Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebenarnya sendiri sedia maklum dan Kementerian Pendidikan pula dikatakan akan menilai cadangan untuk membolehkan pendidik menilai pentadbiran di peringkat sekolah sama ada melibatkan guru besar atau pengetua.
.jpg)
Kita semua sedia maklum mana-mana Kementerian dan Jabatan memang memerlukan semua kakitangan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Pelbagai perubahan dalam Sistem Penilaian Tahunan termausklah Sistem Penilaian Bersepadu telah dijalankan.
Dalam konteks kakitangan kerajaan Pegawai Yang Di Nilai sering tidak mendapat perhatian yang telus, jujur dan ikhlas dari Pegawai Yang Menilai dan terpaksa menerima hakikat dan kenyataan yang telah diberikan oleh ‘kumpulan’ yang menilai. Ini sudah berjalan sejak dari era perpaduan, ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ hinggalah era Harapan (Keadilan, Amanah, Bersatu,)
Sungguh pun pihak pentadbir bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang penyayang dan bahagia sering pandangan dan pendapat dari pegawai yang di nilai jarang dihormati dan biasanya dibuang ketepi.
Kita memang disarankan untuk patuh dan bekerjasama dalam segala aktiviti yang dijalankan. Kita sama-sama mempunyai peranan dan matlamat serta objektif yang ditetapkan namun sering dipaksa menerima dan mengikut ‘pentadbiran’ satu hala.
Samada benar saranan bahawa pendapat, pandangan dan suara pegawai yang berkhidmat akan di dengari atau di layani masih lagi menjadi tanda tanya kerana sudah sekian lama tidak ada petunjuk positif yang telah di tunjukkan dan di laksanakan.
Memang benar keberkesanan dititik beratkan, mengenalpasti kebaikan dan kelemahan bagi tujuan penambahbaikan di sarankan tetapi bersediakah dan sudikah pihak pentadbir atau mereka yang bergelar Ketua Unit, Ketua Jabatan atau Pengarah di nilai oleh ‘pegawai yang dinilai’. Sudah pastinya mereka akan tidak bersetuju kerana mereka akan berkata ‘merekalah ketua, merekalah yang berkuasa, hanya mereka yang berhak bersuara’.
Dalam membuat penilaian terhadap ‘pihak pentadbir’, pastinya hasil penilaian yang diberikan terhadap mereka ini dengan pantas dan cepatnya akan di isi, namun serahan penilaian terhadap ‘pihak pentadbir’ mestilah diberikan dan dinilai oleh ‘jawatankuasa bebas dan berkecuali’ atau yang bukan dari institusi atau organisasi sendiri. Ini adalah untuk memastikan peluang untuk memberi maklumbalas yang jujur, telus dan ikhlas dan tanpa ‘takut’ atau dikenakan tindakan tindakbalas.
‘Pegawai yang sering menjadi mangsa’ mungkin hanya mampu berdoa dan berharap pihak berkecuali akan mengambil kira dan memberi perhatian terhadap pandangan dan komen yang diberikan melalui proses penilaian yang dicadangkan. Penilaian maklumbalas yang sedia ada sendiri masih lagi terperap dan tidak diambil tindakan dan perhatian oleh pihak institusi berkenaan.
Kheru Khek adalah seorang pendidik
Azizi Ahmad The Malaysian Insight Bahasa Pandangan Anda 3 Oktober 2018