?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Sudah berdekad lamanya, agensi kerajaan persekutuan dan pengawal selia negeri seperti Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri diberi kuasa dan dipertanggungjawabkan dalam perkara dalam dan mengenai pendidikan di negara kita.

Hampir kesemua keputusan pendidikan yang utama, seperti apa yang harus diajar dan apa yang perlu diuji, sebahagian besarnya dibuat dan dijalankan di ibu kota dan bandar besar.

Guru memiliki tanggungjawab besar memastikan murid mendapat pendidikan sempurna ketika di sekolah. - Foto hiasan

Langkah-langkah ini semua telah dibuat atas nama peningkatan taraf, tetapi kebanyakan usaha pencapaian adalah menjadi satu bebanan kepada pihak pendidik, pelajar dan ibubapa.

Sungguh pun, para ‘pelanggan’ (pendidik, pelajar dan ibubapa) dikatakan diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, pendapat dan diberikan ‘autonomi’ dalam pelaksanaan di sekolah maupun pusat pengajian tinggi, tetapi pemusatan kurikulum dan penilaian (kini pentaksiran) masih lagi bawah kuasa Menteri Pendidikan dan kementerian terbabit.

Satu langkah (kononnya) membuka lebih banyak peluang untuk ekuiti, sementara yang lain membatasi keupayaan guru untuk membuat keputusan-keputusan autonomi sebagai tindak balas kepada keperluan dan nilai setempat mereka.

Sistem kepercayaan, sama ada agama, falsafah, politik, ideologi atau gabungan; merupakan salah satu pengaruh yang paling kurang diberikan peluang dalam pendidikan.

Sistem-sistem ini didasarkan pada nilai dan kepercayaan kolektif komuniti tentang apa yang penting, kerana kita mempunyai kepercayaan beragam di Malaysia, kita juga mempunyai kepelbagaian jenis sekolah dan pusat pengajian.

Kita perlu memperkasakan dan mempercayai rakyat kita sendiri untuk mengambil tanggungjawab dan bekerjasama untuk membangunkan program untuk penduduk negara ini.

Jika program kebangsaan tidak menghasilkan kadar pencapaian yang lebih baik, jadi mengapa kita bertahan dengan idea pemusatan kurikulum?


Mengikut statistik (rujuk https://www.moe.gov.my/index.php/my/statistik-kpm/statistik-bilangan-sekolah-murid-guru) , kita mempunyai 10,180 buah sekolah rendah dan menengah dan pelbagai Bahagian di Kementerian Pendidikan termasuklah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan Malaysia , Bahagian Sekolah, dan lain-lain.

Namun, p
erspektif birokrasi bandar adalah didahulukan dan perspektif tempatan dan serantau dipinggirkan.

Di seluruh negara, sekolah menghabiskan berjam-jam melaporkan kegiatan mereka ke JPN dan KPM, dan birokrat menghabiskan waktu berjam-jam untuk memeriksa dan menerbitkan hasil sekolah. Ini seolah permainan pematuhan yang besar.

Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan dari Jemaah Nazir, Bahagian Pendidikan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Bahagian Sekolah, namakan sahaja akan memastikan ‘semua urusan dan proses’ berjalan dan dilaksanakan mengikut dan mematuhi apa yang dihasratkan.

Ini tidak diambil kira ‘permainan’ ISO, MQA dan beberapa lagi sistem kualiti yang diimpikan mereka yang ‘berwawasan’.

Sekolah diluar bandar pastinya akan ‘mengundur diri’ dan seolah tersisih kerana pendidikan dilihat sebagai perusahaan yang berpusat di metro.

Oleh kerana pelaporan data sekolah diterbitkan di internet, usaha oleh guru dan pengetua  untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dirampas oleh penilaian perbandingan dan agenda pelaporan.

Sekiranya tidak ada usaha menonjolkan perbandingan nasional, pendidik dengan sendirinya dapat memberikan lebih banyak masa untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk pelajar mereka.

Tinjauan ke dalam pendidikan serantau, terpencil dan luar bandar mendapati terdapat kebimbangan yang tulus dalam komuniti serantau yang pelajar "belajar untuk meninggalkan". Ini bermakna tumpuan utama pendidikan dilihat untuk mendapatkan lepasan sekolah yang berpendidikan berhijrah ke bandar.

Ramai pelajar dari luar bandar memilih untuk mengundur diri kerana mereka fikir sekolah sudah tidak relevan.

Kesilapan kepercayaan tentang apa yang penting dalam pendidikan boleh menyebabkan pemisahan dan hasil sekolah yang kurang baik untuk pelajar serantau.


Kita seolah gagal melaksanakan demokrasi apabila kita mengenakan program yang dibangunkan oleh birokrasi berpusat sebagai alat penyelamat untuk masalah-masalah setempat.

Program sahaja tidak menyelesaikan masalah sosial. Pemangkin perubahan sebenar adalah mereka yang bergelar guru, jurulatih, mentor, rakan, atau rakan sekerja maupun orang tempatan.


Kita boleh membirokrasikan, menyeragamkan dan menormalkan pendidikan yang kita suka, tetapi pendidikan akan sentiasa menjadi sesuatu yang bersifat peribadi dan emosi bagi masyarakat setempat kerana mereka mempunyai kepercayaan mereka sendiri, yang mungkin tidak sesuai dengan kepercayaan di bandar-bandar besar.

Rundingan komuniti tidak mencukupi. Laporan OECD menunjukkan guru yang dapat menyumbang kepada penghasilan keputusan juga melaporkan berasa  dihargai, dan mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi.

Pihak sekolah dan para pendidik harus dapat membangunkan program-program mereka sendiri yang sesuai untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat agar pembelajaran menjadi bermakna.

Dengan cara ini, kepercayaan tempatan tidak akan dikompromi oleh agenda kerajaan, dan guru akan merasa diberi kuasa untuk memenuhi keperluan para pelajar mereka dan bukan hanya melalui bahan.

Kuasa autonomi setempat telah terbukti di Finland, sebuah negara yang terkenal dengan hasil pendidikannya yang tinggi.

Pada tahap praktikal, sekolah-sekolah tempatan harus dapat mengajar apa yang mereka ingin ajarkan dan menjalankan pengujian dan penilaian dengan cara mereka sendiri agar  pembelajaran dan pentaksiran menjadi bermakna. Kita memerlukan autonomi tersendiri supaya pendidikan dapat memenuhi keperluan pelajar.


Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 15 Januari 2019
(Tajuk Asal: Kurikulum kebangsaan tidak semestinya berkesan untuk sekolah luar bandar dan serantau)

Posts from This Journal by “pendidik” Tag

Latest Month

May 2019
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow