kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Krisis Kepimpinan: Cakap tak serupa bikin

Satu petang saya telah menerima satu pesanan WhatsApp dari seorang rakan kerja pejabat saya yang datang dari Kumpulan Sahabat Yassin.

Tentunya perkongsian pesanan mestilah berbunyi baik , maklumlah datangnya dari Sahabat Yassin. Elok saya kongsikan petikan yang diterima untuk menjadi pedoman buat rakan pembaca.

Peringatan untuk diri sendiri, ingatkan saya sekiranya terlalai.”

Hidup ini diibaratkan seperti kita sedang menduduki peperiksaan.  Selagi kertas kita belum dikutip, selagi itu kita masih boleh menulis jawapan dan juga memperbetul sebarang kesilapan.

Namun bila masanya tamat dan kertas pun dikutip, maka tiada apa lagi yang boleh diubah. Dan kita pun menantikan keputusan.

Begitu juga hidup ini. Selagi kita masih bernyawa, maka berbuatlah sebaiknya dan bertaubatlah sebaiknya dan bertaubatlah sekiranya kita berdosa.

Sebab bila ajal dating menjelma, tiada apa lagi yang boleh kita ubah.

Keputusannya kelak sama ada kita Lulu (syurga) , atau, gagal (neraka) …. Dari Senafas Ke Barzakh.

Jika diamati tentunya pembaca boleh meneka , perkongsian tersebut datangnya dari seorang pendidik dan merupakan seorang yang berkelulusan agama.

Namun, penulisan perkongsian yang cuba disampaikan sering kita dengar dari seorang yang mungkin memegang jawatan dan cuba menasihati rakan anak buah yang bekerja bersama.

Cuma yang tidak pasti apa yang tersirat dan niat seseorang itu menyatakan sedemikian. Adakah bertujuan untuk memaklumkan kepada rakan-rakan kumpulan bahawa beliaumerupakan seorang ahli syurga? Wallahualam !

Teringat saya semula apabila orang yang sama semasa mula-mula beliau secara tiba-tiba telah dijadikan seorang Ketua Jabatan walhal beliau merupakan ‘orang luar’ dari institusi kami.

Sewaktu beliau mula sampai, beliau kerap merapati diri dengan bekas Ketua Jabatan lama (yang diketahui akan bersara)dengan alasan berasal dari ‘kampung’ yang sama. Kononnya membantu memudahkan urusan yang tidak terbeban dan meringankan kerja KJ yang lama.

Lagi hampir dengan hari persaraan lagi banyaklah drama dan sandiwara yang dipertunjukkan. Dan bila tiba hari persaraan KJ yang lama, hujan air mata menitis dengan begitu banyaknya dari beliau berbanding orang lain. Aksi lakonan beliau menampakkan begitu hiba, sedih dan sayu kerana akan berpisah dan akan ditinggalkan.

Seperti yang dijangka, pihak pengurusan dan pentadbiran institusi telah mengumumkan bahawa ‘beliau’ dilantik sebagai Ketua Jabatan yang baru, kerana kononnya  tidak ada kakitangan yang sedia ada di Jabatan tersebut yang mampu memegang ‘tanggungjawab’ sebagai ketua jabatan, walhal memang terdapat kakitangan yang senior, berkelayakan, berpengalaman dan bersedia mengambil alih jawatan tetapi tidak dianggap layak dan sesuai kerana yang sedia ada, adalah mereka yang berani menentang arus.

Pada hari beliau memulakan mesyuarat pertama bersama rakan sejabatan, beliau menggunakan kenyataan pidato Khalifah Abu Bakar Assiddiq ra ketika dilantik menjadi pemimpin umat, “Saudara-saudara, aku telah diangkat menjadi pemimpin bukanlah karena aku yang terbaik diantara kalian semuanya, untuk itu jika aku berbuat baik bantulah aku, dan jika aku berbuat salah luruskanlah aku. “.

Tetapi beliau terlupa bahawa Saidina Umar adalah seorang lelaki manakala beliau adalah seorang perempuan, Saidina Umar adalah seorang Khalifah, sementara beliau adalah seorang ‘ustazah’, dan jika beliau jujur, ikhlas dan telus , dari awal lagi beliau harus menolak perlantikan kerana tentu beliau tahu bahawa menjadi seorang ketua, bukan hanya sekadar mengampu, melambung, bermuka-muka, berpura-pura dengan pihak atasan.

Berlaku beberapa insiden dimana rakan sepejabat tidak bersetuju dan membantah tindakan beliau, dan beliau biasanya dengan drama air mata akan menunjukkan kekesalan beliau tetapi tidak merubah sikap dan kelakuan beliau.

Malahan beliau akan membalas dendam dengan niat dan hati yang keji mula melagakan dan memisahkan perhubungan rakan sepejabat tanpa rasa terhina dengan apa yang diperlakukan. Mungkin beliau terlupa di uji Allah apabila beliau bertindak balas terhadap rakan sepejabat.

Jika anda menjadi seorang ketua Jabatan, adalah baik jika tidak membabitkan kenyataan ‘gertakan’ anda seperti , “nanti Pengarah tahu susah saya” atau “Pengarah meminta agar …. “ atau sebarang kenyataan yang membabitkan ‘pengarah’ atau pihak atasan.

Eloknya anda tahu bahawa yang anda berkata itu adalah merupakan ‘ugutan’ dan ketahuilah juga ‘ugutan’ anda adalah terhadap mereka yang juga berkelayakan, berpengalaman, berjawatan dan bergred seperti anda.  Anda sendiri cuba menganiaya rakan sekerja anda dengan memburukkan mereka dan menjatuh air muka mereka. Bukan semua yang ‘penakut’seperti anda!

Jika anda menyebut petikan pidato Saidina Umar, anda tidak sepatutnya berlaku tidak adil , tidak pilih bulu, tidak pilih kasih , tidak menunjukkan kebebalan anda sendiri. Anda tidak boleh berkomplot dengan mereka yang mempunyai PhD atau bergelaran Dr.. Tidak sepatutnya anda hanya memberi kelebihan kepada kaum India dan Cina kerana anda tahu kaum Melayu tidak menyokong anda sikap anda yang sombong, angkuh dan suka mengangkut bakul sendiri.

Tindakan anda yang mengambil ‘orang luar’ dan memberi keutamaan dan kelebihan kepada mereka berbanding ‘orang dalam’ sendiri jelas menunjukkan sikap ‘tidak bijak’ anda .

Orang dalam tentunya lebih tahu dari mereka yang anda terima dari luar, kononnya mereka yang bukan dalam bidang pun sanggup anda utamakan. Lupakah anda jika anda seorang yang mengaku terpelajar bahawa ianya seperti pepatah ‘kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan’.

Anda tentunya lupa sebab anda mahu menunjukkan bahawa anda berkuasa dan mampu mengawal keadaan, walhal anda sendiri telah menipu pihak pengurusan dan pentadbiran mengenai keadaan yang sebenarnya.
Memang anda tidak sedar bahawa anda sebenarnya sedang di serang ‘sakit mental’ , anda diuji Allah dengan membuta hati dan jiwa anda.

Anda cuba menunjukkan kehebatan anda dengan ‘melanggar arahan dan peraturan akademik’ dengan meminta rakan mengajar untuk hanya mengadakan 15 minit syarahan dan 1 jam 45 minit aktiviti bagi satu kuliah berdurasi 2 jam.

Kononnya pelajar anda gembira dengan keadaan demikian, namun anda tidak mahu mengakui hakikat bahawa situasi sebenarnya adalah pelajar anda bosan dengan ‘persembahan powerpoint’ anda  yang berjumlah 70-90 slaid bagi setiap unit kuliah. Maka pelajar anda tentunya selesa untuk menjalankan aktiviti sesama sendiri dari menunggu detik demi detik untuk persembahan syarahan anda tamat.

Penipuan dan pembohongan anda diteruskan dengan mengubah markah peperiksaan, ujian, kerja kursus dan mengarah rakan kerja turut berbuat demikian kerana kononya ‘arahan pengarah’.

Dan salah satu sebab anda dikatakan diberi penilaian tinggi oleh pelajar adalah kerana pelajar yang bersama anda pastinya akan memperolehi markah dan gred yang tinggi kerana anda berkuasa mengubah maksud.

Hasilan pelaporan pencapaian gred pelajar (yang dimanipulasi anda) telah menyebabkan anda menjadi angkuh dan bongkak dan anda mengambil peluang ini dengan memperbodohkan, memperlekehkan dan menghina rakan sekerja lain kerana anda merupakan pengajar yang terbaik tiada tandingan.

Anda juga kerap mempergunakan jawatan dan kedudukan dengan tidak menghadiri proses moderasi, penyelarasan dan penandaan bersama kerana sibuk menghadiri mesyuarat dan majlis dan kononnya sudah hebat dan tidak perlu ada pertikaian dari orang lain.

Ketidakadilan anda disulami dengan tidak memberi peluang rakan lain untuk menyuarakan pandangan dan pendapat serta tidak suka pada kritikan, kerana hanya anda saja yang tahu, betul dan benar.

Anda tidak bersikap adil kerana hanya memberi peluang secara selektif kepada rakan ‘sekulit’ anda untuk tugasan kerja luar dan sebagainya kerana ini akan memberi peluang ‘kroni’ anda untuk mendapat pujian dan penghargaan.

Jika tidak kerana ‘puan’ tidak saya menulis disini; 
jika bukan sikap dan tindakan puan tak kan sanggup saya menconteng disini;
jika menggangap orang lain takut tetap ada yang tampil berani;
budi baik dikenang jua bersikap buruk dan jahat jangan sekali;
Tags: kepimpinan, krisis
Subscribe

Posts from This Journal “krisis” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments