kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Cabaran rakan virus

Dalam sesebuah organisasi tempat kerja tentunya kita akan bersama  rakan-rakan dari pelbagai sikap, pelbagai  ragam dan pelbagai perangai.


Tentunya kita akan berhadapan dengan individu-individu yang bersikap lain dari yang lain terutama nya yang pandai bermuka-muka.


Tentunya juga isu ini akan menjadi perdebatan dan perbincangan yang menarik memandangkan ramai yang akan membincangkan betapa individu-individu yang dimaksudkan berjaya mempengaruhi ketua jabatan ditempat kerja.


Gelaran apakah yang sesuai untuk diberikan kepada individu-individu yang dimaksudkan.


Dikalangan kami,  mereka digelar sebagai ‘rakan virus’ kerana ‘virus’ ini akan mengsengsarakan kami ditempat kerja dari awal pagi sehinggalah tamat masa kerja.


Anda tentu berasa kecewa untuk meninggalkan pejabat sebaik sahaja jam perakam waktu menunjukkan bahawa anda sudah boleh pulang ke rumah, namun demi rakan-rakan setugas yang mengembirakan anda, anda tentunya tidak sabar untuk bertugas keesokan harinya.


Anda tentunya bersimpati terhadap rakan yang tidak dapat bersama menikmati keseronokkan bekerja bersama dengan kumpulan kerja anda, mungkin mereka perlukan pandangan dan nasihat yang  positif  bagi membolehkan mereka mengharungi keseronokan bekerja dengan kumpulan anda.


Namun, apakah  pandangan atau pun nasihat yang boleh anda berikan kepada individu ‘virus’ ini?
Mungkin saya boleh memberikan beberapa cadangan bagi membolehkan perubahan keberkesanan ini dapat di laksanakan:


1 Ubah sikap anda


Ini mungkin bukan perkara pertama yang anda fikirkan kerana ‘rakan virus
’ lah yang bermasalah dan bukannya anda.



Jika orang lain bersikap baik, anda tentunya tidak akan membaca artikel ini. Tetapi, tentunya pendapat ini memusykilkan; sikap dan perangai ‘rakan virus’ itula yang membuat anda sebenarnya bertungkus lumus untuk memperbetulkannya.


Bayangkan anda adalah merupakan seorang yang  jujur dan bukan dari kumpulan tersebut. Anda juga tidak bekerja atau bertugas dengan ‘rakan virus’ atau pun kumpulan ‘rakan virus’ namun tempiasnya akan tetap di rasai oleh anda .


Jadi apakah anda dan rakan anda member ruang kepada ‘rakan virus’ melebarkan ‘virus’nya?
Tidakkah anda atau  rakan-rakan anda menegur ‘rakan virus’ tersebut?


Bayangkan jika orang lain member layanan sedemikian kepada anda, apakah reaksi anda dan apakah perasaan anda? Tidakkah anda akan berasa sensitif, sedikit perasaan negatif atau sedikit hilang  pedoman?


2 Berkawan lah

Ini adalah satu lagi cadangan yang anda tentu tidak terfikir pun. Perkara pertama tadi adalah untuk mengelak reaksi negatif.



Kali ini, anda akan cuba untuk memprovokasi secara positif. Ini merujuk kembali kepada sikap anda. Anda tentunya akan memperolehi apa yang anda harapkan.


Ianya di panggil keyakinan. Anda akan hanya nampak apa yang anda ingin lihat atau nampak; jika anda mahukan ‘virus’ maka ‘virus’lah yang anda akan lihat.


Cuba berfikir sejenak. Apakah yang anda akan  lakukan  jika’rakan virus’ di dapati berminat untuk berkawan dengan anda?


Anda tentunya akan bersedia menjadi kawan. Fikirlah mengenai orang-orang yang  bekerja dengan anda dimana persahabatan memang sudah sedia terjalin. Bagaimanakah sikap anda terhadap mereka?



3 Bina hubungan dengan ‘rakan virus



Rakan virus yang anda cuba jadikan rakan  tentunya berfikir sebaliknya; namun tidaklah salah untuk memaklumkan kepada ‘rakan virus’ tentang niat anda maupun berpura menjadi rakan beliau tetapi tidaklah menjadi seperti beliau.


Namun, itulah mungkin salah satu cara untuk menghalalkan hubungan.


Cuba berfikiran terbuka; Anda cuba melambakan perhatian terhadap rakan virus
tersebut, anda sedang mencuba merobohkan halangan; anda yakin untuk membawa individu tersebut keluar dari suasana selesa beliau.



Mari kita bersama menghadapinya. Apa yang berlaku tentunya member kesan terhadap ‘rakan virus’ dan anda sendiri.


Jika anda sanggup, ambillah langkah pertama, di ikuti dengan langkah kedua dan seterusnya sehinggalah anda berjaya membina hubungan positif.


Anda mungkin tidak akan menjadi rakan baik selamanya tetapi anda perlu mencari jalan untuk saling menghormati dan mungkin bermakna bagi organisasi tempat kerja anda.


Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 21 Februari 2019
Tags: rakan, virus, writings
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments