kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tidak perlu menunjuk

Dalam kebanyakan profesion, jika anda berada di pejabat selepas waktu bekerja yang ditetapkan, anda akan menarik perhatian pihak atasan. Tetapi bukankah dalam etika pengurusan anda mempunyai masalah bekerja dengan maksud tidak kompeten kerana tidak berjaya menyelesaikan kerja  dengan berkesan.


Dengan anda yang sedia  mengangguk dan bersetuju dengan apa yang diminta oleh pihak atasan anda, walaupun tidak ada objektif atau sasaran dari program yang dibincangkan atau mengatakan 'ya' kepada segala sesuatu pasti akan menjadi anda seorang yang cuba ‘menarik perhatian’.



Tetapi jika program tersebut gagal dan tidak memenuhi jangkaan dan anda diancam dengan 'jangan salahkan saya kerana memberi anda penilaian prestasi yang rendah' maka anda tahu bahawa pihak atasan anda tidak 'menarik perhatian atau berpuas hati' dengan anda.

Namun anda hendaklah  bertindak bijak, jika anda benar-benar bercita-cita tinggi dan anda mempunyai etika kerja yang baik dan benar-benar baik dengan tugas anda, ia mungkin tidak penting.


Apa yang penting sekarang ialah mengapa anda perlu bersetuju dengan segala-galanya? Apa yang penting ialah jika anda sendiri tidak mampu berbuat sesuatu atau tidak cekap kenapa anda perlu cuba menunjuk-nunjuk kepadanya?


Mereka yang cuba ‘menarik perhatian dan bermuka-muka’ sebenarnya membodoh sendiri. Kebanyakan 'penarik perhatian' sebenarnya orang yang berpengetahuan dan dikatakan memegang kedudukan dan berkelulusan tinggi. Kenapa menipu diri sendiri dan takut apabila anda dan pihak atasan anda memiliki kedudukan dan gred yang sama?


Sekiranya anda ingin dipuji kerana kononnya  baik, patuh atau setia akan  'terhadap arahan atau perintah berikut' maka anda harus mempertimbangkan untuk membaca dan memahami lebih banyak mengenai  peraturan dan etika kerja?


Bagi penjawat awam Malaysia, fahami dan dapatkan intipati 'Saya yang menjalankan amanah'. Kakitangan Perkhidmatan Awam harus berkhidmat tetapi bukan  secara membuta tuli. Malah PM sendiri menyarankan , "dia tidak akan bertolak ansur dengan rasuah", dalam hal ini sekiranya seorang pegawai atasan mengungkapkan seperti ugutan 'jika saya memberikan penilaian prestasi yang rendah' , maka ia adalah merupakan ancaman dianggap korupsi (penyalahgunaan kuasa).


Kes yang paling teruk tetapi biasa di dalam perkhidmatan adalah mempunyai seorang ‘grandiose’ atau  narsisis,  atau sociopath / psychopath sebagai pegawai atasan anda.


Pegawai atasan sebegini merupakan mereka yang kecewa dan keliru  dengan kedudukan mereka dan terlupa siapa mereka sebenarnya.


Mempunyai seorang atasan yang tidak cekap dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tentu saja tidak akan membuat sesuatu menjadi lebih baik.


Selain itu, tiada tindakan yang diambil ke atas mereka akan dan ini membuatkan mereka menjadi ‘ghairah’ untuk menggunakan kuasa mereka, dan itulah sebabnya kerajaan bercadang untuk membenarkan orang bawahan menilai prestasi pihak atasan; supaya kebenaran itu dapat dilihat.


Mangsa  juga patut dipersalahkan, walaupun kebanyakan dikatakan berpendidikan tetapi mereka sebenarnya 'tidak berpendidikan'.


Saya sering  berkongsi pandangan saya dengan rakan-rakan terutama berhadapan manupulasi oleh pegawai 'atasan' tetapi ramai yang akan berkata 'tidak mengapalah, biarkanlah sahaja' dan biarkan Allah yang menentukan.


Oleh itu, jika anda memberi pandangan dan pendapat setelah diminta rakan sekerja dan rakan sekerja  tidak mahu bertindak atas nasihat yang diberikan, lebih baik jangan diajak berbincang. Elok saja tanggung sendiri tekanan dan simpan sahaja  kemurungan itu kepada diri sendiri.



Saya sering  memberitahu rakan sekerja saya untuk meluahkan perasaan secara terus dan berhadapan  kerana pegawai atasan juga sebenarnya takut jika kita adalah benar.


Mereka tidak akan menjadi menjadikan kita mangsa sewenang-wenangnya jika kita berani, kuat dan tabah. Hadapi mereka dengan cara positif, mereka juga akan positif; Sekiranya anda berada di jalan yang betul, Allah akan menolong anda, in syaa Allah. Ikut dan patuhi etika dan prosedur kerja yang disediakan.


Namun ramai yang ‘hipokrit’ (munafik); mengecam dan mengutuk 'pelaku' kerana mereka tahu bahawa pelaku tidak tahu apa yang dikatakan di belakang. Ia bukanlah cara yang  profesional; dan sekiranya  anda mengganggap sebagai 'profesional' maka anda sebenarnya tidak profesional.


'Pelaku' sendiri sebenarnya merupakan mangsa kepada pelaku yang 'lebih besar dan berkuasa’, dan nampaknya mereka merupakan dari kumpulan bulu yang sama. Dan itulah yang menyebabkan semua ini berlaku.


Oleh itu, janganlah buat perkara yang buruk atau tidak baik; mari kita bekerjasama dan bekerja  dalam cara yang bahagia, harmoni, penyayang, dan menghormati. Mari bersama berbuat sesuatu untuk kebaikan semua. Marilah kita bergerak maju untuk yang terbaik.

Azizi Ahmad (Bakor Lambok) Utusan Malaysia Forum 17 Oktober 2018


Tags: etika, grandiose, hipokrasi, hipokrit, narsisis, personaliti, psikopat, writings
Subscribe

Posts from This Journal “personaliti” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments