Saya juga mempunyai perasaan yang sama, apabila saya mengajar pelajar saya terutama dan apabila tarikh menghantar ‘penulisan akademik’ diserahkan, tetapi saya bukanlah seorang 'pemimpin nasional' yang dimaksudkan.
![]() |
Antara seorang perdana menteri dan pendidik
Keadaan ini sering berlaku apabila kami sering memanggil pelajar untuk perjumpaan ‘koloborasi’ tetapi mereka tidak datang dan meminta kami supaya berlembut dan bertimbangrasa dalam menjalankan penandaan dan penggredan kami.
Walaupun terdapat beberapa orang yang datang untuk berjumpa dengan kami tetapi masih ramai yang tidak mematuhi keperluan penandaan dan penggredan.
Saya ada mengajar mereka tentang personaliti yang meliputi Gangguan Keperibadian Obsesif dan Kompulsif (Obsessive-Compulsive Personality Disorder).
Ada yang tertawa ketika saya menyebut tentang 'kesempurnaan’ (perfectionisme) kerja yang harus diserahkan.
Dalam hal ini pengajar sepatutnya bersungguh-sungguh dan mempunyai tahap aspirasi yang tinggi, ditambah dengan kesempurnaan.
Seorang pendidik tidak sepatutnya berpuas hati dengan pencapaian mereka, dan begitu juga pelajar yang memerlukan lebih banyak tanggungjawab.
Untuk mengajar, pengajar mesti mempunyai nilai kebolehpercayaan, boleh dipercayai, teratur dan kemas, tetapi ketidakfleksibiliti mereka sering membuat mereka tidak mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah.
Dalam penandaan dan penggredan penulisan akademik, pendidik mesti berhati-hati, perlu menimbang semua aspek masalah, dan memberi perhatian kepada setiap butiran sebelum bersetuju untuk memberikan skor.
Dalam kerja penandaan dan penggredan, sangat sukar bagi pengajar untuk membuat keputusan dan menyelesaikan tugas dengan begitu sempurna.
Pengajar atau penanda harus mampu mengawal perasaan dengan baik, bersedia untuk jawapan yang tidak di jangka yang diberikan oleh calon.
Perbincangan diantara rakan sekerja bergantung kepada kesederhanaan yang dilakukan atau seseorang mungkin mempunyai rasa pengasingan dan tidak berdaya.
Pelajar juga akan cuba mengekalkan jarak emosi dengan pengajar agar kurang tertekan dan cuba untuk bertenang
Saya biasanya mendengar pelajar bercakap sesama sendiri untuk 'tabah, tenang, dan bersedia menerima apa sahaja' agar tidak kecewa atau bersikap defensif.
Mengasingkan diri akan memusnahkan keyakinan diri mereka. Jadi sudah tiba masanya untuk memberi mereka galakan dan kritikan membina.
Nasihat saya kepada pelajar saya adalah untuk bersabar dan bertahan dan mengekalkan fokus pada urusan harian dan cuba melakukan yang terbaik.
Azizi Ahmad Free Malaysia Today Pandangan September 10, 2018