?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

‘Pendidik di seluruh negara akan dikecualikan daripada beban tugas perkeranian’ memang sudah lama diperkatakan.

Walau pun Menteri Pendidikan silih berganti , walaupun Ketua Pengarah Pendidikan turut berganti namun tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personal, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan, perhubungan/komunikasi, pengurusan personel; pengurusetiaan; pengurusan rekod; pengurusan kewangan; dan pengurusan fail masih terbeban kepada para guru yang bergelar pendidik.



Paling kerap kumpulan pendidik terpaksa hadapi adalah menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan seperti program ISO, MQA, EKSA dan yang menjadi kebanggaan bagi sesetengah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai PhD dan bergred DG52/DG54 adalah menjadi ‘pencatat minit mesyuarat’.

Mereka yang juga bersedia dan tidak sanggup mengingkari arahan Pengarah/Ketua Jabatan biasanya akan diberi ‘Anugerah Perkhidmatan Cemerlang’ walaupun menganggotai Jawatankuasa Buku Laporan Tahunan yang hanya menyediakan dan menukarkan Jadual Takwim Persekolahan dan perkara lain hanya diperkemaskan sahaja.



Pada pandangan saya, para pegawai di Kementerian Pendidikan sendiri kini terlibat dengan tugas perkeranian yang lebih berbentuk ‘pentadbiran’. Jadi rasanya, tugas para guru dan pendidik sendiri memang hadir dalam perkeranian dan pentadbiran; eloknya ‘mentadbir’lah dengan baik.

Pendidik tanpa ‘pena atau pensil’ dan kertas adalah seumpama mereka yang tidak tahu menggunakan peralatan perkomputeran atau Teknologi Maklumat dan ini akan menggagalkan hasrat program Pendidikan Abad Ke-21.

Cuma kemudahan fasiliti yang sedia ada tidak mencukupi atau tidak memenuhi kehendak yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pemudahcaraan.

Memang terdapat ‘pembantu guru’ disekolah tetapi jika hanya 1 atau 2 orang disetiap sekolah dan hanya ditempatkan untuk program sekolah tertentu, tentunya ia tidak memberi harapan yang memuaskan dan diharapkan. Nisbah sedia ada memang tidak membantu dalam urusan perkeranian.

Memang terdapat ‘pembantu pensyarah atau guru’ tetapi hanya untuk mereka yang tertentu. Ada juga di institusi tertentu, terdapat para pendidik yang ditugaskan sebagai ‘pegawai pengurusan’ maka elok sahaja mereka diberikan tanggungjawab dan membantu dalam tugasan dan isu yang diperkatakan kerana mereka memohon akan jawatan tersebut.

Mungkin dengan menambahkan jawatan perkeranian akan dapat membantu institusi walaupun pihak kerajaan terpaksa menyediakan kos tambahan untuk tujuan murni ini. Penambahbaikan atau pembetulan semula dalam menyenaraikan tugas dan tanggungjawab jawatan adalah penting dan perlu bagi mencerahkan kekusutan yang sedang berlaku.

Dalam bidang pendidikan, pendidik memang terpaksa bersama ‘pen dan kertas’; pendidik juga berhubung dan berurusan terus dengan ‘pelanggan’ yang dimaksudkan. Pen dan kertas akan dijadikan bukti untuk ‘pentaksiran’.

Tekanan berlaku dan dirasakan jika pihak pengurusan dan pentadbiran yang sering menukar dan merubah ‘perancangan’ yang telah dipersetujui bersama. Kekalutan berlaku terutama jika ‘pihak berkepentingan’yang tidak tegas dengan keputusan yang ditetapkan.

Mereka yang mementingkan diri sendiri dan yang sering cuba ‘menarik perhatian’ pihak atasan akan sering menggangu perjalanan kerja dan tugas. Mereka yang tidak ‘tetap hati’ dan ‘mempunyai masalah mental’ yang sering mengucar-kacirkan suasana dan persekitaran kerja.

Hak ‘autonomi’ para pendidik juga harus diberi perhatian; pengurusan masa bagi pendidik harus dihormati; berlaku adil dan saksama tanpa ‘kronism’ memang dituntut.

Hormatilah mereka (pendidik) yang sedang berusaha bersama untuk kejayaan institusi dan organisasi. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan jika pihak pengurusan dan pentadbiran sendiri bersikap ‘Bersih, Cekap dan Amanah’. 

Kheru Khek Segambut Luar, Kuala Lumpur

Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 9 Oktober 2018

Recent Posts from This Journal

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow