?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Mengukur kebahagiaan

Hampir semua negara didunia kini bersaing dalam memaparkan ranking atau kedudukan kebahagiaan, tetapi mendefinisikan kebahagiaan sebenarnya adalah bersifat subjektif, dan berbeza di antara budaya, kata seorang pemerhati.

Untuk menjadikan ‘kebahagiaan’ sebagai panduan metrik masa depan, eloklah jika Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diketepikan dahulu.

Negara-negara di dunia telah mula bersaing dalam mencapai ranking kebahagiaan global dan merancang pelan dasar mengikut statistik kesejahteraan.

Baru-baru ini, New Zealand mengumumkan bahawa bajetnya bagi tahun 2019 akan melaporkan bagaimana perbelanjaan negara memberi kesan kepada kesejahteraan.

Pihak berkuasa bandaraya serata tempat sedang membangunkan pendekatan "pintar" untuk mengukur kebahagiaan, menggerakkan pelbagai aplikasi mudah alih dan data tingkah laku yang semakin meningkat yang bertujuan untuk mengesan, merencanakan dan memaklumkan laporan maklumat kebahagiaan harian.

Sebagai contoh, Pejabat Pintar Dubai atau Smart Dubai Office melancarkan Indeks Kebahagiaan Pintar mereka pada awal tahun 2018, yang menjanjikan untuk menilai prestasi pengurusan bandar mereka berdasarkan janaan kebahagiaan bagi setiap dana yang dibelanjakan.

Penekanan ini bermula dari bidang program kajian kebahagiaan akademik, yang telah muncul sebagai instrumen sains yang boleh dipercayai yang mempunyai pusat penyelidikan sendiri dan terbitan jurnal akademik sejak awal abad ke-21.

Carian mudah melalui Google Scholar akan memaparkan 23,000 capaian yang luar biasa tentang perihal kebahagiaan yang diterbitkan pada tahun 2018 .

Para sarjana terkemuka di bidang ini pada mulanya berupaya menyatukan pelbagai pandangan dari falsafah, psikologi, sosiologi, perspektif kesihatan, ekonomi, kajian budaya dan seni, untuk menyiasat dengan mendalam bagaimana perasaan orang yang berpuashati dengan kehidupan mereka dan bagaimana mereka menilai kesejahteraan subjektif mereka sendiri

Ahli psikologi khususnya merasa bosan menumpukan perhatian kepada kekusutan, kemurungan, kecelaruan dan gangguan, dan kini melancarkan bidang psikologi positif yang berkaitan pada masa ini.

Idea mengenai kebahagiaan dapat diukur, direncanakan dan berubah secara geografi, kini ditubuhkan.

Setiap tiga tahun sejak 2012, Laporan Kebahagiaan Dunia (World Happiness Report) melancarkan indeks prestasi kebahagiaan global yang ditunggu-tunggu.

Ia adalah berdasarkan tinjauan global yang meminta orang ramai menilai bagaimana perasaan mereka tentang kehidupan mereka pada skala dari sifar hingga sepuluh.

Kebiasaanya tahap kedudukan dikuasai oleh negara-negara Nordik, dengan Finland kini menduduki puncak senarai.

Walaupun mungkin secara umumnya merasakan tahap kebahagiaan mereka adalah sesuatu yang tidak ketara, yang tidak boleh diukur melalui pernomboran, pendekatan pengukuran baru ini semakin popular di kalangan pihak kerajaan memerintah yang ingin bergerak melampaui pertumbuhan ekonomi sebagai ukuran nilai dan kemajuan negara.



Sementara itu, satu badan pergerakan global bagi mengubah model ekonomi semasa berdasarkan kesejahteraan sedang menjalankan aktiviti mengumpulkan sokongan.

Mungkin tidak dinafikan, kita tahu sedikit sebanyak tentang kebahagiaan, termasuk siapa yang paling bahagia dan di mana, pola sosial dalam kebahagiaan mengikut umur dan jantina anda, dan apa yang mendorong kebahagiaan individu dan kebangsaan, seperti pendapatan sara hidup, pendidikan, hubungan sosial, baik tadbir urus negara, dan kesihatan.

Namun, tahap ketidaksamaan ekonomi, kadar kemurungan dan tekanan mental global adalah tinggi. Dalam erti kata lain, walaupun kita tahu banyak tentang kebahagiaan, namun kebahagiaan secara keseluruhan tidak bertambah baik.

Ini adalah merupakan isu yang mendesak, dan ternyata memberi kesan mengenai bagaimana pemerintah negara, pihak berkuasa bandar, dan pihak berkuasa tempatan melakukan usaha moden untuk meningkatkan tahap kebahagiaan.

Masalahnya adalah kerana apabila usaha bidang telah berjalan dan laksanakan, pemahaman tertentu tentang kebahagiaan telah diambilkira. Dan semakin jelas definisi ini adalah terbatas.

Ahli ekonomi tingkah laku memang sangat berpengaruh dalam membawa pendidikan kebahagiaan kepada agenda dasar awam di peringkat dunia. Tetapi untuk mengukur kebahagiaan, ia perlu ditakrifkan semula sebagai tingkah laku yang dapat dilihat.

Oleh itu, kebahagiaan seperti yang difahami oleh mereka yang memantau dan mengukurnya adalah sesuatu yang dalaman, mengenai aspek mental individu, namun seperti yang diketahui oleh semua orang, kebahagiaan umumnya berkaitan dengan sesuatu di luar diri kita (kita merasa bahagia "tentang sesuatu"), dan dapat diubah dengan perubahan keadaan luaran kita.

Ahli ekonomi yang menumpu dalam kajian kebahagiaan juga semakin berminat dengan menggunakan bukti neuroscientifik dan genetik dalam usaha mereka untuk menghapuskan pandangan berat sebelah dan menyediakan langkah-langkah yang objektif, setanding.

Sekali lagi ini melibatkan melihat secara dalaman, kali ini pada biologi kita dan bukannya kelakuan kita untuk menentukan kebahagiaan sebenarnya.

Terdapat batasan yang serius terhadap penjelasan ekonomi dan neurologi tingkah laku.

Pendekatan-pendekatan ini mengubah kesejahteraan subjektif ke dalam langkah yang bersifat objektif, sasaran tadbir urus nasional dan global, dengan mengagregatkan kesejahteraan individu yang tidak dikenali.

Ini menampakkan peranan budaya dan konteks dalam membentuk perasaan kita sendiri, harapan, aspirasi dan persepsi kita.
Pemahaman alternatif yang mencabar sempadan antara di dalam dan luar, dan yang penting untuk memahami bidang penting ini, telah berlalu.

"Budaya", kini adalah titik lekatan bagi definisi kebiasaan tingkah laku.

Bahkan idea bahawa kesejahteraan subjektif dapat diukur dengan tinjauan semakin dicabar oleh beberapa ahli ekonomi, yang telah, misalnya, mengenalpasti penilaian terhadap kebahagiaan manusia dapat dipengaruhi oleh cara ujian sistem pendidikan sesuatu negara; sebuah pengesanan yang luar biasa yang mencabar kesahihan indeks kebahagiaan global.

Batasan lanjutan sering diserlahkan oleh pakar ekonomi dan ahli psikologi. Iaitu kita mungkin biasa mengatakan bahawa kebahagiaan sebagai bertentangan dengan kemurungan, ini tidak selalu kelihatan seperti itu.

Orang yang hidup dengan masalah kesihatan mental secara serentak boleh melaporkan perasaan gembira.

Beberapa negara yang paling bahagia, seperti Finland dan Denmark, juga mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi, (seperti yang dilaporkan dalam kajian baru ini), yang bertujuan untuk mendedahkan beberapa percanggahan dalam dominasi kebahagiaan global liga Nordic.

Isabella Arendt, seorang penyelidik di Institut Penyelidikan Kebahagiaan Denmark, memberitahu dia melihat kebahagiaan sebagai istilah relatif dan dinamik, yang kelihatan jauh lebih masuk akal:

Walaupun kita hidup di Utopia, masih ada orang yang tidak berpuas hati dan tidak gembira.

Satu lagi paradoks menghantui kajian kebahagiaan: Mewujudkan syarat-syarat untuk mempromosikan kesejahteraan sebenarnya boleh didorong oleh rasa tidak puas hati dan rasa tidak senang dengan status quo.

Orang yang kurang bahagia, misalnya, lebih cenderung aktif dalam politik daripada orang-orang bahagia. Tidak hairanlah, bahawa peningkatan pengetahuan saintifik tentang kebahagiaan belum membawa kepada perubahan sosial yang signifikan.

Keterbatasan dan paradoks ini perlu membentuk masa depan kajian kebahagiaan dan dasar kesejahteraan.

Nampaknya apa yang badan pergerakan "bandar pintar yang bahagia" semasa cuba ingin ketengahkan, yang dimaklumkan melalui ramalan analisis tingkah laku , pengesanan emosi yang boleh dipakai dan pembelajaran empati, akan memberikan penambahbaikan teknikal abad ke-21 kepada persoalan lama tentang kebahagiaan dan bagaimana kita dapat mencapainya secara kolektif .

Menjejak dan mencari kebahagiaan adalah sangat baik, tetapi sebelum kita menggunakan kaedah sedemikian untuk menentukan bagaimana kita ditadbir, kita perlu memahami apa yang berlaku kepada kebahagiaan kita apabila menjadi emosi yang dipetakan, diukur dan diuruskan.

Azizi Ahmad Dewan Masyarakat Umum Bil 1 Jan 2019

Latest Month

March 2019
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow