?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Diskriminasi usia kian parah

Dalam satu persidangan sempena sambutan Hari Antarabangsa Orang-Orang Tua, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mendesak generasi yang lebih tua untuk terus aktif dan terus bekerja, walaupun selepas bersara.


Oleh kerana purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75 tahun, seseorang itu memerlukan simpanan hari tua dan penjimatan untuk bertahan antara 15 dan 20 tahun.



Kita sedia maklum, umur persaraan untuk rakyat Malaysia adalah 60 tahun tetapi masih ramai yang mampu untuk berkerja dan yang tidak bersedia untuk bersara (terutama dalam bidang pendidikan), dan bagi menampung keperluan untuk terus hidup dalam kos sara hidup yang tinggi dan meningkat.


Namun, isu diskriminasi usia adalah sesuatu yang hidup dan segar di Malaysia. Seorang pendidik yang "muda" mungkin diberitahu bahawa dia tidak boleh menjadi seorang profesor, manakala seorang pendidik dalam usia 50-an mungkin dimaklumkan bahawa  institut hanya memerlukan graduan "yang bertenaga dan dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang" sementara seorang pekerja menghampiri usia 60 tahun mungkin dinasihatkan untuk memberi peluang kepada orang lain dari menghadiri persidangan atau kursus, hanya untuk membenarkan dia "berihat dengan tenang."


Malaysia mungkin masih tidak mempunyai Akta atau Undang-Undang Diskriminasi Usia yang mungkin termasuk tiada diskriminasi terhadap pekerja berdasarkan umur, pengambilan dan pemberhentian pekerja, tugasan kerja, dan promosi.


Diskriminasi Usia mungkin tidak disedari sepenuhnya di tempat kerja. Beberapa jenis diskriminasi usia mungkin kelihatan seperti:


Peluang melanjutkan pelajaran secara automatik ditawarkan kepada pekerja yang lebih muda, bukan yang lebih tua. Ini boleh termasuk program kursus pendidikan, akses kepada pembayaran balik untuk pendidikan berterusan, kehadiran persidangan profesional atau industri, dan sebagainya.


Diabaikan untuk tugasan yang mencabar. Tugasan yang mudah, ringan, yang tidak menyenangkan atau membosankan diberikan kepada pekerja yang lebih berusia.


Dikecualikan aripada mesyuarat penting atau aktiviti institusi.


Komen yang mengganggu atau gurauan dan  ucapan mengenai umur dan usia.


Diabaikan untuk kenaikan pangkat. Peningkatan yang berbeza dan keputusan kenaikan pangkat boleh menunjukkan diskriminasi berdasarkan umur, atau mungkin mencerminkan prestasi individu.


Anda mungkin berfikir bahawa tempat kerja anda adalah bebas daripada diskriminasi umur.

Jika anda berasa tiada petunjuk tentang diskriminasi usia diarahkan kepada anda, jangan letakkan diri anda dengan berfikir bahawa ini tidak akan pernah berlaku kepada anda.



Sekiranya anda fikir bahawa anda masih bagus untuk organisasi maka sebaiknya anda haruslah membuat sedikit pelaburan bagi pertumbuhan dan perkembangan anda yang berterusan.


Banyaklah membaca dan meningkatkan pembacaan mengenai trend dan amalan terbaik, agar diri anda menjadi lebih baik secara berterusan setiap tahun.


Tenaga kerja yang lebih tua dan berusia dikatakan mempunyai banyak pengetahuan industri dan institusi. Jadikan diri anda salah seorang orang bijak di institusi tempat kerja.


Janganlah anggap bahawa tempat kerja anda "berhutang sesuatu dengan anda" atau anda adalah seorang legenda.


Pemikiran anda sendiri boleh mempengaruhi bagaimana anda bertindak.


Tidak ada sebab untuk tergelincir dalam melakukan yang terbaik untuk mewakili organisasi anda.


Sama seperti rakan sekerja muda anda, pastikan rangkaian anda aktif dan pilihan anda terbuka.


Cara terbaik untuk menghalang anda daripada menjadi mangsa diskriminasi adalah dengan tetap berada di atas karier maupun kerjaya anda.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 12 Februari 2019

Latest Month

November 2019
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow