?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Hampir semua berita berbaur politik

Kita terlampau berpolitik, setuju? oleh Merrepak 24 Mac 2019 adalah dipersetujui.

Setiap hari tentunya kita akan membaca dan memperolehi berita dan makluman melalui  akbar bercetak atau pun melalui portal akhbar dan merasakan kita sedang memperolehi ‘maklumat’.




Setiap pembaca mempunyai kegemaran mendapatkan berita dan maklumat mengikut keupayaan, kemampuan dan minat masing-masing.

Kita boleh memperolehi berita melalui rangkaian akhbar utama seperti Utusan dan Kosmo;  Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times; The STAR , Borneo Post, Sinar Harian dan lain-lain.

Ini tidak termasuk pada portal MalaysiaKini, Free Malaysia Today, Malaysian Insight, Malaysia Dateline, Malay Mail Online dan sebagainya.

Kebiasaannya pihak akhbar mempunyai kaedah, cara dan gaya mereka sendiri dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu berita  tetapi kebanyakkannya akan memberi pelaporan yang agak tepat dan adil.

Bagi saya, keutamaan saya adalah mengenai pendidikan dan sosial; kurang pada budaya dan politik.

Namun, saban hari kita banyak dihidangkan dengan hampir semuanya adalah politik.

Maklumat dan pemberitaan lebih kepada ‘jenis komentar’ yang  mengambil alih kewartawanan.

Ramai yang akan cuba menarik perhatian dan tidak akan pernah bersetuju pendapat.

Sekiranya anda menganggap bahawa syarikat media memenuhi minat pembaca masing-masing, yang tentunya mereka lakukan, maka ia pasti kelihatan seolah-olah majoriti pembaca lebih suka berita mereka ditapis melalui kecenderungan prisma yang memenuhi kemahuan.

Sekiranya anda membaca laporan di akhbar berita berpasangan contohnya Utusan/Kosmo; Harian Metro/Berita Harian,  anda pastinya akan mendapati akan beberapa pelaporan yang yang mana hampir sama  bergantung kepada pandangan politik anda.

Begitulah dengan segala-galanya sekarang, dan saya maksudkan segala-galanya: jenayah, keganasan, teknologi, serangan seksual, acara sukan, malah fenomena semulajadi seperti kemarau, taufan dan banjir.

Banyak perkara dilihat atau dilaporkan melalui kanta yang berbaur politik.

Agak pelik bukan? Lebih pelik ialah setiap agensi berita bercita-cita menjadi penyedia berita yang sesungguhnya benar dan tepat.

Semestinyalah, setiap syarikat media mempunyai pandangan politik, kumpulan editorial, pengulas dan halaman opsyenal, tetapi pelaporan berita tidaklah ‘diserabutkan dan diputarbelitkan’  sesuai dengan salah satu daripada dua perspektif yang bertentangan seperti sekarang.

Bagaimanakah segala-galanya menjadi sangat dipolitikkan? Media adalah refleksi dan mereka yang mempengaruhi rakyat sesebuah negara melalui pelaporan pandangan mereka.

Kita telah dihidangkan dengan berita ‘kepimpinan’ yang agak memecahbelahkan pandangan sejak dari era Mahathir, Pak Lah, Najib dan kini Mahathir.

Dan sejak dunia berita telah menjadi komoditi dan keuntungan media telah mengalami tekanan daripada dominasi gergasi teknologi yang semakin meningkat seperti Google dan Facebook yang menyedut kebanyakan keuntungan pengiklanan, syarikat media telah memberi respons dengan menghidangkan kepada pembaca dengan berita utama yang lebih sensasional.

Sementara itu, dengan adanya kandungan yang dijana oleh pengguna, blog dan media sosial, setiap orang mendapati diri mereka dalam keadaan yang sama seperti syarikat-syarikat media: sesuai dengan pandangan yang sering dipegang rakan-rakan dan pengikut mereka dengan kedudukan  yang semakin banyak untuk mengembangkan jenama peribadi mereka.

Dengan pandangan moderat kebanyakkannya seringkali diabaikan, kita mungkin terkial-kial, terpaksa bertanya-tanya jika seorang calon presiden yang sederhana dapat memenangi pencalonan hari ini, apatah lagi muncul sebagai pemimpin yang cukup kuat untuk melawan pasukan budaya dan teknologi yang kuat.

Sekiranya ini berlaku, saya rasa ia boleh membentuk semula landskap media ke arah yang sederhana. Bersabar dan bertahanlah wahai pembaca.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 03 April 2019

Posts from This Journal by “politik” Tag

Latest Month

July 2019
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow