?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Budaya kerja toksik

Budaya kerja. Cuba anda gunakan enjin pencarian Google dan anda akan mendapat hasil keputusan carian sebanyak 1,71,00,00,000 (0.67 saat) mengenai ‘budaya kerja’.

Itulah betapa besarnya ‘buzz’ perkataan ini yang dijelmakan dalam pasaran. Tetapi masih terdapat banyak organisasi yang gagal mengakui betapa pentingnya mewujudkan budaya kerja di mana pertumbuhan pekerja dan kebebasan berkreatif diutamakan.


Budaya kerja yang hebat memberi makna bagi kakitangan atau pekerja untuk berkongsi  karya terbaik mereka, di tempat kerja.

Dalam hal yang sama, budaya kerja toksik merosakkan niat dan usaha mereka yang terbaik dari keadaan yang buruk ke keadaan yang lebih buruk dalam beberapa hari.

Sesuatu organisasi seharusnya mengutamakan kegembiraan dan kebahagiaan kakitangan mereka.

Namun ianya jarang terjadi. Ramai yang berada dan bekerja serta terlibat dengan organisasi yang kita kenali dengan ‘budaya kerja toksik’.
Jadi, apa yang menyebabkan sesuatu budaya kerja itu ‘toksik’?

Melalui pengalaman kerja saya (yang akan berpencen tidak lama lagi) didapati ramai yang bersikap ‘ikut cara saya’.

Kebanyakan mereka yang mengaku sebagai ‘bos’ akan sentiasa berkata mereka saja yang betul. Walaupun tidak ramai yang bersetuju dengannya, tetapi masih ada keperluan dalam urusan di mana hanya ada seorang yang boleh mengatakan apa yang perlu dilakukan.

Dan, ini adalah petanda pertama dan paling menonjol bahawa anda adalah sebahagian daripada budaya kerja yang tidak akan bertahan lama.

Idea anda mungkin didengari, tetapi pada akhirnya ‘bos’ atau ketua jabatan yang akan membuat keputusan muktamad.

Kerap juga anda akan mendengar rakan-rakan untuk bertukar kerja. Dalam apa sahaja perbincangan yang anda dengari pastinya topik perbincangan adalah mengenai bertukar kerja,

Samada anda berada ditempat kerja anda, dikantin untuk makan tengahari atau minum teh petang, apa yang hanya dengar adalah peluang mencari kerja lain atau meletak jawatan.

Bagaimanakah anda akan menjangka rakan memberi tumpuan kepada kerja jika ramai yang asyik berbincang mengenai peluang pekerjaan yang lebih baik?

Jika anda sering sahaja terdengar atau bersama rakan berbincang mengenai pertukaran kerja maka adalah jelas bahawasanya anda adalah sebahagian dari kumpulan budaya kerja toksik.

Anda juga akan berperasaan bahawa terlalu banyak mesyuarat dijalankan dan terlalu banyak rahsia yang tidak dikongsikan.

Memang adalah baik untuk mengadakan sesi mesyuarat perbincangan bersama kakitangan dan ia adalah sesuatu petanda yang positif.

Tetapi apabila mesyuarat yang dijalankan mempunyai agenda yang anda tidak boleh berbincang dengan sesiapa pun, maka tentunya ia bukanlah sesuatu yang sepatutnya berlaku.

Sesuatu budaya kerja yang sihat biasanya akan melibatkan perbincangan dapat dikongsikan bersama.

Namun, apabila anda sering melihat banyaknya mesyuarat tertutup, ahli pasukan tidak dibenarkan untuk turut membincangkan agenda yang mereka terlibat sama, pastinya anda akan terasa bahawa budaya kerja akan menjadi tidak baik dan akan menjadi lebih buruk.

Penghargaan atau dihargai juga merupakan titik tolak dalam budaya kerja toksik. Manusia bukan sahaja mendambakan wang ringgit tetapi turut mahu dihargai.

Malahan, penghargaan atau dihargai merupakan tahap teratas dalam mendorong kegembiraan dan kebahagiaan pekerja.

Sekarang cuba anda ingat semula, bilakah kali terakhir anda menerima ucapan tahniah atau diberi penghargaan diatas usaha kerja anda? Ingat ka tidak?

Tahniah ! Anda kini sedang berada dalam organisasi budaya kerja toksik.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 5 September 2018

Posts from This Journal by “kerja” Tag

Latest Month

October 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow