?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Bahaya narsisis, jangan mudah terpedaya

14 SEPT — Hampir di semua pejabat atau tempat kerja akan mempunyai mereka yang hebat, yang tidak hebat, yang ‘hang jebat’ dan yang ‘sawan’.

Di mana-mana tempat kerja, mereka yang berkelayakan, berjawatan kanan akan terkena ‘sawan narsisis’ dan ‘sawan’ ini juga terkena dengan mereka yang berjawatan lain yang dikenali sebagai ‘sawan bermegah’.

Jika ditegur mereka akan marah, jika dibiarkan mereka akan naik tocang.

Anda tentunya mendengar label narsisis dalam perbualan biasa, dalam artikel berita atau di televisyen.

Kebanyakan orang menggunakan perkataan itu untuk menggambarkan lelaki dan wanita yang berfikir hanya tentang diri mereka sendiri dan tidak terlalu menghargai perasaan orang lain.

Kakang sentiasa berbicara dan berkongsi tentang kehidupan sosialnya yang “menakjubkan” di Facebook, hebatnya seorang narsisis!

Liana asyik dan sering bercakap tanpa henti tentang dirinya sendiri dan tidak akan membiarkan orang lain berpeluang mengatasi cerita kehebatan beliau, maka dia seorang narsisis!

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini sepanjang masa, ia memberikan satu gambaran umum bahawa mereka yang berciri ‘narsisis’ adalah berciri ‘egomania’ yang dungu dalam bersosial.

Mereka ini beranggapan bahawa mereka lebih berkebolehan dan hebat, pendapat dan apa saja yang mereka lakukan adalah yang terbaik berbanding orang lain, yang pada asasnya mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri.

Di sesetengah tempat kerja, mereka ini akan meremehkan dan merendahkan sumbangan rakan sekerja, menganggap diri mereka begitu istimewa dan unik dan akan tersinggung apabila orang lain tidak memperakui apa yang mereka lakukan.

Kita bercakap mengenai narsisis di tempat kerja.

Saya telah bekerja dengan empat orang ketua pejabat yang bersikap narsisis. Saya sentiasa di perlekehkan, mereka juga tidak rasa bersalah dengan pembohongan dan cerita yang mereka cipta.

“Mereka juga sering melagakan atau mengadu domba antara kami, dan yang paling buruk adalah ‘membunuh karakter’ yang tidak hanya memudaratkan kepada saya, tetapi menjejaskan hubungan sekerja dengan pelanggan utama.

“Mereka membuat laporan palsu kepada pihak pentadbir dengan memburukkan kami dan sering memalukan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka dan akan membuat mereka kelihatan hebat,” cerita Nor.

Keterangan Nor kelihatan lebih jelas menunjukkan jenis narsisisme yang kita ketahui.

Narsisis ini melihat dirinya lebih penting dan berpengaruh daripada orang lain. Mereka akan cuba menonjolkan pencapaian sendiri, membesar-besarkan kepentingannya, dan mahu orang lain berasa iri hati, cemburu dan kagum dengan mereka.

Mereka percaya dan merasakan mereka ditakdirkan untuk berkedudukan tertinggi dalam organisasi.

Kesombongan, kemegahan dan paparan keunggulan mereka mungkin membuat anda ingin bertindak dan bersaing untuk bertindak balas.

Anda dinasihatkan untuk jangan mengikut telunjuk permainan mereka. Sebarang cabaran hanya akan menyebabkan mereka meningkatkan usaha untuk kelihatan unggul.

Sebaliknya, anda mungkin mendapati diri anda tertarik dengan ‘sawan kemegahan’ yang ditunjukkan kerana anda juga ingin menunjukkan apa yang anda boleh lakukan.

Berkemungkinan mereka berjaya mencorakkan anda mengikut telunjuk kerana anda kini sudah terpengaruh dan tunduk dengan cara mereka.

Narsisis ‘sawan megah’ tidak akan pernah merasa bersyukur dan tidak akan melakukan apa-apa untuk memajukan kerjaya anda kecuali ada sesuatu yang memberi kelebihan kepada mereka.

Jika perlu, mereka akan memusnahkan anda tanpa berfikir panjang. Berhati-hatilah berhadapan si ‘sawan megah’ atau ‘grandoise’. (483)

Kheru Khek terkena sawan ...

Azizi Ahmad The Malaymail Projek MMO Pendapat 14 September 2018

Posts from This Journal by “narsisis” Tag

Latest Month

October 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow