?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Selidik dahulu pengamal kaunseling

Tajuk ‘Kawal kredibiliti elak gelaran kaunselor disalah guna’ bertarikh 29 Jan menarik perhatian semua.

Kaunselor / ahli terapi adalah pengamal yang memperoleh ijazah sarjana muda 4 tahun dan ijazah sarjana dalam psikologi atau kaunseling.

Kaunselor / ahli terapi tidak layak untuk menyediakan ujian atau memberi dos ubatan dan biasanya hanya memberi terapi dan pengurusan kes.

Teknik yang digunakan oleh kaunselor / ahli terapi juga berbeza-beza.

Mereka  dalam kategori ini mungkin juga mempunyai pelbagai jenis kepakaran seperti  kerja sosial, perkahwinan dan keluarga, kaunseling, seni, atau muzik.

Kadang-kadang, seseorang itu dapat berhadapan dengan cabaran hidup yang tidak dapat dielakkan tetapi mungkin dapat mengatasinya dengan adanya dan mewujudkan sistem sokongan.

Yang sebenarnya, kita memerlukan persekitaran yang selamat di mana kita  boleh mempercayai dan mengakuinya, dan ia boleh didapati dalam bentuk terapi yang disahkan yang menawarkan kaunseling yang baik.

Malangnya, terdapat kesalah fahaman umum tentang kaunseling, dimana kita mengaitkannya dengan "permasalahan" atau hanya untuk mereka yang dikatakan "gila" dan sakit mental.

Fikirkanlah: Berapa ramai di antara kita menganggap kaunseling hanya bertujuan untuk membetulkan perlakuan anak-anak nakal di sekolah?

Walau bagaimanapun, adalah menggalakkan untuk mengetahui bahawa lebih ramai orang mula bersedia mencari bantuan daripada ahli profesional kesihatan mental pada masa kini

Ahli psikiatri, ahli psikologi dan kaunselor adalah semua pengamal kesihatan mental profesional tetapi perbezaan utama terletak pada perolehan atau kelulusan pendidikan dan latihan yang telah mereka jalani untuk memperoleh kelayakan mereka.

Dengan itu, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk dan jika anda memerlukan dan mencari perkhidmatan kaunseling:

1. Pastikan kelayakan dan latihan mereka. Anda ingin meletakkan kepercayaan anda kepada ahli profesional yang telah memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka dari institusi yang sah dan bereputasi.

2. Pastikan mereka berdaftar dengan mana-mana badan pentadbir seperti Lembaga Kaunselor Malaysia yang mengeluarkan lesen untuk kaunselor. Ambil perhatian bahawa pada masa ini tiada undang-undang berkanun rasmi amalan psikologi di Malaysia, jadi ahli psikologi profesional adalah tidak dikawal.

3. Pengamal yang berwibawa biasanya berafiliasi dengan organisasi profesional yang bereputasi dan diakreditasi kepada masyarakat profesional masing-masing.

Seperti mana-mana profesion lain , sesetengah ahli terapi bukanlah mereka yang mampu dan terbaik dalam bidang maupun dengn apa yang mereka lakukan atau mereka sendiri tidak menyukai dengan pekerjaan mereka, yang mencerminkan bagaimana mereka akan berada bersama pelanggan.

Sekiranya ada tanda-tanda yang tidak profesional seperti yang biasa terdengar, maka elok sahaja anda tidak menggunakan perkhidmatan mereka.

Mereka yang tidak profesional biasanya adalah mereka:

i) yang tidak jujur, telus dan ikhlas serta tidak boleh dipercayai

ii) yang kerap dan sering bercakap mengenai diri mereka sendiri ketika sesi kaunseling  berlangsung

iii) mereka tidak menghormati, dan tidak menumpukan dan memberi perhatian ketika sesi berlangsung; sering tidak membenarkan anda meluahkan masalah anda atau sering membatalkan sesi perjumpaan dengan anda

iv) yang mengkritik dan menjatuhkan air muka anda

v) mereka tidak mengambil perhatian serius atau malah meremehkan perbincangan

Sekiranya seorang ahli terapi melakukan sesuatu yang tidak sesuai seperti gangguan seksual, bukan sahaja anda perlu meninggalkan anda perjumpaaan dengan serta-merta, anda mungkin mempertimbangkan memfailkan aduan dengan lembaga pelesenan yang berkaitan.

Jika anda mendapati anda mengalami masalah mencari ahli terapi, pertimbangkan organisasi lain untuk mengambil seorang ahli terapi atau kaunselor yang dicadangkan oleh pegawai perubatan anda.

Apabila memilih untuk mendapatkan khidmat ahli psikiatri, ahli psikologi, atau kaunselor / ahli terapi, pastikan anda tahu dengan siapa anda perlu mendapatkan khidmat.

Adakah anda memerlukan ubat? Jika ya, anda perlu melihat pakar psikiatri? Adakah anda perlu melakukan ujian? Anda perlu melihat ahli psikologi. Adakah anda berminat dengan terapi? Seorang kaunselor / ahli terapi atau ahli psikologi boleh memberikan perkhidmatan itu.

Perlu diingat bahawa lebih banyak pengamal pendidikan dan lebih banyak liabiliti yang mereka miliki, semakin mahal lah perkhidmatan mereka.

Semak laman web agensi pelesenan negeri anda untuk mengetahui sama ada seorang pengamal yang anda sedang mempertimbangkan memiliki lesen dan jika sesiapa telah memfailkan aduan terhadap pengamal itu.

Pengamal terbaik adalah seseorang yang mempunyai lesen di negara anda, tidak mempunyai sebarang aduan terhadap mereka, dan mempunyai reputasi yang baik dalam komuniti anda.

Jangan takut untuk bertanya, seperti yang anda lakukan untuk mendapatkan perkhidmatan  doktor keluarga atau doktor gigi. Yang terbaik adalah, merujuk dari mereka yang anda tahu yang telah dan pernah menggunakan perkhidmatan pengamal itu.

Azizi Ahmad Pendidik Utusan Malaysia Forum 16 Februari 2019

Latest Month

March 2019
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow