?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Naik taraf bilik guru

Bagi para pendidik mau pun guru terutamanya di sekolah atau di institusi pendidikan pastinya akan mendapati mereka akan ditempatkan di suatu kawasan yang dipanggil sebagai ‘bilik guru’.

Di situlah para pegawai perkhidmatan pendidikan tidak kira gred atau pangkat akan berkumpul bersama apabila hadir untuk bertugas.

Pastinya mereka yang pernah ke sekolah atau institut pendidikan guru akan melihat para akademik akan berada di satu bilik besar dengan hadangan atau ‘partition’ yang disediakan bagi setiap pegawai.


Tidak kiralah pegawai perkhidmatan pendidikan itu bergred Darjat Guru 54, DG52, DG48, DG44 atau DG41 kecuali mereka yang diberikan jawatan sebagai Pengarah (DG54), Timbalan Pengarah (DG54/52), Ketua Jabatan (DG52/DG48), Ketua Unit (DG48/DG44).

Di institusi pendidikan tertentu pastinya tempat-tempat ini diisi oleh mereka yang diberi peluang untuk menjawat jawatan yang diperuntukan tidak kira atau samada ianya mengikut ‘piawai prosedur’ atau tidak.

Berbanding dengan Pensyarah Universiti yang tentunya bergred DS (Darjat Syarahan) mereka diperuntukkan sesuai dengan kedudukan dan jawatan bilik pejabat sendiri.

Pastinya jika melihat keadaan, tempat kerja para pendidik disekolah pastinya penuh sesak dengan peralatan, barangan maupun bahan akademik.

Dengan keluasan atau kemampuan pihak institusi pendidikan tentunya setuju, suka atau tidak, para pegawai pendidikan harus menerima dan bersedia dengan keadaan seadanya.


Ada juga yang berjenaka dan berseloroh, asalkan ada kerusi dan meja sudah cukup baik dan bersyukurlah.

Tetapi secara jujurnya siapakah yang mahu bekerja dalam suasana bahagia, penuh kasih sayang dan perasaan hormat menghormati sekira suasana persekitaran tempat kerja seolah seperti ‘lokap’ atau ‘penjara’.


Apalagi dengan program EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang sedang hebat di jalankan dengan  inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S.

Tentunya pegawai perkhidmatan pendidikan terutamanya inginkan tempat kerja yang bercirikan ‘sarang tebuan’.

Keadaan di sarang tebuan adalah meriah, bertenaga dan penuh dengan bunyian dan suara; sementara ‘lokap atau penjara’ adalah  sejuk,  tersendiri dan terasing.


Adakah anda dapat mesej saya ini?

Yang sebenarnya, pihak pentadbir institusi hanya akan memberi jawapan yang merupakan alasan seperti ‘maaf dan anda patut tahu dan faham yang kita tidak mempunyai kawasan atau bilik untuk setiap pegawai di tempat kita, jadi elok saja anda semua ditempatkan di satu kawasan atau tempat yang sama’.

‘Lagi pun berada bersama di tempat yang terbuka akan lebih luas pemandangan dan interaksi dan komunikasi akan lebih bermakna.”


Keluasan dan kawasan sesebuah institusi pendidikan adalah merupakan dan seolah satu kawasan atau medan peperangan.

Kebanyakan institusi pendidikan turut meningkatkan pengambilan pelajar, oleh itu memastikan dewan syarahan dan bilik kuliah bagi menampung pertambahan kemasukan bilangan pelajar adalah penting dan mustahak serta merupakan permasalahan yang jelas harus diselesaikan.


Namun, adakah pihak pentadbir mengambil dan memberi perhatian terhadap ‘kebajikan dan keselesaan’ mereka yang menyumbang tenaga dan khidmat bakti untuk pengajaran dan pembelajaran?

Pentadbir akan lebuh memusatkan perkara seperti menempatkan mesin penyalin (fotostat) dan bilik peralatan pembersihan, almari dan cabinet; dan lebih mudah memujuk kakitangan akademik untuk berkongsi pejabat atau ruang tempat kerja. Yahoooooo, selamat datang ke ‘sarang tebuan’; sudikah anda bersetuju dengan keadaan ini.

Adalah menjadi amalan di mana-mana pusat pengajian tinggi atau universiti untuk menempatkan setiap pegawai perkhidmatan pendidikan mereka dengan bilik mereka sendiri (sarang sendiri daripada ‘lokap’) kecuali di institut pendidikan guru Malaysia.

Teringat saya akan seorang novelis yang bernama Virginia Woolf; dengan maksud bukan sahaja seorang penulis novel yang memerlukan bilik kerja sendiri.

Para pendidik terutama yang bergelar ahli akademik memang memerlukan, ruang sendiri untuk bertemu dan berjumpa dengan pelajar; tempat yang sunyi dan senyap untuk menyediakan atau membuat persiapan pengajaran kuliah atau pun menjalankan kajian dan penulisan.


Bukankah ini yang menjadi amalan yang sepatutnya, dan apa sahaja yang komen atau pernyataan radikal diperkatakan terhadap ahli akademik, hakikatnya ahli pendidik dan akademik memerlukan persekitaran konservatif mereka sendiri.

Azizi Ahmad Mingguan Malaysia Forum 23 September 2018 Ms 18

Tags:

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow