?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Elak dibuli rakan sekerja

Semuanya bermula dengan penghinaan atau niat untuk menjatuhkan atau memalukan orang lain.

Boleh dikatakan sifat manusia, walau dalam apa keadaan atau atas sebab-sebab apa sekali pun, tiada siapa yang anda ingin lihat mereka merana daripada orang yang anda tidak suka atau benci.




Salah satu dari perlakuan yang anda dapat perhatikan adalah gangguan atau salah laku yang tidak akan berlaku terhadap keluarga atau adik-beradik sendiri.

Gangguan juga tidak akan berlaku terhadap orang lain seperti para pelayan di tempat makan kegemaran anda.

Tetapi apabila mereka melihat rakan sekerja yang dianggap lemah yang mereka tidak berminat, mereka menjadi penuh dengan prejudis yang melampau sehingga mereka kehilangan kawalan diri. Pemikiran jahat itu kemudian diterjemahkan melalui tindakan penghinaan terhadap mangsa.

Salah seorang rakan ditempat kerja pernah menceritakan kepada saya bahawa beliau di ganggu sejak hari pertama bertemu dengan ‘pengganggu utama’, yang kelihatannya tidak suka kepadanya.

Rakan saya pernah membangkitkan isu ini dengan pihak atasannya, tetapi tidak mendapat perhatian dan tidak dilayan.

Apabila ‘pengganggunya’ mengetahui apa yang dilakukannya, maka bermulalah kejadian yang lebih teruk umpama ‘neraka’ bermula.

Kemungkinan juga ramai dari ‘pengganggu’ yang tidak senang ini adalah merupakan sejenis dengan mereka terutamanya dari kumpulan ‘pengurusan dan pentadbiran’ yang tidak profesional.

Sikap pilih kasih (favouritism) atau berat sebelah dan tidak berlaku adil  biasanya akan menjadikan dan menghilangkan rasa hormat dikalangan rakan tempat kerja.

Mereka yang menjadi mangsa akan menjadi ‘terbungkam’.

Cubaan secara bijaksana untuk membuktikan kes sebenar dan membongkarkan kejadian yang berniat jahat akan dirasakan.

Apabila berlakunya sesuatu kes atau insiden, kebiasaannya mangsa akan dipanggil oleh ‘ketua’ dan perbualan atau perbincangan akan kelihatan baik tetapi sering seolah ada sesuatu yang tidak kena kerana melibatkan ‘kumpulan kroni’.

Walaupun si ketua akan cuba untuk meyakinkan mangsa bahawa tidak akan ada sesiapa mengetahui apa yang dibincangkan tetapi biasanya ianya bukanlah perbincangan yang telus, ikhlas dan jujur.

Biasanya dalam mesyuarat pengurusan bagi menyelesaikan isu dan masalah, si ketua sebaliknya akan memaklumkan dan mengadu tentang "masalah" yang dicipta oleh si mangsa dan seperti ‘tidak dapat bekerja bersama’ dengan mangsa.

Bahkan tanpa berselindung akan mencadangkan kpeada pihak pengurusan agar mereka yang dikatakan tidak boleh bekerjasama atau mereka yang merasa tidak berpuas hati agar  "boleh keluar bila-bila masa" dan organisasi akan beroperasi tanpa mereka.

Terdapat jenaka mengenai negara kita ini, iaitu di ‘1Malaya Bolehland’ anda boleh dan mampu berjaya melakukan apa saja.

Mereka yang dikatakan ‘berkuasa’ boleh membuat keputusan yang mengejutkan walaupun  semua orang dapat melihat dengan jelas kesan yang merugikan.

Digabungkan dengan pilih kasih, adalah tidak menghairankan mengapa penindasan boleh berkembang dan penyebabnya terhindar dari hukuman.

Mangsa akan disingkirkan dari pasukan dan ditukar ke Jabatan atau unit lain; pengganggu pula akan menjadi hebat di mata pengurusan atasan.

Penggangu atau pelaku turut disyorkan untuk anugerah dan seterusnya bersesuaian dengan tindakan beliau dinaikkan ke kedudukan yang lebih hebat.

Hakikatnya, sama ada anda menyedari atau tidak, yang tetap rugi dan teraniaya adalah rakan saya.

Oleh itu,  kita mesti berani dan bersuara. Pelaku, tidak kira apa kedudukan atau jawatan mesti dipertanggungjawabkan dan diambil tindakan.

Tetapi mangsa, tentunya letih, dipermalukan dan lemah dalam semangat mereka. Mereka telah pergunakan dan ditutup segala kemudahan dan peluang

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 8 Mac 2019

Tags:

Posts from This Journal by “buli” Tag

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow