?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kenali pemimpin meroyan

Sebelum diberikan kedudukan, kebanyakkan dari mereka adalah  baik dan hebat tetapi biasanya akan berubah dalam tempoh yang singkat setelah diberi dan memegang  jawatan maupun kedudukan.

Apabila seseorang diberikan 'sedikit' kuasa mutlak, sering mereka akan menukarkan kenyataan 'berkuasa mutlak yang merosakkan mutlak’.

Kenapa dan bagaimana pemimpin yang memegang kuasa menjadi ‘ korup’ adalah rumit tetapi jelas.

Pemimpin menggunakan kuasa mereka untuk menyelesaikan sesuatu.

Kepimpinan juga adalah mengenai kuasa dan pengaruh.

Pemimpin yang bijak dan mampu bersosial akan menggunakan kuasa untuk memberi manafaat kepada orang lain.

Pemimpin yang mementingkan diri sendiri  akan menggunakan kuasa untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

Mereka  yang terpilih,  harus berfikiran dan berkemampuan  bersosial dalam minda fikiran dan harus lebih peduli akan kepentingan terbaik para rakan mereka.

Kedua-dua bentuk kuasa yang dinyatakan adalah tidak saling eksklusif.

Seorang pemimpin boleh menggunakan kuasa beliau untuk memberi manafaat kepada orang lain, tetapi juga boleh memperolehi sesuatu untuk kepentingan  peribadi. Ini mungkin 'orang yang paling bijak' berkuasa.

Apabila kepentingan dan kuasa peribadi menguasai dan menguntungkan pemimpin, mangsa adalah mereka yang dibawah tapak kepimpinan.

Seringkali dilihat, pemimpin boleh menyesatkan orang lain dengan menggambarkan diri mereka bekerja untuk kebaikan (menggunakan kuasa bersosial), namun terbabas dan terlibat dalam tingkah laku yang tidak beretika.

Pada asasnya, ramai yang bercakap tentang 'peraturan dan undang-undang atau peraturan berdasarkan arahan'.

Rakyat Malaysia kini  seolah-olah percaya bahawa, peraturan adalah ‘yang mengawal apa yang betul’  dan pemimpin yang berkuasa merupakan mereka yang boleh dan dibenarkan melakukan kesalahan.

Sesetengah orang seolah-olah mempunyai idea bahawa 'mereka sentiasa betul, orang lain akan tetap ‘salah’  kerana mereka memiliki  kepentingan atau kedudukan untuk menunjukkan yang mereka tidak salah.

Tiada siapa yang berada di atas undang-undang adalah satu lagi kenyataan yang paling banyak diketahui.

Ramai pemimpin gila atau "mabuk" dengan kuasa. Banyak yang kelihatan terlibat dalam tingkah laku dan tindakan yang salah semata-mata kerana mereka boleh dan mereka boleh lari dengannya.

Ramai yang fikiran dan hati mereka 'bercerita' mengenai  ‘ujian oleh Tuhan’. Ramai yang tahu tetapi masih mengabaikan kenyataan  'tiada siapa yang sempurna'.

Walaupun kebanyakkan pemimpin adalah berkelayakan dan mendapat pendidikan dari kolej dan universiti, ramai yang dibutakan oleh kuasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kuasa membuat pemimpin semakin yakin diri dan berani bertindak membuat keputusan tertentu.

Ini membolehkan mereka bergerak ke hadapan dalam tindakan yang dipilih.

Pemimpin mesti menggunakan kuasa untuk "memastikan sesuatu kerja selesai."

Semakin banyak individu yang mempunyai kuasa, lebih banyak mereka memusatkan keinginan mereka sendiri yang ‘egosentris’ dan hilang daya  kemampuan untuk melihat dan menerima pandangan orang lain.

Dan selepas itu pastinya terdapat ‘perbezaan individu’.

Mereka yang gila  kuasa,  cenderung menggunakan kemampuan mereka untuk menindas orang lain,  dan mereka adalah "pemimpin-pemimpin meroyan".

Azizi Ahmad Malaysiakini Surat 3 Mei 2019

Posts from This Journal by “pemimpin” Tag

Latest Month

May 2019
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow