?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Jangan cepat puas hati

BEBERAPA hari yang lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi menteri-menteri Kabinet sejak mereka dilantik ke portfolio masing-masing dalam kerajaan baru.

Saya juga mempunyai perasaan serupa apabila mengajar pelajar saya terutama dan apabila tarikh untuk menghantar ‘penulisan akademik’. Namun, saya bukanlah seorang ‘pemimpin nasional’ seperti mereka.

Keadaan ini sering berlaku apabila kami sering memanggil pelajar untuk perjumpaan ‘koloborasi’ tetapi mereka tidak datang dan meminta kami supaya berlembut dan bertimbang rasa dalam menjalankan penandaan dan memberi gred.

Walaupun terdapat beberapa orang yang datang untuk berjumpa dengan kami tetapi masih ramai tidak mematuhi keperluan dalam penandaan dan pemberian gred.

Saya ada mengajar mereka tentang personaliti yang meliputi Gangguan Personaliti Obsesif dan Kompulsif (OCD). Ada yang tertawa ketika saya menyebut tentang ‘kesempurnaan’ (perfectionisme) kerja yang harus diserahkan.

Dalam hal ini, pendidik sepatutnya bersungguh-sungguh dan mempunyai tahap aspirasi yang tinggi, ditambah dengan keinginan untuk kesempurnaan.

Seorang pendidik tidak sepatutnya berpuas hati dengan pencapaian mereka dan begitu juga pelajar yang memerlukan lebih banyak rasa tanggungjawab.

Untuk mengajar, pendidik mesti mempunyai nilai kebolehpercayaan, teratur dan kemas tetapi sikap tidak fleksibel sering membuat pendidik tidak mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah.

Dalam penandaan dan pemberian gred penulisan akademik, pendidik mesti berhati-hati, perlu menimbang semua aspek masalah dan memberi perhatian kepada setiap butiran sebelum memberikan skor akhir.

Dalam kerja penandaan, sangat sukar bagi pendidik membuat keputusan dan menyelesaikan tugas dengan begitu sempurna. Kami harus mampu mengawal perasaan dengan baik, malah bersedia untuk jawapan yang tidak di jangkakan daripada calon.

Perbincangan di antara rakan sekerja bergantung kepada kesederhanaan yang dilakukan atau seseorang mungkin mempunyai rasa terasing atau tidak berdaya.

Pelajar juga akan cuba mengekalkan jarak emosi dengan pengajar agar kurang tertekan dan cuba untuk bertenang.

Saya biasanya mendengar pelajar bercakap sesama sendiri untuk ‘tabah, tenang, dan bersedia menerima apa sahaja’ agar tidak kecewa atau bersikap defensif.

Mengasingkan diri akan memusnahkan keyakinan diri mereka. Jadi sudah tiba masanya untuk memberi mereka galakan dan kritikan membina.

Nasihat saya kepada pelajar saya adalah untuk bersabar dan bertahan dan mengekalkan fokus pada urusan harian dan cuba melakukan yang terbaik.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 14 September 2018

Latest Month

October 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow