Pusat Penyelidikan Pew, sebuah badan fakta non-partisan, telah menjalankan kajian membandingkan kehidupan mereka yang menjalani kehidupan keagamaan dan mereka yang tiada pegangan agama dengan menganalisis data tinjauan dari lebih daripada dua belas negara termasuk Amerika Syarikat, Mexico, dan Australia.

Menurut hasil kajian, orang yang aktif dalam keagamaan biasanya lebih bahagia dan mempunyai lebih "kesedaran sivik ", yang bermaksud mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara seperti mengundi dalam pemilihan atau menyertai kumpulan masyarakat daripada mereka yang tidak mengamalkan atau tidak terlibat secara aktif dalam satu aktiviti keagamaan
Kajian itu juga mendapati bahawa penglibatan dalam jemaah keagamaan adalah bertepatan dengan beberapa pilihan gaya hidup yang lebih sihat sebagai contoh mereka yang ‘beragama’ dilaporkan kurang merokok atau kurang melakukan maksiat berbanding mereka yang kurang atau tidak ber’iman’.
Mereka yang ber’agama’ tidak akan menipu, mencuri, berlakuan buruk, tahu akan pahala dan dosa, mungkar dan nangkir.
Bagaimanapun, faedah dan kelebihan kesihatan tidak dapat dilanjutkan ke bidang kehidupan yang lain, kerana kajian mendapati ‘orang-orang keagamaan’ adalah tidak lebih sihat "dari segi kekerapan bersenam dan kadar obesiti", dan secara keseluruhan dilaporkan mempunyai laporan kesihatan yang tidak mesra.
Untuk memahami hubungan antara keagamaan dan kebahagiaan, penyelidik mengkategorikan mereka ke dalam tiga kategori: "aktif agama", atau mereka yang menghadiri sekurang-kurangnya aktiviti keagamaan sekurang-kurangnya sebulan sekali, "tidak aktif agama", mereka yang memperakui agama tetapi tidak sering menghadiri aktiviti , dan "tidak beragama", orang yang tidak mengenal pasti atau memperakui agama.
Kajian ini kebanyakannya adalah berdasarkan kepada data tinjauan dari negara penganut Kristian sebagai agama yang menggalakkan penglibatan dalam perkhidmatan keagamaan.
Walau bagaimanapun, data dari beberapa negara dan wilayah Afrika dan Asia juga dianalisis.
Penyelidik mendapati bahawa lebih daripada satu pertiga daripada orang dewasa yang aktif agama di Amerika Syarikat menggambarkan diri mereka sebagai sangat gembira dan dalam 12 negara yang dianalisis, mereka yang aktif dalam jemaah agama didapati lebih bahagia dengan "margin yang signifikan secara statistik" daripada mereka yang tidak bersekutu dengan agama.
Dari sembilan negara yang dianalisis, mereka yang terlibat dalam aktiviti keagamaan melaporkan kebahagiaan yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak aktif secara langsung.
Tiada satu pun laporan dari negara terlibat yang merakamkan bahawa ‘mereka yang aktif dalam keagamaan ada kurang bahagia daripada mereka yang tidak aktif’.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara di mana penglibatan agama berkorelasi dengan sedikit perbezaan kebahagiaan.
Walaupun dapatan dikatakan "agak menarik", namun hubungan antara kebahagiaan dan agama memerlukan kajian lebih lanjut kerana "bilangan atau data tidak semestinya membuktikan bahawa melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan adalah bertanggungjawab secara langsung dalam meningkatkan kehidupan manusia”.
Mungkin sebaliknya ia adalah benar, kerana mereka atau orang yang lebih bahagia pastinya terlibat dalam penyertaan aktiviti keagamaan kerana mereka secara keseluruhan mengambil bahagian dalam aktiviti berbanding orang yang tidak ‘gembira atau bahagia’.
Tinjauan menunjukkan bahawa ramai dari mereka yang aktif dalam aktiviti keagamaan akan juga turut aktif dan membabitkan diri secara sukarela dalam organisasi lain.
Atau, mereka yang terlibat dalam jemaah keagamaan mungkin lebih bahagia kerana mereka mendapat manfaat daripada hubungan sosial yang mereka bina.
Azizi Ahmad Utusan Malaysia 23 Mac 2019