?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Juara tidak mesti pertama

The Pocketrocket man terus menggegar apabila meraih perak dalam acara keirin pada siri Piala Dunia di London, adalah satu peningkatan selepas meraih gangsa di siri sebelumnya di Berlin.

Pasukan Harimau Malaysia tewas pada Vietnam dalam saingan Piala AFF 2018, namun kita harus berbangga dengan kejayaan bagaikan wira walaupun tidak berjaya membawa pulang Piala AFF 2018 selepas tumpas menerusi agregat 2-3 kepada Vietnam di pentas akhir baru-baru ini.

azizi_juara_pertama_um_forum_19122018 004.jpgDua berita sukan di penghujung tahun 2018 boleh dijadikan penyuntik semangat bagi sesiapa sahaja untuk meraih kejayaan demi kejayaan. benarkah ini?

Semua orang tentunya akan gembira apabila berjaya mencapai sesuatu matlamat, sering ingin menjadi juara atau berada ditempat teratas atau pertama, tetapi ternyata, berada di tempat kedua mungkin bukan satu alternatif yang buruk. Malah, ia boleh membantu anda hidup lebih lama.

Menurut kajian University of Virginia yang diterbitkan dalam Journal of Health Economics, para pemenang pingat perak Olimpik cenderung hidup lebih lama dan memperoleh pendapatan lebih banyak daripada pemenang pingat emas, yang telah mendorong para penyelidik untuk menyiasat apa yang terjadi selepas kemenangan besar, dan mengapa atlet tempat kedua lebih berjaya dalam kehidupan mereka.

Para penyelidik membandingkan taraf kehidupan antara para pemenang emas dan perak sukan Trek dan Padang Olimpik antara tahun 1896 dan 1948, dan mendapati terdapat trend gemilang hasil kewangan para atlet yang diperhatikan.

Kajian itu mendapati bahawa kira-kira separuh daripada pemenang pingat perak masih hidup sehingga umur 80 tahun, berbanding hanya satu pertiga daripada atlet pemenang pingat emas.

Mereka juga mendapati bahawa atlet tempat kedua memohon pekerjaan bergaji tinggi selepas Sukan Olimpik, sementara pemenang tempat pertama hanya memohon pekerjaan yang rendah pembiayaan.

70 peratus daripada pemenang pingat perak memperolehi hasil kewangan yang lebih besar, sementara hanya 20 peratus pingat emas melakukan perkara yang sama.

Adam Leive, penyelidik kajian mendapati juga pemenang pertama dan kedua Olimpik adalah tidak begitu berbeza dari segi fizikal dan neurologi, dan para pemenang pingat perak menjadi lebih berjaya selepas karier Olimpik mereka, yang mungkin menyumbang kepada jangka hayat hidup lebih lama.

"Terlalu mengejar kemenangan boleh membahayakan kesihatan," jelasnya.

"Masa yang ditumpu dan dihabiskan untuk berlatih dan bertanding mungkin memberi kesan kepada tenaga kesihatan."

Beliau juga mengatakan bahawa selepas usaha untuk memenangi pingat emas, para atlet tidak begitu bermotivasi untuk mencari lebih banyak kejayaan dan menjaga diri mereka sendiri.

"Kemenangan dapat mempengaruhi motivasi masa depan dan dengan itu mempengaruhi sumber dan kesihatan yang sebenar," katanya.

Hasil perolehan kewangan para atlet mungkin menjejaskan kesihatan jangka panjang mereka, tetapi terdapat pilihan gaya hidup yang lain yang memberi kesan terhadap kejayaan atau kegagalan.

"Mengasingkan hubungan antara pencapaian dan kesihatan adalah mencabar kerana beberapa saluran boleh beroperasi serentak," kata Leive.

"Bagaimana orang memberi respon terhadap kejayaan atau kegagalan dalam peristiwa kehidupan yang penting boleh menghasilkan akibat yang berkekalan untuk kesihatan," jelasnya.

Walaupun kita cenderung dan percaya bahawa kejayaan dalam karier akan membantu masa hadapan kita, dalam kes ini, memenangi tempat pertama sebenarnya boleh menghalang trajektori anda selepas menang.

Dan sementara kita masih merancang untuk mencapai matlamat tinggi, penemuan kajian ini berfungsi sebagai peringatan bahawa jika anda masih berada ditempat kedua atau tidak memenangi kejuaraan, anda tidak perlu terlalu keras untuk diri sendiri.

Pada penghujung hari, apa yang anda lakukan selepas kejayaan atau kegagalan anda, ianya lebih banyak daripada hasilnya sendiri.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 19 Disember 2018

Latest Month

January 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow