?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Ramai guru pilih bersara awal?

Guru-guru Malaysia memang suka pekerjaan mereka dan merupakan antara yang paling berdedikasi di dunia untuk memastikan para pelajar cemerlang dalam bidang akademik, menurut Banci Pendidikan Global pertama (Global Education Census) 2018, 25 November 2018.

Ia juga menyebut "Guru-guru kita bekerja dan berusaha keras tetapi diganggu oleh perkara-perkara lain selain mengajar.


Tetapi tidak banyak berita pendidik yang meninggalkan profesion dan bertukar kerja terutamanya mereka yang telah bekerja selama lebih dari 30 tahun perkhidmatan.

Akhir-akhir ini, sebilangan tenaga akademik telah mengambil keputusan persaraan pilihan awal atau opsyen dan juga bertukar ke tempat baru.

Hampir setiap 2-3 bulan, majlis perpisahan diadakan dan lebih banyak lagi akan datang  menjelang tahun 2020. Sesetengahnya sudah tentu mencapai usia 60 tahun tetapi kes pilihan bersara awal  juga meningkat.

Dalam ucapan perpisahan, ramai yang menyimpan dan mempendam kata-kata mereka dan tidak ramai yang bersedia meluahkan hasrat dan menceritakan mengapa mereka bersara awal kecuali memberi alasan menjaga ibu bapa yang sudah tua , tidak sihat dan/atau sudah cukup dan puas berkhidmat.

Dalam semua majlis perpisahan , pihak Ketua Jabatan juga  akan selalu berkata, "terima kasih banyak atas kerja keras, dedikasi dan kesediaan untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dan kembalilah bila-bila masa selepas bersara, jengok lah kami sekali-sekala, pintu selalu terbuka untuk anda."  Namun percaya atau tidak, tidak ramai yang kembali untuk menjenguk semula.

Terdapat hanya beberapa orang yang agak berani, terbuka;  dengan cara yang sopan serta ringkas dan bermakna akan meluahkan perasaan mereka tetapi  'tidak ramai pula yang suka mendengarnya'.

Saya agak berjaya mengumpul beberapa 'petikan dan luahan ' dari bekas rakan yang telah bersara dan rasa perlu dikongsikan.

Seorang rakan sekerja saya yang telah bekerja selama 34 tahun menyebut tentang 'menutup jurang antara ketua jabatan dan rakan kerja'.

Ia memerlukan seseorang dengan keberanian mengatakan ini 'kepada semua jangan lah terlalu mengangkat diri, angkuh dan sombong kerana kita sedang berusaha bersama mencapai matlamat dan tujuan yang sama; adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak menyakiti antara satu sama lain; tidak menjatuhkan sesama sendiri;  marilah kita bekerja dengan harmoni, marilah kita menjadi satu '. Dan biasanya ucapan akan berhenti setakat itu, titik.

Ucapan perpisahan terbaru datang dari rakan sekerja berkelulusan PhD yang tidak dapat lagi menahan tekanan ditempat kerja walaupun dia mempunyai 6 tahun lagi untuk bersara wajib.

Beliau mempunyai 32 tahun pengalaman dan telah bekerja di beberapa buah sekolah dan di bahagian di kementerian tetapi akhirnya mengambil keputusan bersara awal  kerana beliau tidak dapat menanggung dan melihat pelajar-pelajar nya yang bertungkus-lumus menyediakan dan menyiapkan 20 tugasan dalam satu semester.

Ia bukan sahaja memberi kesan pada pelajar tetapi juga kakitangan pengajar. Beliau cuba dan menyuarakannya dalam mesyuarat institusi tetapi tiada perubahan dan tindakan yang telah diambil.

Beliau juga menyebut tentang ‘penggredan kepada lengkung’, yang tidak sesuai dengannya dan ini telah membawa kepada inflasi prenggredan dalam  tugasan dan peperiksaan.

Tambahan dan bebanan kerja  ISO, MQA, EKSA; namakan  mana-mana program yang diberikan dan diarah oleh pihak kementerian, kerja-kerja perkeranian dan dokumentasi tambahan tidak pernah gagal dihentikan.

Tidak syak lagi para pendidik memang berdedikasi tetapi nampaknya kurang tumpuan yang diberikan kepada kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati di antara satu sama lain.

Semua orang mencuba yang terbaik untuk membuat persekitaran yang ceria, dipenuhi dengan gelak ketawa, saling berinteraksi, tetapi semua orang menyedari bahawa ianya adalah  tidak benar.

Fakta sebenar adalah semua orang dipenuhi dengan kemunafikan atau hipokrasi, ramai yang bersabar dengan drama dan sesuatu yang harus ditunjukkan; tetapi realiti dan hakikatnya adalah pendidik  perlu menanggung semua ini sehingga persaraan mereka.

Pasukan pentadbir dan pengurusan turut  tidak membantu, kerana mereka lebih senang menghadiri majlis makan perpisahan yang  diadakan.

Bagi pihak pentadbir dan pengurusan, mereka hanya senang mengucapkan  'semoga berjaya dalam usaha dan hari persaraan’ kepada mereka yang akan bersara atau telah bersara', tetapi mereka lupa, berapa orang pula yang akan menghadiri majlis perpisahan mereka nanti.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 4 November 2018

{C}

Posts from This Journal by “guru” Tag

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow