?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Salah satu pembentukan awal teori petunjuk personaliti (keperibadian) adalah Empat Sistem Pembawaan Galen (Four Temperaments System of Galen) yang  berdasarkan Model Empat Humor Hippocrates; dan  lanjutan sistem lima pembawaan berdasarkan teori klasik yang diterbitkan pada tahun 1958.


Salah satu contoh jenis petunjuk personality adalah Teori Personaliti  Jenis A dan Jenis. Menurut teori ini, mereka yang  tidak sabar dan berorientasikan pencapaian dikelaskan sebagai Jenis A, manakala mereka yang mudah berurusan dan individu yang santai ditetapkan sebagai Jenis B. Teori ini pada asalnya mencadangkan bahawa individu Jenis A adalah lebih berisiko untuk diserang penyakit jantung koronari, tetapi tuntutan ini tidak disokong oleh penyelidikan empirikal.



Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai personaliti Jenis A adalah lebih cenderung diserang  gangguan personaliti manakala Jenis B personaliti lebih cenderung untuk menjadi penagih alkohol.


Ahli psikologi perkembangan, Jerome Kagan adalah seorang penyokong terkemuka teori jenis petunjuk ini.  Beliau mencadangkan kanak-kanak yang pemalu dan terabai adalah contoh yang terbaik dilihat sebagai mempunyai perangai menghalang, iaitu secara kualitatif berbeza daripada kanak-kanak lain.




Bagi memudahkan perkara , ahli-ahli teori sifat atau watak kadang-kala menggunakan istilah ‘jenis’ untuk menggambarkan seseorang yang memperolehi skor yang sangat tinggi atau rendah pada sifat personaliti tertentu. Hans Eysenck pula merujukkan faktor personaliti superordinat sebagai jenis, dan watak yang berkaitan lebih khusus sebagai sifat atau ciri.


Beberapa teori pop psikologi (contohnya, Men are from Mars, Women Are From Venus, Enneagram) bergantung kepada idea jenis tersendiri bagi orang yang berbeza.


Kini terdapat ahli psikologi yang mempunyai cara baru untuk mengkategorikan personaliti, dan ia adalah sesuatu yang melegakan. Kini penyelidik dari Universiti Northwestern telah menjalankan penganalissan keatas  1.5 juta responden dan menghasilkan empat jenis personaliti yang berbeza iaitu : "Model peranan" "purata", "terpelihara," dan "mementingkan diri sendiri."


Mungkin pengistilahan baru tersebut kecuali satu merupakan istilah ‘penghinaan’ namun dan mungkin tidak satu pun ada  penerangan sesuai untuk kita atau sesiapa sahaja yang berminat.


Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Luís Amaral, profesor di Pusat Pengajian Kejuruteraan McCormick di Universiti Northwestern, berjaya mengumpul data dari 1.5 juta soal selidik personaliti berdasarkan teori personality ‘Big Five" termasuklah sifat keterbukaan, berhati-hati, neurotisisme , kebersetujuan dan ekstraversi.


Data-data ini  diperolehi ahli psikologi John Johnson ( IPIP-NEO Penn State University),  projek myPersonality, dan laman web Big Personality Test, dimana semuanya membolehkan pengguna untuk mengambil ujian personaliti dalam talian.


Daripada pelbagai pentaksiran personaliti yang telah digunapakai sejak bertahun kebelakangan ini, "Big Five" dianggap sebagai yang paling saintifik kerana keputusan soal selidik berkemampuan menunjukkan dan untuk meramalkan tingkah laku tertentu.

Mereka yang memperolehi keputusan sifat berhati-hati melalui Ujian Big Five, sebagai contoh, cenderung untuk bekerja lebih keras menurut kajian, manakala mereka yang neurotik lebih cenderung untuk mengalami kebimbangan dan kemurungan.



Para penyelidik Northwestern University kemudiannya menggunakan kaedah algoritma untuk mengenalpasti empat kelompok antara set data. Ia ternyata apabila majoriti dari mereka  mempamerkan salah satu daripada empat kombinasi ‘sifat Big Five’  yang baru diperolehi iaitu


• “Purata” ("Average") iaitu mereka yang neurotiksism, ekstraversi dan rendah tahap keterbukaan (yang   mengalami stres kerja yang tinggi);


• "Mementingkan diri sendiri" (“Self-Centered”) orang yang tinggi tahap ekstraversi,  di bawah purata dalam keterbukaan, kebersetujuan, dan sifat berhati-hati;


• “ Model peranan” ("role model") adalah rendah dengan stres kerja dan tinggi dalam semua sifat-sifat lain; dan


• “Penyendiri” ("reserved") iaitu mereka yang  tidak ekstrovert atau neurotik dan melepasi tahap purata  dalam kebersetujuan dan berhati-hati.


Tetapi, walaupun kategori ini diakatakan sah mengikut statistik, ianya tidak memberi kesan yang bermakna ke atas sesiapa yang mengambil berat tentang personaliti dalam kehidupan seharian.


Dan ahli psikologi William Revelle, yang turut menjalankan kajian ini mengakuinya. "Apakah kegunaan sebenar ujian ?" Katanya kepada Washington Post. "Saya tidak fikir kita telah benar-benar menangani hal ini."



Sedikit sebanyak, penyelidik di belakang kategori ujian  ini adalah bertanggungjawab dalam merekabentuk ujian yang lemah ini.


Sesungguhnya mereka boleh membina ‘pengistilahan’ yang lebih baik daripada "purata" untuk menggambarkan ciri-ciri personaliti tertentu.


Tetapi kelemahan terkini terhadap "jenis personaliti" juga menggambarkan masalah yang lebih luas yang cenderung untuk hadir apabila para saintis cuba untuk mendiagnosis dan menentukan personaliti.



Mereka yang mempercayai dan menggunakan ujian personaliti (dari yang paling saintifik, seperti Myers-Briggs dan pernyataan astrologi, seperti Big Five), akan memperakui bahawasanya ujian yang mereka jalani adalah disking oleh ilmu sains.

Yang sebenarnya,  sains adalah penyesuaian intrinsik yang lemah untuk menghuraikan nuansa personaliti. Sains yang digunakan adalah bertujuan untuk menjadikan pengujian muktamad dan mutlak, yang cuba membuktikan fakta itu tepat mengikut keadaan kajian yang sama boleh dicipta semula berulang-kali untuk menghasilkan keputusan yang sama, personaliti adalah sifat lembut, samar, dan sentiasa berubah-ubah.



Pihak American Psychological Association menggambarkan personaliti sebagai "perbezaan individu dalam ciri dan coraki pemikiran, perasaan dan tingkah laku," definisi yang cukup luas untuk ditafsirkan secara berbeza oleh ahli psikologi yang berbeza.

"Ahli Psikologi meminjam konsep personaliti dari bahasa biasa, yang mencerminkan cara orang biasa berfikir tentang pemikiran masing-masing, perasaan, dan tingkah laku."



Johnson dari  Penn State, dalam satu artikel beliau pada awal tahun ini mengenai seksisme dalam ujian personality menyatakan bahawa  "Ia adalah agak subjektif, walaupun manusia  yang membesar bersama-sama dalam budaya yang sama akan cenderung untuk bersetuju dalam penilaian mereka yang lebih atau kurang bersetuju kerana standard sosial mereka dikongsi bersama."


Dalam erti kata lain, ahli psikologi cuba menggunakan kaedah saintifik untuk mewujudkan pemahaman yang jela mengenai personaliti, tetapi asas pemahaman mereka juga berasaskan pengisian personaliti pada konsep popular. Ia cukup mengelirukan.


Kekeliruan yang berlaku dalam komuniti penyelidikan ini, boleh membawa kepada salah faham orang ramai tentang bagaimana untuk mentafsir kajian saintifik mengenai personaliti.

Beberapa ujian Big Five di laman web ujian personaliti ujian oleh Johnson terhadap kumpulan wanita juga tidak menunjukkan hasilan yang diharapkan.

Ujian yang dijalankan keatas kumpulan wanita menunjukkan ‘ketidaksahan’ terhadap hasilan keputusan walaupun jawapan yang diberikan adalah sama untuk tingkahlaku yang sama.



Ini kerana mereka yang mencipta laman web memilih untuk mengira skor sebagai persentil berbanding dengan orang lain yang sama jantina.

Dalam erti kata lain contohnya : skoran bagi kumpulan wanita kelihatan ‘tidak benar-benar lebih marah-marah daripada lelaki’ tetapi hanya dilihat sebagai lebih marah-marah untuk tingkah laku yang sama.


Ini seterusnya, menimbulkan persoalan sama ada ahli psikologi mengkaji  personaliti semula jadi atau hanya persepsi personaliti. (Amaral, penyelidik di sebalik  penemuan jenis personaliti terkini, berkata walaupun kajian beliau bergantung kepada jawapan yang responden masukkan ke dalam soal selidik Johnson, dia tidak menimbang hasil mengikut gender).



Para saintis biasanya  mengenalpasti dan mengenali sifat personaliti yang berubah-ubah

Apabila seseorang  telah melaporkan mengenai ujian personaliti pada masa lalu, ahli psikologi telah menyatakan bahawa mereka sering bertanya pandangan dari  orang lain  untuk menilai personaliti seseorang itu, dan anda akan menerima keputusan yang agak berbeza daripada rakan-rakan berbanding keluarga atau penilaian kendiri.


Ini mencerminkan kebenaran bahawa orang ramai turut mempunyai  naluri ingin tahu: kita bukan orang yang sama di rumah dan ketika di tempat kerja. Kami tidak mempunyai satu pendirian konsisten, tetapi banyak cara untuk menjadi seseorang yang diperlukan apabila kita beralih atau bergerak melalui pelbagai konteks.



Dan kita  juga tidak konsisten dari masa ke masa. Malah, penyelidik telah mendapati bahawa personality "Big Five"  seseorang boleh berubah secara dramatik sejak beberapa dekad lalu.

Tetapi kebanyakan manusia tidak memerlukan kajian saintifik untuk menyedari bahawa keperibadian mereka berubah apabila mereka  melalui pelbagai peringkat kehidupan.

Kita dibentuk oleh persekitaran kita, peristiwa, dan kematangan, sudah tentu ramai yang tidak akan mempunyai personaliti yang sama, yang tepat pada usia 45 tahun dan dikelilingi oleh rakan-rakanberbanding  mereka pada usia 22 dan bekerja di sebuah pejabat yang toksik.



Dan lagi, walaupun ahli psikologi kadang-kadang mengakui personaliti bukanlah sentiasa  stabil, mereka terus menjalankan kajian yang cuba untuk mencariparadigma saintifik muktamad kajian personaliti. Terkini empat personaliti "jenis" baru ini  adalah contoh terkini.


Kepentingan popular dalam ujian personaliti mencerminkan keinginan difahami dan mengenali diri kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Namun, sesiapa sahaja yang menghabiskan masa ditempat kerja  pasti tahu , kadang-kadang orang yang paling suka berkawan sebenarnya adalah seorang pemalu, dan yang paling ceria dan santun juga boleh hilang sabar.

Kita akan kadang-kadang menyindir, yakin dan mesra pada hari tertentu dan menjadi sangat berbeza pada hari yang berbeza.

Akhirnya, terdapat satu spektrum yang tidak berkesudahan dalam personaliti manusia dan apa-apa percubaan untuk mendiagnosis hanya empat perkara akan menjadi  tidak bermakna kepada mereka yang cuba untuk memahami nuansa personaliti. Tiada siapa yang benar-benar "purata atau biasa sahaja.";

Azizi Ahmad Dewan Kosmik Psikologi Bil 2 2019 1 Februari 2019

Posts from This Journal by “personaliti” Tag

  • Jumpa siapa jika sakit mental?

    Isu kesihatan mental maupun kecelaruan mental kini dikatakan semakin serius di negara Malaysia kita. Kesihatan mental yang kerap melanda pesakit…

  • Tidak perlu menunjuk

    Dalam kebanyakan profesion, jika anda berada di pejabat selepas waktu bekerja yang ditetapkan, anda akan menarik perhatian pihak atasan. Tetapi…

  • Mengenali sisi personal Obama

    DEWAN Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya (UM), dewan universiti tertua di Malaysia itu yang selama ini menyaksikan jutaan pelajar bergelar…

Latest Month

May 2019
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow