bil 127 September 2018

Posts from This Journal by “mentor” Tag

  • Mentors beyond chalk and talk

    Even with the increasing workload and the many hats they wear, teachers are more than happy to guide and nurture their charges. EVEN after almost…

  • Blueprint demands for teachers

    The exercise to transform education will see the cikgu play a more critical role in and out of the classroom. EDUCATION is the pillar of nation…

  • Of MAD Mentors

    For things “to happen” in class, a teacher must excite, agitate and ignite the fire within each student. How would you like to be…

Latest Month

October 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow