?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Penulis perlu jujur

Negara kita kini dikatakan berada dalam era Malaysia Baru. Saban hari lihat sahaja di portal media, tidak henti dipenuhi dengan tulisan dan berita panas, lucu, sensitif dan tak kurang yang membosankan jiwa dan hati.

Perkongsian penulisan oleh wartawan, penulis tulen dan asli, pejuang politik dan penulis upahan memenuhi media sosial yang dibenarkan atau ‘blog’ persendirian.



Hakikatnya, mungkinkah penduduk dan rakyat ‘Malaysia Baru’ kini berubah sedikit sebanyak dalam hal agama, bangsa dan negara.

Sikap dan pendirian sesetengah pihak dalam hal profesionalisme keseluruhannya sedikit sebanyak mewarnai pembacaan dan penulisan yang disampaikan.

Namun, ramai juga tidak dapat menyampaikan luahan dan suara hati , malahan lebih ramai yang hanya selaku pemerhati.

Jika dahulu,golongan pendidik, sasterawan dan karyawan kerap diberi peluang menyuarakan pandangan dan pendapat, kini dengan ‘kerajaan baru’ tentunya peluang adalah lebih terbuka. Tetapi adakah ini benar seperti yang dlaungkan?

Lebih banyak hal gembar gembur politik yang dipaparkan di media dan portal berita; lebih banyak pembongkaran ‘salah laku’ individu dan kroni yang dipaparkan; lebih banyak ‘cerita’ perkauman di siarkan.

Adalah dikatakan hal ‘cintakan tanah air sendiri’ tidak diperjuangkan oleh golongan pendidik maupun sasterawan.

Untuk seseorang itu menulis, mempersembahkan coretan buah fikiran,  penulis mestilah jujur dan berani bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis dengan maksud perlu ada keberanian.

Dikatakan juga harapan dan peluang oleh pihak kerajaan semasa memberikan segala kedudukan, kelebihan, pengalaman dan bakat dalam penulisan untuk membantu sebuah kewujudan negara bangsa.

Kita memerlukan sesuatu penulisan yang baik dan berkarisma, telus dan terbuka, berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling, tanpa ragu dan fakta-fakta yang tidak mengelirukan pembaca.

Sesuatu penulisan itu akan menjadi benar berkesan dan memberi impak jangka panjang, melalui hasil gabungan antara pengalaman dan bakat seseorang dalam kepelbagaian hasil karya.

Penulis diminta membina dan memberikan perspektif yang sebenar dan di luar daripada kebiasaan yang mempunyai nilai dan falsafah sebenar dalam penulisan.

Membaca apa yang ditulis oleh orang lain akan membuat seseorang tertanya-tanya bagaimana penulis berjaya menulis, menjana idea, dan menghabiskan masa untuk menulis.

Bukan semua orang adalah penulis berbakat, tidak semua orang mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.

Ada juga yang bertanya, apa kamu dapat dengan menulis ke media akhbar? Adakah pihak media memberi ‘saguhati’ jika penulisan anda disiarkan? Jawapan (sedikit hipokrit) mudah adalah ‘kepuasan’.

Bagi pendidik, pelajar akan lebih menghargai guru mereka jika mereka tahu bahawa guru mereka menulis buku, menulis artikel atau melakukan tulisan yang diterbitkan di media.

Mereka tahu bahawa guru mereka ‘cakap serupa bikin’ bikin serupa cakap’.

Kawan dan rakan sekerja akan turut merasainya dan mereka juga mahu menulis, merasakan mereka turut perlu menulis, tetapi hanya tidak tahu bagaimana untuk memulakan.

Bukannya anda tidak mempunyai idea mungkin anda mempunyai terlalu banyak buah fikiran dan tidak tahu yang mana satu untuk diutamakan.

Pelajar akan bertanya kepada anda, bagaimana anda mampu mengeluarkan idea-idea atau di mana anda berjaya memperolehinya.
Jawapannya mungkin agak mudah; tulislah apa yang datang dan muncul  ke minda anda.

Samada penulisan anda baik atau buruk, tulisan anda adalah milik anda untuk disimpan; jangan berkongsi penulisan anda lagi.
Ramai menulis mengenai masa lampau sebagai perancah inspirasi.

Seorang penulis itu menulis apa sahaja untuk mengingati sesuatu, mengkarya tulisan mereka untuk merenung  masa lalu kerana kisah silam penuh dengan perkataan yang tidak disebutkan atau diungkapkan.

Ramai juga yang menulis mengenai pemikiran masa nyata.

Memang benar jika anda berfikir tentang sesuatu untuk menulis dan tidak mempunyai idea mengenai apa yang hendak dituliskan, ia tentunya sangat mengecewakan.

Menulis dalam masa nyata boleh menjadi permulaan.

Hemingway (penulis terkenal) menghadapai keadaan yang sama. Beliau juga dicatatkan turut meninggalkan penulisannya yang belum selesai. Ia boleh menjadi catatan, perenggan atau bab yang belum selesai.

Tidak syak lagi, berhenti sebelum menulis semua yang anda ingin tulis adalah mengecewakan tetapi anda akan teruja untuk kembali menyiapkannya.

Ingatkan diri kita untuk tidak berusaha terlalu keras dan terlalu mengharap ianya akan diterbitkan.

Perkara yang baik tentang penulisan hanyalah demonstrasi penulisan itu sendiri, bagaimana ia menghancurkan dan dalam masa yang sama menguatkan realiti kita.

Selalunya kita akan berhenti seketika kerana merasakan idea kita tidak cukup baik. Kita mengharapkan dan menunggu inspirasi dan idea muncul semula dan itu menguatkan semangat kita.

Biarkan orang lain menilai penulisan kita. Kita harus, patut dan mula menulis perkara yang mudah.

Tidak semua yang kita fikirkan dan coretkan akan menjadi hebat. Walau apa pun, sebahagian daripada kerja menulis itu akan pastinya diperlukan untuk dikongsikan dengan orang lain.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 7 Disember 2018

Posts from This Journal by “penulis” Tag

  • Elak banyak gangguan

    MASYARAKAT bandar sekarang memang cukup ‘sibuk’. Hakikat ini terbukti apabila kebanyakan orang sama ada di stesen transit aliran…

  • Rancakkan penulisan karya berkualiti

    PEMBANGUNAN dan tamadun sesebuah negara bukan dilihat pada kepesatan fizikal dan ekonomi sahaja, sebaliknya aspek pengkaryaan dan penulisan buku…

  • Tubuh yayasan bela nasib pengarang

    PERSOALAN nasib dan kehidupan pengarang sama penting dengan membicarakan sesebuah karya kreatif. Selepas karya diterbitkan, penerbit lebih…

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow