?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kumpulan pendidik dan guru dikatakan tertekan dan mengalami kemurungan. Terdapat banyak kes di mana kumpulan 'pendidik' dilaporkan mengalami penyakit mental dan ada yang meninggal dunia akibat tekanan dan ketegangan dan ramai yang bersara atau mengambil keputusan bersara awal.

Bagaimanakah orang berpendidikan dan 'kuat semangat', yang terlatih dan berkelayakan ini tidak mampu bertahan dan mengambil tindakan bersara pilihan. Di manakah mereka mendapat semua tekanan dan ketegangan toksik ini?



Sesungguhnya ia mesti datang dari 'pentadbir' atau 'pihak atasan'. Siapakah para pentadbir dan pihak atasan dan mengapa mereka melakukan semua ini? Saya berpendapat mereka adalah 'psikopat'.

Psikopati secara tradisional adalah gangguan personaliti yang dicirikan oleh tingkah laku antisosial yang berterusan, tidak berempati dan tiada penyesalan, sombong, tidak tahu malu seperti angkuh, dan egois. Ia kadang-kadang dianggap sinonim dengan sosiopat.

Psikopat adalah benar wujud. Mereka bekerja dengan anda, dan untuk anda, dan mungkin ketua unit, ketua jabatan atau pegawai atasan anda.


"Salah satu masalah dengan psikopat ialah mereka adalah orang yang pendendam," kata pengarang David Gillespie penulis buku dari ‘Taming Toxic People: The science of identifying and dealing with psychopaths at work and at home'.

Jadi bagaimanakah anda boleh mengesan seorang psikopat dipersekitaran kerja atau di pejabat anda?

Yang pertama, psikopat adalah mereka yang  tidak dapat ‘dijangka’ atau ‘tidak tetap pendirian’.

Mereka akan memberitahu anda untuk melakukan pekerjaan atau perkara dengan cara yang tertentu, dan kemudiannya  secara terbuka menyalahkan anda atau memutar belitkan kata-kata mereka terhadap anda.

Anda mungkin dalam keadaan 'gaslighting atau dimanipulasi', sehingga anda mula memikirkan sesuatu yang salah dengan anda atau anda mendapat sesuatu yang salah.

Mereka akan selalu menyebabkan keadaan menjadi keliru dan sentiasa dalam kebimbangan, dan ia membuat kerja menjadi seperti dalam neraka.


Kedua, mereka mungkin akan menjadi orang yang paling baik yang pernah anda jumpai, tetapi selepas mengetahui mereka hanya beberapa minggu atau bulan, perubahan mendadak dalam keperibadian dan sikap mereka amat ketara.

Sekiranya mereka mempengerusikan satu mesyuarat jabatan, mereka mungkin kelihatan ‘terbuka tetapi tidak profesional’; mereka akan cuba menunjukkan bahawa mereka sangat adil dan mengambil berat tetapi mereka bersikap ‘lidah biawak’ selepas mesyuarat selesai dijalankan.

Ketiga, psikopat tidak mempunyai atau kekurangan empati. Bagaimana mereka memperlakukan anda boleh digambarkan sebagai buli di tempat kerja; hanya ia berbeza dalam kekerapan dan pendekatan.

Psikopat akan melakukannya dua atau tiga kali seminggu atau buli tanpa henti.

Semua tentu tahu mengenai perasaan empati, yang merupakan keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan orang lain, mereka tidak mempunyai apa-apa mereka seolah ‘sadin kering’ didalam tin.

Dengan berempati, kita tidak akan ‘merosakkan’ antara satu sama lain, tapi bagi psikopat, menganggu dan merosakkan kehidupan (dengan sifat kepura-puraan dan menunjuk-nujuk) adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Mereka tidak peduli orang yang dikenakan asalkan mereka berjaya menjatuhkan ‘mangsa’ yang mudah dibuli.

Keempat, mereka selalu dan suka berbohong, kebenaran dan kejujuran bagi mereka adalah tidak relevan. Mereka akan mengatakan apa sahaja yang perlu dikatakan pada masa itu untuk mencapai dan mendapatkan apa yang mereka mahu.

Ramai yang bertindak untuk berhenti untuk kerja baru atau bertukar ke tempat baru, tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil, bukanlah mudah untuk mencari kerja lain atau bertukar ke tempat kerja baru atau sekurang-kurangnya ia mengambil masa.

Tambahan pula dengan pihak pentadbiran dan pengurusan atasan pun adalah dari kelompok yang sama.

Untuk mengimbangi mereka adalah untuk menguruskan hubungan. Mungkin anda boleh:

Beri dan buat apa yang mereka mahu. Hanya ikut dan jangan banyak membantah; tidak kira betapa bodohnya, selagi ia sah, lakukannya. Ini mungkin untuk mereka yang  'lembut dan lemah'.

Berikan pujian atau tunjukkan anda menyanjung mereka (walaupun anda tidak menyukainya), Buat mereka percaya mereka adalah orang terbaik di dunia.


Mereka pasti akan percaya semuanya. Inilah perkara penting walaupun kita sudah menjadi sebahagian dari mereka iaitu ‘berpura-pura’ dan ‘berbohong’.

Pastikan anda mengesahkan mana-mana kerja atau tugas yang diberikan secara bertulis. Tak perlu tindak balas emosi, tidak ada sindiran, hanya penjelasan mengenai tugas yang telah diminta oleh anda.

Pastikan anda menulis atau mengambil nota semasa anda bercakap dengan mereka, tulis dengan tepat apa yang berlaku.

Kongsikan dengan rakan atau kawan anda supaya semua orang tahu apa yang sedang berlaku. Anda perlu memahami bahawa ia adalah sebahagian rantaian acara tanpa henti.

Semua ini adalah merupakan tekanan untuk semua orang, namun ini adalah semata- mata mekanisme penangguhan yang akan digunakan dalam jangka pendek, sementara anda menilai pilihan lain.

Anda tidak akan dapat menyingkirkan psikopat semasa bekerja di tempat yang sama. Ini hanya untuk membolehkan anda untuk bekerja dan bertugas dengan kerja yang anda lakukan, melainkan anda sudah bersedia untuk 'pertempuran besar'.


Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 20 November 2018

Posts from This Journal by “psikopat” Tag

  • Tidak perlu menunjuk

    Dalam kebanyakan profesion, jika anda berada di pejabat selepas waktu bekerja yang ditetapkan, anda akan menarik perhatian pihak atasan. Tetapi…

  • Adakah faktor D dalam diri kita ?

    Narsisis, psikopat (kurang siuman) dan sadis semuanya mempunyai persamaan iaitu teras keperibadian yang ‘gelap’. Penyelidikan…

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow