?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Hidup jangan merungut

Dalam keadaan yang tidak menentu di negara kita ini, kita sebagai manusia tentunya akan  sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah dan cabaran yang kita hadapi di tempat di mana jawapannya tidak boleh diperolehi.

Dalam keadaan ini jugalah, ramai mendapati diri mereka berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan yang berpunca daripada salah faham memahami peraturan asas ‘sebab dan akibat’.


Bagi mereka yang mahukan menyelesaikan cabaran yang dihadapi secara konsisten, anda mesti harus belajar untuk melihat urusan kehidupan harian dari perspektif yang betul, yang boleh dirumuskan dengan: ‘anda adalah, apa yang anda cuba lakukan, adalah apa yang menentukan apa yang anda ada.’

Jadi, jika semua yang anda pernah lihat dan lalui adalah hasil pemikiran masa lalu, satu-satunya cara anda boleh mengubah apa yang anda akan lihat atau jangkakan pada masa akan datang adalah untuk mengubah pemikiran anda hari ini. Itulah maksud sebenar sebab dan akibat.

Luang sedikit masa untuk berfikir apa yang anda inginkan. Jangan terkejut jika dikatakan ramai dari kita tidak tahu apa yang kita inginkan.

Cuba anda tanya rakan anda apa yang mereka inginkan dan rasanya mereka akan memberi jawapan berlainan iaitu ‘apa yang mereka tidak inginkan atau mahukan’.

Jika anda sentiasa memikirkan tentang apa yang anda tidak mahu, anda akan menjadikan masa depan anda  penuh dengan semua perkara yang anda tidak mahu.

Anda akan mendapati bahawasanya ia akan  menjadi kenyataan kerana  semua ini adalah sekumpulan omong kosong.

Kita bukanlah hidup dalam alam dongeng Aladin dengan lampu ajaib, yang mana jika kita menggosok lampu ajaib  akan menjelmalah ‘jin lampu’ yang akan memberikan segalanya apa yang kita minta, namun tahukah anda apa yang anda minta kepada ‘jin lampu’ ajaib tersebut?

Rasanya tidak ramai yang tahu apa yang ingin diminta. Kebanyakan dari kita sering dan menghabiskan masa berfikir tentang apa yang berlaku dalam urusan kehidupan harian mereka sahaja, masalah yang mereka hadapi sekarang, apa yang tidak menjadi dalam kehidupan mereka dan tentunya berfikir mengapakah nasib mereka adalah seperti  sekarang.

Pernahkah anda mengajukan diri anda dengan soalan provokatif seperti ‘bagaimanakah anda menghabiskan usia kehidupan anda secara konsisten dengan visi melangit atau angan-angan anda?’. Pernahkah anda mencatat apa yang anda fikirkan dan membayangkan dan menjalani ‘kehidupan impian anda’ ?

Apa yang kita tidak sedar sebenarnya adalah kita sebenarnya cuba ‘merubah dan mencorakkan’ diri kita yang sebenar.

Kita mungkin akan menjadi seorang yang ‘berkehidupan baru’. Anda mungkin akan men’jadi’, me’lakukan’ dan men’dapat’ apa yang anda impikan.

Jika kita tidak gemar melihat tayangan filem dilayar perak, memotong dan memusnahkan layar skrin tidak akan membantu.

Anda perlu berusaha mencari filem cereka yang lain , yang anda minat atau suka. Anda harus  berusaha melakukan sesuatu untuk menjadikan tontonan anda mengembirakan anda. Hentikan rungutan terhadap diri anda.

Tiada siapa yang akan ambil peduli tentang rungutan anda dan anda juga tidak harus melayani tindakan anda.

Keadaan anda adalah hanya hasil pemikiran masa lalu anda. Bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan dan ubahlah corak pemikiran anda. Itulah satu-satunya perkara yang akan mengubah hidup anda.



Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 11 Januari 2019

Posts from This Journal by “hidup” Tag

  • Pengalaman Hidup Membentuk Nilai Diri

    Keindahan hidup mesti bermula daripada diri sendiri dengan nilai diri yang positif. Orang yang mempunyai nilai atau harga diri positif, walau di…

  • Cerita dari kampung

    POJOK kali ini Kunta Kinte tulis waktu Subuh di rumah emak Kunta Kinte di Kedah. Sekarang musim kemarau. Siang panas tapi berangin. Malam dingin.…

  • Hargai kesenangan hidup sekarang

    KEHIDUPAN bagi kebanyakan generasi sebelum kemerdekaan negara dan 20 tahun selepas kemerdekaan bukanlah mudah. Dengan pendapatan yang kecil,…

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow