?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Baru-baru ini, media dipenuhi dengan cerita 'laskar (musketeers) adalah professor kangkung' dan perkataan ‘tong kosong’.

Nama panggilan ini bermula dari isu Statut Rom yang melibatkan 4 tokoh akademik yang dikononnya ‘tidak memenuhi kriteria dan kehendak’ orang tertentu.

Panggilan ‘bodoh’ juga keluar dan diungkap oleh pembesar negara dan para menteri dan ianya seolah ikutan, jika ‘boss’ sudah mengeluarkan kenyataan, pengikut pun tumpang ‘membodohkan’ orang yang belum tentu ‘bodoh’ walaupun mereka dari golongan bangsawan, ilmuan atau sesiapa sahaja.

Namun, saya bersetuju dengan "apabila anda tidak tahu apa-apa, jangan bercakap" tetapi menambah lagi 'bodoh' mungkin tidak baik.

Nama panggilan atau pelabelan adalah dari orang yang dihormati di negara ini.

Pada tahun-tahun sebelumnya, dalam keadaan suasana politik yang memanafaatkan pihak tertentu, pastinya tidak mendatangkan masaalah.

Ia tidak seperti apa yang sedang berlaku di peringkat kebangsaan sekarang, ada yang mungkin secara politiknya tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku tetapi hanya mendengar dan tidak memahami kandungan dan pergolakkan sebenar tetapi hanya berdasarkan sikap prejudis masing-masing.

Sesetengah penonton dan pembaca memang bersemangat tidak sabar untuk bersuara, dan ada yang menambahkan ‘minyak kedalam api’.

Kebanyakkan penulisan yang tidak begitu enak dan kurang baik dikongsi dalam kumpulan Facebook atau di viral melalui WhatsApp dengan rentetan maklumbalas oleh pembaca.

Saya berharap saya tidak menyertai untuk menulis seperti yang mereka lakukan walaupun saya mungkin tidak bersetuju dengan beberapa perkara tentang mereka yang tidak baik atau disukai.

Walaupun kita bersetuju atau tidak setuju atau mereka mungkin betul atau tidak betul, saya tidak akan melakukan perkara yang boleh menjejaskan dan melibatkan kehidupan keluarga dan anak-anak saya.

Adakah kita menetapkan dan menunjukkan contoh yang baik?

Keadaan sekarang adalah seolah-olah seperti ‘lakukan atau buat seperti saya kata, bukan, buat seperti apa yang baik saya lakukan’

Kesedaran diri adalah penting dalam membincangkan topik sensitif.

Di manakah seruan nilai-nilai yang baik lagi murni yang dilaungkan tetapi sebaliknya peningkatkan menggelar, memburukkan, menjatuhkan maruah dengan ‘membodohkan’ orang lain menjadi mainan dibibir.

Tiada apa-apa yang baik datang dari memanggil atau menggelarkan orang lain dengan panggilan ‘yang tidak menyenangkan’ sungguhpun memang ada dari mereka yang patut diberi gelaran yang dipanggil.

Tidak akan ada pemenang atau juara dalam penghujahan ‘buruk’ yang yang dikeluarkan; ia juga tidak akan menyebabkan ‘mereka’ yang anda burukkan bersetuju dengan tindakan anda.

Malah ianya menjadi tidak berkesan, tidak membina, tidak matang dan pastinya tidak baik.

Ia menyakitkan, merosakkan dan menjadi tidak bermakna.

Dan saya fikir itu adalah punca kepada semua masalah kita dalam masyarakat.

Sama ada kita bercakap mengenai politik atau agama atau subjek teras atau apa sahaja, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan pandangan perbezaan mereka dan bersikap baik pada masa yang sama.

Anda boleh tidak bersetuju dan bersikap baik. Ia adalah satu kemungkinan.

Tetapi ramai daripada kita tidak belajar dan diajar cara  ini dari kecil .

Dan apabila kita membesar menjadi orang dewasa; apabila kita mendapati diri kita terlibat dalam penghujahan atau dalam usaha untuk meluahkan pandangan kita, maka bermulalah epsiod penghinaan.

Kita memang tahu untuk tidak berkata ‘perkara maupun ungkapan yang kurang baik’ namun kita ‘tetap’ bertindak mengeluarkan suara penghinaan semata-mata kerana melayani ‘ego’.

Semua orang tahu dan akan tetap terus melakukan ‘kejelikan’ bila perlu dan berasa ‘besar diri’.

Memanggil dan menggelar orang lain dengan penggilan yang tidak menyenangkan memang tidak baik; selagi kita memberi nama atau sebarang panggilan gelaran yang tidak baik, ia memang tetap memberi makna dan menyakitkan.

Tidak salah mempunyai pendapat yang berbeza. Kita boleh tidak bersetuju. Kita boleh berdebat. Kita boleh berhujah.

Ayuh, mari kita menjadi orang dewasa tentangnya, kerana anak-anak kita sedang mendengar.

Ahmad Malaysia Dateline Rencana 08 Mei 2019

Posts from This Journal by “bodoh” Tag

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow