?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

3 SEPT — Dua tajuk menarik mengenai kritikan telah disiarkan di media dengan tajuk “Kritikan yang dibuat biarlah bertempat” dan “Kritikan biarlah berpada-pada” baru-baru ini membuat saya ingin memberi pandangan.

Di tempat kerja terutamanya kita tidak akan terlepas dari dikritik oleh rakan sekerja. Ada yang tidak kisah dikritik ada juga yang cukup terasa jika dikritik.

Yang paling terkesan adalah cara yang salah dalam menyampaikan kritik yang akan mengeruhkan keadaan, tidak menghasilkan tindakan korektif, yang akan menimbulkan rasa tersinggung.

Kerana kritikan adalah sebuah tindakan pembetulan, maka anda harus mengkritik dengan tepat agar mesej akan tersampaikan dengan baik.

Dengan sikap keterbukaan yang kononnya disarankan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang baru dipilih pada 9 Mei 2018 ini, mari kita mengambil dua contoh untuk dijadikan iktibar.

Pertama: Perdana menteri Malaysia ketujuh menyatakan “Sesiapa saja boleh berkata tidak baik kepada beliau, tetapi jika beliau tidak suka beliau akan menyaman orang yang berkata tidak baik terhadap beliau”.

Kedua: Menteri besar Kedah yang baru memberitahu rakyat Kedah untuk memaklumkan kelemahan dalam pentadbiran pasukan beliau.

Kedua-dua kenyataan ini menampakkan kedua-dua pemimpin anak-beranak ini bersedia menerima kritikan asalkan ia tidak menyalahi dan melanggar tatasusila dan adat dan budaya rakyat Malaysia.

Dalam kehidupan seharian, kita sering perlu mengkritik tindakan orang lain tetapi pada masa yang sama ia boleh menjadi tugas yang menakutkan. Tiada siapa yang suka diberitahu mereka salah atau perlu membetulkan tindakan mereka.

Namun, hanya kerana manusia tidak suka dikritik, tidak bermakna kita tidak perlu mengelak daripada melakukannya. Jika kita membenarkan ‘pelaku’ untuk terus melakukan perkara yang salah, kita hanya akan mendendam dan membenci tindakan mereka dan secara tidak langsung menghalang mereka dari mengetahui kesilapan mereka.

Kita akan berasa kesal kerana tidak berani memaklumkan ‘kesilapan’ mereka yang bersalah seperti yang pernah dilalui oleh bekas menteri belia dan sukan terhadap bekas Pengerusi Barisan Nasional yang menyebabkan kejatuhan ‘rejim’ yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengkritik orang lain tanpa menjadikan mereka musuh kekal kita.

Untuk mengkritik orang lain, kita sendiri hendaklah berada dalam keadaan yang lurus dan benar. Kita juga perlu bijak untuk mengkritik orang lain.

Saya sering mengingatkan diri saya sendiri bahawasanya saya juga melakukan kesilapan yang sama. Kebiasaannya cara ini tidak pernah gagal memperbaiki keadaan.

Walaupun ia bukannya selalunya benar atau betul, kita boleh memperlahankan atau melembutkan kritikan dengan mengatakan bahawa “saya juga melakukan kesilapan dan dalam situasi ini saya juga turut akan melakukan perkara yang sama...”

Penyataan ini boleh berjaya dimaklumkan kerana ia mengelakkan kita menyatakan atau berasa unggul dari orang lain. Kita turut mengaku bahawa kita juga tidak sempurna, namun kita tidak berasa bersalah kerana orang lain turut melakukan kesilapan.

Contoh yang baik adalah ketika bersama rakan sekerja anda, seorang rakan kerja akan menjadi gugup dan pastinya melakukan kesilapan; jika kita asyik menyatakan dan menyalahkan mereka; tentu sekali mereka akan berasa diperkecilkan dan hilang motivasi.

Bagaimanapun jika kita menerimanya dan membantu mereka dengan memperbetulkan kesilapan dan kekurangan mereka, tentunya mereka tidak akan berasa sengsara.

Sebanyak 70 peratus dari perbualan adalah melalui nada suara dan ekspresi muka. Penyataan boleh menjadi aspek yang tidak penting. Jika anda perlu menunjukkan kegagalan dalam tingkah laku seseorang, berhati-hati dengan cara ia dinyatakan.

Elakkan bercakap dalam nada yang menyatakan, sindiran, kemarahan, permusuhan atau pengungkapan. Seboleh-bolehnya, bercakap dengan cara yang sopan, mesra dan semula jadi. Ini menjadikan perbezaan yang besar. Walaupun anda merasakan, orang itu patut dimarahi; sindiran anda tidak akan membantu memperbaiki keadaan. Jika anda terus melakukannya, mereka akan bertindak balas dengan cara yang negatif. Sekiranya anda mengkritik dengan cara yang bijak, mereka akan lebih bersimpati dengan maksud anda.

Sekiranya rakan sekerja telah melakukan sesuatu yang mengecewakan, kita merasa sukar untuk mengkritik tanpa menyatakan emosi negatif kita. Jika ini berlaku, cubalah memberi senyuman sebelum dan semasa perbualan anda.

Apabila kita tersenyum ia secara sedar membezakan situasi tegang. Apabila kita tersenyum, lebih mudah untuk berasa tenang dan mencipta getaran positif.

Tiada siapa yang menyukai orang yang suka menyibuk, yang akan sering menegur kesilapan yang kecil. Jika anda sering mengkritik bagi setiap kesilapan yang kecil, maka, apabila terdapat sesuatu yang serius, mereka telah menetapkan keengganan berdasarkan sifat kritikal anda.

Bersikap toleransi di mana mungkin; jika seseorang tidak berkongsi keghairahan anda untuk meletakkan ‘hati dan jiwa” itu secara tepat pada tempat yang betul, perlu kita ingat ini bukan kepincangan personaliti utama.

Mungkin lebih mudah untuk hidup dengan membiarkan mereka bersendirian untuk sementara waktu. Berilah kritikan pada perkara yang penting sahaja.

Jika kita bijak,  kita mungkin dapat mengubah tingkah laku seseorang tanpa mengkritik mereka. Jika rakan sekerja kerja terus melakukan perkara yang salah, cuba mencadangkan cara yang betul untuk melakukannya.

Sesuaikan keadaan dengan sifat positif mereka. Cadangkan cara yang betul untuk melakukan perkara dengan melibatkan kritikan tersirat; tetapi, yang penting adalah melakukan perkara yang betul, sembunyikan kritikan anda dengan cara yang baik.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan; tiada seorang pun yang bekerja yang tidak mempunyai kualiti yang baik. Jika anda perlu mengkritik seseorang, mengapa tidak bermula dengan menunjukkan beberapa perkara yang baik yang mereka lakukan.

Ini akan meletakkan mereka dalam mood yang baik, dan oleh itu mereka akan menerima kritikan dengan hati yang tenang. Jelas sekali kita harus mempunyai keikhlasan dalam pujian kita, kalau tidak, mereka akan melihat dan mengesan pujian palsu kita.

Pujian harus diberikan jika mereka melakukan perkara yang betul, walaupun kekadang ianya tidak benar. Kaedah ini agak licik, tetapi patut dicuba. Katakan seseorang sangat tidak selesa dalam mengisi borang.

Ciptakan satu keadaan dengan memberitahu bos anda betapa baiknya orang itu melakukan tugas ini. Jika orang itu tahu akan apa yang telah anda maklumkan kepada ‘ketua jabatan’ anda, mereka mungkin berasa segan dan malu dan pastinya akan melakukan kerja dengan lebih cekap.

Saya mendapat idea ini dari menonton episod “British Sitcom, Yes Minister” di mana kakitangan perkhidmatan awam enggan melaksanakan pembaharuan yang dicadangkan oleh menteri.

Menteri tersebut kemudiannya memaklumkan di sidang media TV dan memberi pujian terhadap perkhidmatan awam kerana melakukan pekerjaan yang sangat baik dalam melaksanakan reformasi-reformasi tertentu sebaik mungkin. Apa yang dikatakan oleh menteri itu sebenarnya tidak betul, tetapi kerana beliau memberi pujian kepada mereka di TV, perkhidmatan awam terpaksa menunaikan pujian menteri dan melaksanakan reformasi.

Azizi Ahmad The Malaymail Projek MMO Pendapat 3 September 2018

Posts from This Journal by “kritik” Tag

  • Kritik jangan sampai jejas perasaan

    Penulis ingin merujuk kepada artikel 'Kritikan biarlah berpada-pada' oleh Matthew Chan bertarikh 2 September 2018. Di tempat kerja…

  • Pengkritik sebenarnya tak bebas

    Saya bercakap daripada pengalaman, bukan daripada persepsi atau daripada buku. Saya menghabiskan 21 tahun sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan…

  • Boleh kritik kerajaan

    Hukuman bagi pengkritik tiada dalam akta baru Kuala Kangsar: Akta Keharmonian Nasional tidak akan menghalang mana-mana pihak membuat kritikan…

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow