?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Ancaman Tekanan Guru Yang Tersembunyi

Histeria Sekolah Kelantan, demo minta tukar pengetua merupakan tajuk utama dalam media pada 19 Julai 2018.

Para guru dan kakitangan sokongan sekolah dikatakan menghadapi tekanan dan tidak gembira dengan Pengetua terbabit.







Pengetua yang sama yang menghadapi kontroversi dua tahun lalu diketahui bersikap diktator terhadap komuniti sekolah, sering melemparkan ancaman seperti perpindahan atau memberi penilaian prestasi yang rendah jika  arahan beliau tidak dipatuhi.

Kes histeria juga pernah direkodkan di beberapa sekolah di Kelantan pada pertengahan April 2016 disebabkan oleh tekanan, kebimbangan dan kemurungan.

"Ujian yang dijalankan oleh pakar-pakar perubatan mendapati pelajar-pelajar itu menjadi mangsa histeria kerana tekanan kronik, kebimbangan dan kemurungan yang serius."

Kesan bahaya yang sering diabaikan yang mengancam kesejahteraan guru adalah tekanan dari pihak pentadbir, dan hampir separuh daripada populasi semua guru mengatakan mereka mengalami risiko tekanan yang tinggi setiap hari walaupun tidak sampai ketahap menjadi histeris.

Para guru sebenarnya berada dan terikat dengan petugas jururawat, dengan 46 peratus daripada kedua-dua kumpulan melaporkan tekanan harian yang tinggi. Mereka yang berjawatan doktor dan pengurus perniagaan turut berada dalam kumpulan tertekan.

Tugas guru bukan sahaja mengajar pelajaran akademik tetapi lebih dari itu. Mereka mengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid dan menjaga perkembangan, pertumbuhan dan pembangunan pelajar dengan cara yang sihat.

Mereka juga menyelaras perhubungan dengan orang dewasa yang lain terutama ibubapa dan menyimpan rekod mengenai apa sahaja yang mereka lakukan.


Guru-guru diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas ini dengan berkesan, termasuklah membantu para pelajar yang menghadapi kesulitan di luar kelas, daripada keperluan am yang tidak perlu disenaraikan hinggalah masalah kesihatan mental. Lebih banyak keperluan pelajar, semakin banyaklah keperluan tambahan tugas guru.

Guru sebenarnya sudah pun menghadapi tahap tekanan kerja yang tinggi, apatah lebih banyak lagi jika yang mempunyai pegawai atasan yang membuli dan tidak profesional dalam tanggungjawab mereka.

Kajian histeria yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa mereka yang terkena atau diserang histeria sebenarnya adalah normal dan mempunyai kesihatan mental yang sihat, tetapi di bawah tekanan yang luar biasa.

Kesan akibat tekanan yang berlaku keatas guru bukan sahaja memberi impak yang buruk dan tidak baik kepada guru, tetapi semua orang di sekeliling, terutamanya pelajar mereka.

Sebagai permulaan, tekanan kronik mencetuskan pelbagai gejala kesihatan fizikal dan mental. Secara fizikal, tekanan melemahkan sistem imun dan meningkatkan kecenderungan serangan kepada penyakit.

Tekanan juga memburukkan dan menambah lagi kesakitan dan mengurangkan stamina fizikal.


Tekanan berpanjangan boleh meningkatkan risiko keletihan kronik, penyakit jantung dan penyakit lain. Tekanan juga mengurangkan stamina mental.

Gejala-gejala umum termasuk keresahan, perubahan mood dan keletihan, yang mungkin menjadi kemurungan, kebimbangan dan kualiti kehidupan yang lebih rendah.

Gejala-gejala ini telah dikenalpasti oleh guru yang mengalami tekanan tinggi. Akibatnya, bagaimanapun, tidak berhenti dengan guru.

Tekanan kronik juga boleh memberi kesan kepada prestasi kerja guru. Guru yang kurang sihat tidak mempunyai semangat keupayaan untuk mengajar dan akan sering tidak sihat dan  sakit.

Semakin banyak catatan ketidakhadiran guru untuk bertugas, semakin sedikit masa yang di habiskan bersama pelajar mereka.


Ketidakhadiran guru yang berlebihan mengganggu aliran proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan tingkah laku dan hubungan dengan pelajar.

Penyelidikan telah mengesahkan bahawa ketidakhadiran guru yang berlebihan dikaitkan dengan pencapaian pelajar.


Tiada rekod yang dicatatkan terhadap guru yang meninggalkan profesion di Malaysia akibat tekanan kerja.

Tetapi di tempat lain hampir separuh daripada semua guru baru meninggalkan profesion guru dalam tempoh lima tahun pertama berkhidmat.


Laporan juga menunjukkan separuh daripada guru yang berhenti meninggalkan profesion  dalam tempoh lima tahun, tidak dapat menyesuaikan diri kerana mengalami tekanan dan tidak dapat mengimbang tekanan yang lalui.

Penyelidikan menunjukkan bahawa penglibatan aktif guru dan hubungan guru-pelajar yang positif menghasilkan pencapaian pelajar yang tinggi.

Begitu juga, tanpa penglibatan aktif, guru tidak boleh berhubung dengan pelajar mereka dan mengajar mereka dengan berkesan.


Pentadbir sekolah boleh membantu mengurangkan tekanan keatas pendidik dengan membangunkan dan membina peraturan dan syarat kerja yang menyokong para guru.

Sesiapa sahaja akan merasa tidak tertekan dan memberi sepenuh tumpuan dan komitmen untuk bekerja dengan baik di bawah keadaan kerja yang menyeronokkan.


Keadaan kerja yang membawa kepada pengisian bermakna terhadap tumpuan kerja utama termasuk sokongan dari mereka yang berwibawa.

Dalam erti kata lain, guru memerlukan pentadbir untuk membekalkan dan menyediakan kritikan yang berguna untuk  bergerak maju dalam pelaksanaannya.


Pihak pentadbir dan institusi juga boleh membantu mengurangkan tekanan guru dengan mempromosikan Interaksi perhubungan guru-pelajar yang berkesan.

Satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menggunakan strategi yang memberi ganjaran kepada tingkah laku pelajar yang positif.


Guru-guru di sekolah perlu menggunakan strategi positif pada persekolahan asas untuk menyokong pengalaman tingkah laku pelajar yang jauh lebih rendah tahap tekanan mereka..

Dalam erti kata lain, guru harus memuji pelajar untuk melakukan perkara yang betul lima kali lebih kerap dan memberi peluang keistimewaan daripada memarahi mereka kerana melakukan perkara yang salah.

Guru juga perlu memastikan mereka menjaga diri supaya mereka dapat menjaga orang lain. Jika guru tidak aktif menjaga diri mereka dengan baik, guru akan kehilangan keupayaan untuk menjaga orang lain.

Memandangkan tuntutan mengajar, mungkin mudah bagi guru untuk meletakkan keperluan mereka sendiri. Pelan penjagaan diri yang komprehensif boleh membantu guru mengenal pasti tanda-tanda tekanan dan meningkatkan kemahiran pengurusan tekanan mereka.

Contoh strategi mengurangkan tekanan adalah  termasuk yoga, senaman dan meditasi kesedaran. Yoga dan senaman memerlukan tenaga fizikal dan mempunyai manfaat di luar kecergasan fizikal.

Kedua-duanya juga mencetuskan hormon yang melegakan tekanan dan dikaitkan dengan fokus mental dan mood yang lebih baik.

Tiada kemahiran khusus yang diperlukan untuk meditasi kesedaran, dan walaupun beberapa minit amalan dilakukan setiap  hari, faedah yang diperolehi termasuklah peningkatan kesedaran diri, tumpuan mental dan peraturan pengawalan emosi.

Azizi Ahmad Majalah Pendidik Rencana Umum Bil 128 Oktober 2018

Posts from This Journal by “stress” Tag

Latest Month

November 2018
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow