?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Usah salahkan guru

Isu kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris dibangkitkan lagi melalui artikel ‘Kaji punca murid lemah BI, jangan salahkan guru ' bertarikh 19 Mei 2019 (Bernama).

Gesaan dan keperluan termasuklah agar satu kajian komprehensif dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kelemahan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan murid berbanding menuding jari terhadap tahap penguasaan BI oleh guru.

Namun, para guru yang mengajar bahasa Inggeris tidak seharusnya dipersalahkan diatas dasar kurangnya kemahiran penguasaan kerana terdapat juga guru bukan opsyen diminta oleh pentadbir sekolah untuk membantu mengajar akibat kekurangan guru, dan mereka turut diminta untuk menduduki Ujian MUET.

Dari segi logiknya, mengapa harus bersusah payah dan mengecam apabila subjek bahasa Inggeris bukanlah merupakan salah satu syarat untuk lulus dalam peperiksaan SPM; mengapa memaksa untuk memahami 'bahasa kedua' apabila kita harus mengekal dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.

Kenyataan yang bertentangan oleh pegawai KPM juga tidak membantu; apa yang sebenarnya kita inginkan dari semua ini.

Yang pasti, memang sudah terdapat kajian dan penyelidikan  mengenai kemahiran penguasaan bahasa Inggeris oleh pakar tempatan dan pakar asing; tetapi mengapa 'pakar dalam perkara ini' tidak dapat menentukan apa yang baik dan apa yang tidak.

Sudah tentu apabila kajian dilakukan, hasil penemuan harus diterima, sama ada ia cenderung positif atau negatif. Bersedia menerima dan mengakui fakta kebenaran seharusnya menjadi amalan realiti penemuan.

Bolehkah kita tidak bersetuju jika hasil penemuan kajian menyatakan majoriti pelajar berpandangan bahawa guru bahasa Inggeris, pensyarah dan jurulatih bahasa Inggeris sendiri adalah tidak terlatih atau kurang kompeten;

Sebagai contoh, mereka menggunakan atau menyelang seli ‘bahasa ibunda’ semasa mengajar, sehingga mereka tidak dapat melakukan yang terbaik untuk menarik minat pelajar.

Guru pelatih di IPG/Universiti dan pelajar juga tidak suka mendengar pengunaan loghat bahasa  Inggeris, Amerika atau Austraia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu bahasa Inggeris pastinya mendapati dan berpandangan bahawa kurikulum yang digunapakai adalah tidak sesuai untuk membantu pelajar memperbaiki kecekapan bahasa Inggeris mereka.

Sungguh pun ada yang memberi pandangan dan pendapat serta memberi penekanan  tentang kurikulum yang diperlukan untuk digunakan tetapi ianya masih tidak berjaya dilaksanakan.

Menentukan kurikulum yang betul dan sesuai untuk Bahasa Inggeris adalah sukar seperti mana untuk menentukan kurikulum bagi mana-mana mata pelajaran lain.

Beberapa persoalan contoh mudah ialah; Adakah kurikulum TESL yang digunakan di  IPG/Universiti adalah selari dan memenuhi kurikulum sekolah? Apa persamaan yang ada pada mereka?

Oleh itu, kita memerlukan kurikulum yang sesuai untuk digunakan dan tentu saja tugasnya adalah untuk para pakar di KPM untuk membetulkannya.

Ada juga yang menyatakan, anak-anak kita dan pelajar kurang latar belakang asas berbahasa Inggeris tetapi bahasa Inggeris telah didedahkan walaupun di peringkat tadika.

Sekali lagi bagaimana kebolehan dan keupayaan penyampaian para guru atau pendidik maupun jurulatih yang dapat dan membantu mengubah keinginan untuk menjadikan bahasa Inggeris menarik untuk digunakan.

Pelajar dikatakan risau dan takut dikatakan ‘gagal’; dikatakan mereka kurang yakin menggunakan Bahasa Inggeris kerana mereka takut melakukan kesilapan dan malu.

Membenarkan mereka membuat kesilapan dan menerima kegagalan dijangka akan  memberi motivasi dan memberikan makna yang positif.

Walaupun bahasa Inggeris dikatakan sukar untuk dipelajari kerana pelajar tidak bermotivasi, para pengajar adalah digalakkan untuk mencorakkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna; pelajar juga seharusnya diberi peluang untuk berlatih dan mengamalkan pengunaan berbahasa Inggeris di antara mereka sendiri dan seharusnya merupakan satu idea yang baik.

Keperluan untuk melihat semula perjalanan program di institut pendidikan guru menjalankan program Bahasa Inggeris mungkin langkah pertama dalam membantu perjalanan menyelesaikan isu-isu tersebut.

Pasukan pengajaran bahasa Inggeris harus melengkapkan segala kemudahan kursus latihan yang baik di institusi pendidikan atau di universiti.

Walaupun ini mungkin sukar untuk diperolehi atau direalisasikan, perekabentuk kurikulum harus memikirkan keperluan pelajar dalam pembelajaran bahasa ketika mereka merancang pembangunan kurikulum.

Saya masih menggunakan 'apa yang ingin diajar adalah apa yang kita taksirkan; apa yang kita mahu taksir adalah apa yang kita ajarkan' sebagai falsafah panduan.

Memupuk motivasi kepada pelajar juga harus menjadi keperluan bagi meningkatkan  keyakinan setiap kali mereka membuat kesilapan dalam kelas bahasa.

Keperluan menyediakan cara, kaedah, strategi untuk pelajar adalah digalakkan agar mereka mengamalkan penggunaan bahasa Inggeris samada di dalam dan luar bilik darjah.

Ibu bapa harus cuba menggalakkan anak-anak mereka terlibat secara aktif dalam mempelajari bahasa Inggeris di rumah dan sekolah.

Keperluan untuk terus menentukan amalan pedagogi pembelajaran dan pengajaran di negara ini dan pada masa yang sama, untuk mentaksir dan memantau kelayakan dan pengetahuan guru bahasa Inggeris sebelum membenarkan mereka mengajar dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan penggunaan bahasa kedua ini dengan jayanya.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 27 Mei 2019

Posts from This Journal by “bahasa inggeris” Tag

Latest Month

July 2019
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow