?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Untuk menilai dan menghakimi kerajaan Pakatan Harapan dalam tempuh setahun sejak 9 Mei 2018 adalah lebih baik atau kurang baik berbanding jika Barisan Nasional terus memenangi dan meneruskan pemerintahan selama lebih dari 60 tahun di negara ini adalah tidak adil.

Satu perkara yang pasti, sekiranya BN menang, kesalahan yang dilakukan oleh ahli politik dan kroni penjawat awam terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan 1MDB akan berterusan.

Mujurlah tindakan segera telah diambil untuk menghentikan kerosakan dari terus berlaku dan menyekat urusan pengubahan wang haram berbilion ringgit dari 1MDB.

Setahun yang lalu, seluruh jentera kerajaan dikatakan ‘membusuk’ sehingga ke teras dan rakyat terutama pengundi telah mengambil keputusan untuk menukar ‘keburukan dan kebusukan’ dari terus dengan yang ‘baik’.

Pembaharuan yang bermakna telah dimulakan dan dilaksanakan untuk memastikan ‘apa yang dikatakan dan dianggap buruk’ untuk melakukan sesuatu pada masa lalu di ‘ubah’; dan kebertanggungjawaban, integriti, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang diberikan keutamaan.

Institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan lain-lain  terus berfungsi dalam mod "perniagaan seperti biasa".

Mesej yang kuat yang ingin disampaikan adalah rasuah terutama penyalah gunaan maupun penyelewangan kuasa tidak boleh,  tidak akan diterima dan tidak dibenarkan.

Dalam hal ini, tuduhan dan dakwaan rasuah terhadap mantan perdana menteri dan ahli politik lain termasuk tokoh korporat menceritakan dan menggambarkan tentang kesungguhan dan betapa seriusnya kerajaan dalam menjalankan ‘apa yang dikata’.

Kita seharusnya memberi ‘tabik hormat’ untuk Perdana Menteri yang berani, jujur dan telus dalam memberikan hanya lima daripada 10 dalam penilaiannya terhadap kerajaan yang sedang memerintah.

Tentu sekali beliau, mengenalpasti, berpengetahuan dan mengakui banyak kelemahan pada barisan menteri Kabinet yang baru, yang pastinya  tidak serta kurang berpengalaman sebagai jentera pemerintahan.

Ini sememangnya satu pengakuan yang jujur dan telus terhadap prestasi tahun pertama parti gabungan yang baru terbentuk yang mengambil alih pemerintahan.

Dengan tadbir urus yang lebih baik dan penekanan kepada kerajaan yang bersih, penilaian antarabangsa kita juga telah meningkat dan  telah bertambah baik.

Pengiktirafan dan penghormatan dari badan antarabangsa yang diterima oleh PM mungkin adalah untuk beliau seorang tetapi bolehkah kita menganggapnya sebagai kejayaan bersama?

Kita telah belajar dengan cara yang sukar bahawa ‘seseorang’ tidak seharusnya memiliki kuasa besar yang dapat disalahgunakan dengan mudah.

Perbuatan dianggap ‘memusnahkan’ dan menyakitkan (seperti 1Malaysia) sedang beransur dihapuskan; begitu juga dengan menginstitusikan perpecahan kaum seperti kehadiran wajib kursus Program Latihan Khidmat Negara oleh Biro Tata Negara untuk satu kaum.

Namun begitu, masih banyak perkara yang perlu dilakukan kerajaan yang sedang memerintah dari segi menjaga kesejahteraan rakyat dan menangani kenaikan kos sara hidup.

Kerajaan Pakatan Harapan perlu bekerja dan berusaha keras untuk mendapatkan kepercayaan semua rakyat Malaysia.

Kerja dan usaha ini perlu dilakukan dan dilakukan dengan betul. Rakyat dan penduduk Malaysia  akan menilai kerajaan Pakatan Harapan  dengan apa yang mereka lakukan.

Tidak ada negara dan kerajaan memerintah negara di dunia ini yang  sempurna , namun  Malaysia adalah negara tanah air kita, dan kita harus bersyukur dilahirkan di Malaysia.

Tentunya kita berhasrat dan berharap bahawa ahli politik dan pemimpin kita tidak akan memisahkan dan membahagikan kita dengan ketaksuban agama, politik dan perkauman.

Kerajaan tidak boleh membezakan dan membenarkan mereka yang berkepentingan untuk mengeksploitasikan perbezaan kita sementara pada masa yang sama berusaha keras untuk menghilangkan negativiti hubungan kaum.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 11 Mei 2019

Recent Posts from This Journal

  • Pemimpin boleh menyesatkan orang lain

    Sebelum diberikan kedudukan, kebanyakkan dari mereka adalah baik dan hebat tetapi biasanya akan berubah dalam tempoh yang singkat setelah diberi dan…

  • Making a difference

    I am referring to the article “What teachers want” dated 12 May 2019 and would like to add some of what I think ‘teachers and…

  • Kita kurang guru bahasa Inggeris

    “Desak guru ambil MUET, NUTP minta menteri campur tangan” adalah berdasarkan cadangan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) yang…

Latest Month

May 2019
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow