?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Dasar budaya kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat yang cuba diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan yang baru harus dikaji, diteliti dan diperhalusi sebaik mungkin oleh para pembuat dasar pendidikan atau pun  ahli akademik yang mewakili panel penasihat pendidikan Malaysia.

Janganlah kerana untuk memuaskan dan mengembirakan ‘falsafah’ dan hati peneraju baru maka semua berada didepan skrin tersenyum kambing dan menyokong dan mengaku  bahawa ‘falsafah’ itu adalah ‘gerakan masa depan’ dan halatuju pendidikan negara.



Ini bukanlah satu lagi ’ujikaji’ atau eksperimen yang hendak dilaksanakan seperti sebelumnya iaitu ‘menteri baru’ kehendak baru.

Rakyat dan penduduk Malaysia sepatutnya berhenti menolak idea bahawa peperiksaan tidak penting.

Ia tidak akan mengubah hakikat bahawa survival yang paling tepat adalah cara masyarakat kita distrukturkan.

Pertama, kita harus bertanya soalan, mengapa pelajar memerlukan ujian dan gred?

Pengujian dan penggredan adalah satu cara untuk pelajar mengukur kualiti pengetahuan mereka, dan juga untuk organisasi luar untuk menyimpulkan kemampuan pelajar.

Lagipun, institusi pendidikan memberikan penghargaan yang paling berprestij semata-mata kepada yang benar-benar layak untuk menerimanya.

Ini memastikan peluang diberikan kepada mereka yang benar-benar sesuai dan berkelayakan.

Sebagai orang yang beriman, kita pasti akan diuji oleh Allah dengan pelbagai cubaan dan dugaan bagi mengetahui kualiti keimanan hamba-Nya. Kita juga akan menyedari kedhaifan diri dan mengakui kekuasaan Allah melalui ujian yang ditempuh.

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabut ayat 2 – 3:“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”


Walaupun ramai orang mungkin berpendapat bahawa watak dan karektor mengatasi kebolehan, keperibadian biasanya dipertimbangkan dan diambil kira hanya selepas taraf asas kompetensi akademik telah dipenuhi.

Ia juga menunjukkan bahawa seorang pelajar memenuhi disiplin dan dapat menguruskan masa dengan baik, disamping ia juga mencerminkan struktur pembelajaran yang kuat dan bermakna.

Walau bagaimanapun, pengujian dan penggredan yang tidak memenuhi spesisfikasi atau kehendak tidak semestinya menunjukkan kegagalan.

Mereka yang tertinggal hanya perlu bekerja dan berusaha lebih keras dalam kehidupan untuk merealisasikan potensi mereka.

Aliran akademik berfungsi sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan konvensional.

Pelajar masih boleh mengejar hasrat dan cita-cita dan cemerlang dalam bidang lain seperti sukan dan seni.

Saya mengakui bahawa skor tidak menentukan seseorang, tetapi jika tidak keputusan peperiksaan, apa yang harus kita gunakan untuk menilai dan mentaksir calon pelajar?

Pentaksiran yang dijalankan bukanlah untuk tujuan membuat ‘penghukuman’ tetapi sebagai ‘penghakiman’ untuk mengenalpasti penambahbaikan.

Memadamkan tanggapan bahawa pengujian dan penggredan adalah tidak penting adalah tidak praktikal.

Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 8 November 2018

Posts from This Journal by “pentaksiran” Tag

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow