?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Dosa politik pejabat ada baiknya

Kita sering mendengar perkataan "politik" tetapi sering tidak pasti apa yang dimaksudkan.

Namun ada jenis politik yang bermanafaat bagi sesebuah organisasi untuk berjaya seperti membina pakatan, mempengaruhi eksekutif tertinggi, menghasilkan sesuatu bagi projek anda berbanding orang lain, namun ada beberapa jenis dosa politik pejabat yang akan membantu kita melakukan kerja yang lebih baik di mana sahaja kita berkhidmat.

isu_dosa_um_02032019d.jpg


Sama ada budaya individualistik, atau budaya kolektivistik, "dosa" ini mempunyai kesan yang serius dan kadang-kadang dramatik.

Kita mulakan dengan yang asas iaitu melebihi pencapaian. Keadaan ini adalah dimana, anda berada di luar batas kemampuan, dan anda tahu mengenainya.

Apa yang lebih buruk adalah rakan ada tahu, dan mereka akan menuntut apa yang diperkatakan oleh anda.

Mereka tahu anda tidak mempunyai kecekapan untuk mencapai apa yang telah dinyatakan.

Mereka tahu anda tidak tahu apa yang anda katakan.

Dorongan untuk bertindak seolah-olah kita tahu sesuatu, adalah baik, tetapi ia adalah bijak untuk bertindak jika kita boleh menyelesaikan apa yang telah kita mulakan.

Satu-satunya orang yang boleh ‘mengangkat diri’ sendiri adalah anda sendiri. Namun mengangkat diri sendiri adalah merupakan satu tindakan yang berbahaya.

Tindakan ini juga dinamakan sebagai ‘bercakap besar’ dan semua orang tidak menyukai mereka yang ‘bercakap besar’.

Dan apabila seluruh pasukan terlibat, perkara terakhir yang mereka mahu mendengar daripada anda adalah, "Lihatlah  apa yang saya telah lakukan!"

Dalam apa jua keadaan, anda mungkin berfikir anda pintar, anda mungkin fikir anda mempunyai penyelesaian, tetapi jangan melampaui ketua anda. Ini adalah "dosa" kerjaya.

Ia biasanya berlaku kerana kekurangan kesabaran untuk mendapatkan perkara yang dilakukan, kita di gesa untuk mempercayai dan yakin akan ‘keunggulan’ mereka.

Cuba berbincang dengan mereka jika anda mempunyai idea yang menarik.

Kita tidak digalakkan berkasar dengan mereka kerana ia adalah satu perkara yang serius, ia adalah satu bentuk paling berbahaya yang anda lakukan.

Apabila anda membuat mereka kelihatan tergugat, anda seperti  meletakkan kerja anda pada risiko.

Dalam sebarang kerjaya, kegagalan terbesar adalah ada memberikan maklumat yang tidak tepat kepada pihak atasan.

Kita sering memberi alasan jika kita gagal; sering mengambil jalan pintas,  bergegas, dan mengelak tugasan terperinci dalam memastikan integriti maklumat.

Ketidaktepatan dan kredibiliti akan jelas menyerlah dengan cepat. Walaupun kita mampu memulihkan kesilapan , ketidakpercayaan  akan kekal dalam terhadap kita.

Pihak atasan lain boleh menjadi mangsa kepada ego anda. Anda mungkin berada dalam satu mesyuarat dan anda mahu membuktikan seseorang itu salah, (atau lebih teruk lagi, membuktikan bahawa anda betul) jadi anda secara terang-terangan mencabar mereka di hadapan ketua mereka (atau lebih teruk, rakan-rakan mereka) demi  kebenaran.

Mereka akan kenang hari mereka dimalukan dan mungkin satu hari, mereka akan menjadi ketua anda.

Apabila anda tidak boleh menghasilkan apa yang dijanjikan, anda telah meningkatkan tekanan pada diri sendiri dan mungkin cuba meningkatkan kejayaan pasukan anda untuk mengekalkan reputasi anda.

Dorongan untuk bertindak seolah-olah kita boleh mencapai sesuatu yang mustahil adalah baik, tetapi ia adalah bijak untuk bertindak jika kita boleh menyelesaikan apa yang kita mulakan.

Cuba anda fikirkan disepanjang kerjaya anda adakah anda telah melakukan semua ini.

Memang pengalaman  pembelajaran ini tidak  menyenangkan dan menyakitkan. Namun, elakkan dari melakukan kesilapan politik pejabat yang tidak berkesan ini.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 2 Mac 2019

Posts from This Journal by “dosa” Tag

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow