?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Sudahkah PM ‘mengajar’ penggantinya?

Bacaan berita dari seluruh dunia mendapati ramai pemimpin mengambil keputusan untuk bersara dan menimbangkan persaraan.


Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia kerana sebagai Perdana Menteri terkini pada usia 93 tahun, beliau bersedia untuk sekurang-kurangnya satu tempoh lagi mungkin pada usia 95 atau 98 (sepenggal pilihanraya).


Ini turut bersandar kepada kesediaan ‘'Lelaki yang akan menjadi PM' pada usia di 71 dan dikatakan sanggup menunggu peluangnya untuk memimpin negara kita.


Apa yang boleh kita pelajari dari sini sebenarnya?


Saya membuat beberapa bacaan, dan mendapati Ian Read, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer mengumumkan persaraannya pada penghujung tahun dan menyerahkan ‘baton’  kepada wakil beliau Albert Bourla.


General Electric mengumumkan pemergian John Flannery, dan menggantikannya dengan ahli lembaga Larry Culp.


Apa yang berlaku kini adalah seolah-olah 'orang yang memegang jawatan dan kuasa dalam jangka masa yang lama' turut mahu bersara untuk memberi laluan dan memberi peluang kepada 'orang' baru yang mungkin akan turut memendekkan tempuh memegang jawatan.


Malah Jack Ma mengumumkan persaraannya baru-baru ini dari kerusi Alibaba untuk memberi laluan kepada penggantinya Daniel Zhang; seorang lelaki yang beliau bimbing dan bentuk untuk mengambil alih.


Pastinya pemimpin yang bersara akan menginginkan warisan atau ‘legasi’ mereka diteruskan; mereka pasti akan mahu 'visi' mereka berterusan selama berabad-abad.


Perancangan peralihan kepimpinan tidak seharusnya terdedah dan pemimpin mana pun akan mempunyai peralihan kepemimpinan mereka sendiri.


Pemimpin besar seperti Ma pastinya merupakan seorang mentor dan jurulatih yang hebat. Kemahiran ‘mentoring’ dan bimbingan boleh dipelajari.


Para pemimpin hebat akan selalu mengatakan bahawa mereka mahu mengajar dan menjadi guru. Ini adalah perkara biasa bagi mana-mana guru yang baik akan mahu pelajar mereka cemerlang dengan keupayaan mereka sendiri.


Tiada guru yang mahu pelajarnya gagal. Oleh itu, memimpin dan membimbing adalah berkait rapat  dan seiring.


Sebagai pemimpin atau guru, kita akan memberi tumpuan atau fokus kepada siapa yang kita ingin bantu untuk membangunkan; jika dalam jumlah yang besar maka kita perlu memberi tumpuan kepada bilangan yang dimaksudkan.


Pemimpin atau guru, mereka sebenarnya adalah ‘mentor’. Salah satu tugas ‘mentoring ‘adalah memperkasa generasi akan datang melalui hubungan yang baik.


Untuk memastikan tugasan dan kerja anda berjaya dilaksanakan adalah untuk mengenali orang-orang anda.

Pemimpin yang baik tahu siapa yang mereka mahu bentuk dan bangunkan.



Setiap seorang daripada kita mempunyai kekuatan, kelemahan, harapan dan aspirasi dan pemimpin yang baik tidak hanya mencurahkan segala sesuatu kepada pengikutnya tetapi dia pasti akan mengetahui ciri-ciri ‘mentee’ yang diperlukan untuk menjadi pengganti.


Dalam kes perkembangan semasa politik Malaysia, dikatakan bahawa Perdana Menteri bersedia untuk melepaskan jawatan beliau selaras dengan kesediaan ‘orang’ yang beliau rasakan sudah bersedia dibentuk dan bangunkan.


Dalam pengajaran, seorang guru juga bersedia untuk mengajar apabila pelajar sudah bersedia untuk menerima pembelajaran.


Kriteria kesediaan, hadir dan datang dengan bakat pengganti atau set kemahiran, set minda yang sudah siap sedia, dengan memberi respons terhadap keinginan untuk belajar, menerima maklum balas dan rela dibentuk dan dibangunkan.


Pembangunan dan pertumbuhan memerlukan disiplin dan konsistensi yang tinggi.


Dalam tempoh tersebut, kita perlu mentaksir dan mengukur kuasa dan kejayaan kita.


Pemimpin atau guru yang baik perlu berjaga-jaga dan sedar tentang bagaimana keadaan selepas bersara seperti sekarang. Melindungi, mengekalkan sumber daya adalah sistem nilai yang berbeza.


Untuk menjadi pemimpin atau guru, anda bukan sahaja perlu mengenali ‘orang’ tetapi juga ‘tahu mengenai’ orang-orang anda.


Azizi Ahmad Free Malaysia Today Bahasa Pandangan 25 Januari 2019

Tajuk Asal: Kemahiran membimbing boleh dipelajari

Posts from This Journal by “mentor” Tag

Latest Month

February 2019
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow