?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kawal kebebasan di media sosial

Penggunaan media sosial untuk komunikasi telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Kebanyakan pengkritik akan menyiarkan pandangan dan kenyataan di laman web seperti Facebook, Twitter dan lain-lain adalah dikatakan dan merupakan kritikan negatif dan sememangnya penuh semangat.





Ini mungkin disebabkan tidak ramai yang mampu menulis, memberi komen, maupun mengkritik dengan positif di ruang akhbar atau portal akhbar utama kerana tidak memenuhi kehendak ‘sidang pengarang’ maupun tidak mendapat ‘imbuhan’ seperti yang diharapkan.

Mengemukakan sesuatu yang negatif atau bersuara tidak menurut kehendak ‘pengarang’ bukanlah salah atau tertakluk kepada pendakwaan mahkamah.

Samada penghantaran penulisan anda diterima untuk siaran bergantung juga kepada pihak ‘sidang pengarang’ ataupun penerbit media.

Persoalan sama ada anda boleh didakwa atas komen negatif yang anda hantar di media sosial bergantung kepada sama ada penulisan maupun kenyataan anda merupakan fitnah, berniat buruk dan bertujuan jahat.


Memfitnah  melibatkan penulisan (penerbitan) atau mengatakan sesuatu tentang seseorang yang merosakkan reputasi orang tersebut.



Di samping itu, pernyataan itu mesti dikemukakan sebagai benar tetapi, sebenarnya, tidak benar. Ia juga tidak tertakluk kepada imuniti, sebagai contoh, dalam hal tokoh awam.

Terdapat dua jenis fitnah: libel (fitnah ditulis atau diterbitkan) dan fitnah pertuturan.

Memfitnah yang melibatkan media sosial dianggap fitnah kerana kenyataan itu diterbitkan dan disiarkan.

Pertahanan terbaik terhadap tuntutan undang-undang fitnah berasaskan komen yang anda buat dalam talian adalah bahawa apa yang anda telah diposkan adalah sememangnya benar.


Sekiranya pernyataan anda benar, anda pastinya akan terlepas dari pendakwaan.

Walau bagaimanapun, membuktikan kebenaran boleh memakan masa dan melibatkan kos yang mahal.

Jika anda dapat membuktikan bahawa kenyataan anda yang disiarkan hanya semata-mata pendapat anda  dan bukan kenyataan yang digembar-gemburkan, maka adalah mencukupi untuk diri anda tidak didakwa kelak.

Pendapat dan pandangan yang merupakan kebenaran adalah tidak mudah untuk dibuktikan.


Mengatakan "Saya fikir" atau "Pada pendapat saya bahawa ..." adalah tidak mencukupi untuk membuktikan kenyataan anda adalah hanya merupakan pandangan maupun pendapat.

Sebagai contoh, kenyataan diatas talian anda berbunyi, "Saya fikir jiran saya membunuh isterinya," mungkin berbunyi seperti pendapat.


Tetapi hakikatnya, anda tentu tahu bahawa jiran anda dan pembaca mungkin percaya anda mempunyai pengetahuan mengenai situasi itu mengubah kenyataan itu dan boleh menjadi salah satu fakta berpotensi untuk diverifikasi.


Memisahkan pendapat anda dari kenyataan yang dapat disahkan adalah kunci untuk mempertahankan diri daripada dikatakan membuat fitnah. Konteks atau kandungan kenyataan anda adalah penting.

Sekiranya anda menyiarkan komen yang mengatakan, "Orang itu adalah bebal," anda telah membuat kenyataan yang tidak dapat diverifikasi sepenuhnya.

Pendapat atau komen anda hanya menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai kedudukan sosial yang rendah.


Walau bagaimanapun, jika anda menyatakan, "Orang itu tidak pernah memegang sebarang jawatan atau berpengalaman," anda hendaklah memastikan dan mempunyai fakta rekod bahawa dia tidak pernah bekerja atau anda mungkin mendapati diri anda akan didakwa kerena menyebar fitnah.

Tokoh-tokoh awam (ahli politik dan individu berprofil tinggi) tidak boleh menyaman anda kerana menyiarkan komen negatif tentang mereka melainkan mereka dapat membuktikan "kebencian sebenar" yang ditakrifkan sebagai sengaja membuat kenyataan palsu atau bertindak dengan tidak sengaja mengabaikan kebenaran atau membuat kenyataan palsu.

Dua tokoh awam yang dimaksudkan termasuklah mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh, seperti Perdana Menteri, anggota Dewan Rakyat, atlet profesional, bintang filem dan lain-lain yang namanya terkenal. Mereka dianggap sebagai ‘tokoh atau selebriti awam’.

Tokoh awam kedua pula adalah orang yang biasanya dianggap sebagai individu perseorangan dan untuk sebab-sebab tertentu atau aktiviti yang mana mereka secara sukarela mengambil bahagian. Kumpulan ini dikenali sebagai ‘tokoh awam terhad’.


Perbezaan ini penting kerana tokoh awam terhad hanya perlu memenuhi "keadaan kebencian sebenar" jika fitnah itu berkaitan dengan sebab atau aktiviti khusus yang mana mereka terlibat.

Beberapa contoh mengenai kenyataan yang merupakan memfitnah dan bukan fitnah boleh disenaraikan seperti dibawah.

Ingat: Sekiranya pernyataan itu benar dan anda boleh membuktikannya, itu bukan fitnah.


Memfitnah

• Memanggil seseorang penjahat

• Menuduh seseorang mencuri

• Mendakwa seseorang sebagai pengganas Islam

Bukan Memfitnah

• Merujuk kepada peserta ‘gameshow’ atau sukan permainan sebagai "bodoh dan bangang"

• Mengatakan seorang ahli politik adalah "merosakkan negara"

• Memanggil kumpulan Search dan Wings "kumpulan ‘rock’ terburuk yang pernah anda dengar"

Menggunakan akal budi yang sihat adalah panduan terbaik untuk menentukan sama ada sesuatu yang anda hendak poskan atau kongsikan adalah fitnah.


Salah satu meme yang sering muncul di media sosial menggunakan akronim FIKIR  (THINK - True, Helpful, Inspiring, Necessary and Kind ) dan mencadangkan bahawa sebelum anda berkongsi sesuatu dalam talian, anda harus memastikan ia Benar, Membantu, Menginspirasi, Perlu dan Berniat Baik.


Jurang antara pernyataan yang memenuhi kriteria FIKIR (THINK) dan pernyataan yang memfitnah adalah besar.

Terdapat banyak ruang untuk humor, sindiran dan pendapat dalam penggunaan mengenai media sosial. Apa yang tidak ada adalah ruang untuk berbohong atau memburukkan orang lain.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 12 Januari 2019

Posts from This Journal by “media sosial” Tag

Latest Month

June 2019
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow