?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Guru dan pendidik tidak seharusnya berasa tertekan atau berada dalam tahap kemurungan dan harus berpegang kepada standard piawaian moral yang tinggi namun penuh bahagia, penuh kasih sayang dan saling hormat menghormati.


Kenyataan Ini harus diterap bersama untuk "kebahagiaan, kasih sayang dan  saling menghormati adalah kunci untuk memperkuat sistem pendidikan". (Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik, 25 Jan).



Tetapi kajian oleh penyelidik dari Universiti Nasional Singapura yang menjalankan kajian terhadap menghargai jenaka, membuat jenaka dan perasaan moral mereka sendiri mendapati bahawa orang yang mempunyai standard moral yang tinggi mungkin adalah kurang lucu.


Guru dan pendidik tentunya dan seharusnya berusaha agar mempunyai nilai moral yang tinggi tetapi adakah pendidik benar-benar memahami nilai moral diri mereka?


Jadi sekarang, bolehkah guru dan pendidik yang harus mempunyai taraf moral tinggi cukup lucu untuk mendapatkan kebahagiaan, cinta dan saling menghormati?


Orang yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi sering dilihat secara positif kerana mempamerkan ciri-ciri watak yang mengagumkan, tetapi kebanyakannya dilihat sebagai tidak tulus, munafik, berfikiran sempit, atau tidak relevan, dan tidak di sukai oleh orang lain.

Sekarang siapakah yang kononnya mempunyai 'standard moral yang tinggi'? Adakah mereka yang kurang cenderung lucu?  Siapa yang kurang cenderung lucu, tentu saja mereka yang memegang jawatan dan berkuasa ditempat kerja. Adakah ini benar? Jarang sekali anda dapat mencari dan bertemu, 'ketua jabatan’ yang lucu lagi melucukan. (Betulkan saya, jika saya salah).


Ketegangan yang biasanya kelihatan ditempat kerja bukan sahaja menunjukkan dan bermaksud bahawa terlalu mengagongkan akhlak moral boleh memudaratkan humor, dan mendatangkan kurangnya kemesraan dan populariti.


'Oleh itu, terlalu mementingkan hal moraliti merupakan satu kelemahan yang sebelum ini sering diabaikan.'


Beranikah dan pernahkah anda menggunakan humor jenaka yang agak berlebihan ? Pastinya anda akan mendapati bahawa ia akan membuat orang-orang yang mempunyai standard moral tinggi menjadi sangat tegang.


Individu yang kononnya dan dikatakan sangat tinggi moralnya sukar untuk menerima lebih banyak lawak jenaka yang mencabar kerana mereka beranggapan bahawa ianya  mencabar norma-norma moral dan ini menyebabkan ianya kurang lucu secara keseluruhan. '.


Walaupun mempunyai pemimpin dan pekerja moral yang tinggi dikatakan memberi dan mendatangkan banyak manafaat, penyelidikan menunjukkan bahawa kesan kebahagiaan, kasih sayang dan hormat menghormati akan terus terhakis.


Hasilnya juga menunjukkan bahawa sementara orang yang mempunyai identiti moral yang kuat dianggap kurang lucu, mereka juga dianggap lebih amanah. Benarkah ?


Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 11 Februari 2019

Tags:

Posts from This Journal by “guru” Tag

Latest Month

July 2019
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow