?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Pada sidang akhbar dalam bulan Mei 2018, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mengambil portfolio Kabinet kedua sebagai Menteri Pendidikan kerana beliau berpendapat bahawa terdapat "begitu ramai orang tidak berpendidikan atau terpelajar (uneducated)  di negara ini."


Sehari kemudian, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju bahawa beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada masa yang sama kerana ia akan bertembung dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Bagi pendidik dan guru terutamanya di Kementerian Pendidikan, tentunya ia merupakan satu berita yang menggemparkan seperti ‘gegaran di skala Richter' kerana semua orang tahu apa yang akan dilakukan oleh PM yang bijak ini  jika beliau menjadi Menteri Pendidikan.


Antara yang lain yang disebutkan adalah membaikpulih kaedah pengajaran yang sudah ketinggalan zaman. Mungkin juga ada yang akan bertanya samada beliau merujuk kepada pegawai kementerian atau pendidik di sekolah untuk istilah ‘uneducated’.

Tentunya semua orang tahu, hampir semua pegawai di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi serta institusi pendidikan adalah pemegang ijazah dan ijazah lanjutan yang menjadikan mereka 'berpendidikan'.

Saya akan mengatakan bahawa 'orang berpendidikan' adalah orang yang telah belajar bagaimana untuk mendapatkan apa yang dia mahu tanpa melanggar hak orang lain melalui cara pemikiran alternatif yang betul iaitu pendidikan.

Manakala, 'orang tidak berpendidikan' adalah orang yang kurang mendapat pengetahuan, latihan teknikal, boleh membaca tetapi tidak mau atau tidak dapat menerima informasi dari sumber berkaitan.

Perbezaan antara orang yang berpendidikan dan tidak berpendidikan adalah tingkah laku mereka, proses kognitif dan mentaliti.

Seseorang juga dikatakan ‘terdidik’ dengan memperoleh pengetahuan atau kebijaksanaan melalui mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Orang yang berpendidikan memikirkan secara logik tentang setiap keadaan dalam kehidupan.

Orang yang tidak berpendidikan mungkin atau tidak boleh melakukan perkara yang sama.

Orang yang berpendidikan lebih menyedari persekitarannya seperti keadaan sosial, politik, dan ekonomi berbanding dengan orang yang tidak berpendidikan.

Orang yang berpendidikan lebih mampu memberi tumpuan  pada diri sendiri manakala orang yang kurang berpendidikan lebih terbuka, dan mampu menerima pandangan orang lain.

Maklumat dan pengetahuan boleh diperolehi melalui penglibatan dan pengalaman. Dan umum mengetahui bahawa individu yang kurang menerima pendidikan formal, turut  mempunyai maklumat yang menguntungkan hasil bersama mereka.

Mungkin disebabkan sosio-ekonomi yang berbeza seperti kemiskinan, kecenderungan politik, pembatasan, beberapa individu yang cerdik dan bijak dinafikan untuk mendapat pendidikan yang hebat.

Mereka boleh menjadi lebih bijak dan pintar dari kebanyakan orang yang berpendidikan dalam bidang tertentu mereka. Sebagai contoh, seorang mekanik kereta tidak berpeluang melanjutkan pendidikan hingga ke menara gading, namun beliau lebih arif tentang enjin dan kenderaan berbanding orang lain.

Tidak ada perbezaan diantara mereka yang berpendidikan atau kurang berpendidikan dari sudut kemanusiaan.

Kerapkali mereka yang berpendidikan lebih tinggi memperolehi motivasi dari individu yang tidak berpendidikan tinggi.

Saya mengakui, adalah tidak adil untuk menghakimi seorang individu berasaskan tahap pendidikan mereka. Lagipun, semua orang mempunyai sesuatu yang luar biasa atau kehebatan atau kelebihan masing-masing. Wallahualam.

Azizi Ahmad (Kheru Khek) Utusan Malaysia Forum 7 September 2018

Posts from This Journal by “pendidikan” Tag

Latest Month

October 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow