kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Cabaran Profesion Perguruan

 

Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar malah terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung profesion perguruan dewasa ini.

Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga.

Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.

Guru profesional adalah sesorang guru yang tahu hasil kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya disamping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.

Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan.

Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan.

Seorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.

Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya, adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya.

Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah? Jika dulu mereka dipandang tinggi kini seakan-akan terpinggir.

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka yang berkualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.

Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.



Sumber : METRO 1 Klassified Khamis, Ogos 5, 2010 Cabaran Profesion Perguruan oleh Rosmaliana Aida
Tags: guru, pengajaran, perguruan, teachers
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments