?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kita perlu berani berubah

Terperangkap, bosan dan lesu dalam pekerjaan yang sedang  anda lalui adalah lumrah kehidupan.

Setelah sekian lama bekerja ditempat yang sama, mungkin sudah sampainya untuk bersara dan menukar persekitaran tempat kerja.

Tentunya kita tidak bersendirian dalam hal ini, jika apa yang kita sedang lakukan tidak lagi memberi makna , seharusnya  kita sudah tahu untuk meletakkan titik noktah.

Perasaan kekurangan dan kesukaran yang dialami oleh mereka yang bekerja terpaksa ditangani dan dihadapi secara beterusan, dan apa yang amat menyedihkan adalah bilangan orang yang telah merasakan keadaan ini selama bertahun-tahun , malah berdekad-dekad .

Mereka membenci pekerjaan mereka, mereka benci kehidupan mereka, mereka benci di mana mereka tinggal , namun hidup perlu diteruskan.

Senarai  kerja yang tiada penghujung,  tugasan yang tidak memberi makna, mesyuarat yang tiada kesudahan, rakan sekerja yang hanya mementingkan diri sendiri, projek yang membazirkan dan berbaur kegagalan, permainan politik yang tidak berhenti-henti, kurangnya peluang meningkatkan diri dan penghargaan kepada bakat, keadaan ekonomi yang tidak menentu, prospek kerja yang lemah, ketua atau majikan yang tidak berhati perut dan sebagainya akan menyebabkan kelesuan, kebosanan, kurang bermakna dan tekanan.

Semua ini menawarkan pelbagai alasan dan justifikasi untuk sesiapa sahaja terperangkap dalam keadaan yang mengecewakan.

Namun, satu persoalan harus dijawab oleh diri kita sendiri. “Bilakah anda akan bersikap jujur terhadap diri anda?”

Hanya kita yang tahu nilai diri kita, hanya kita sendiri yang boleh mencipta kehidupan yang ingin kita kecapi;  adakah kita akan membuat potensi pilihan yang sukar untuk berubah.

Kita harus menentukan dan menetapkan kepentingan makna dalam kehidupan kita sendiri. Ia bukanlah sesuatu yang telah ditetapkan kepada mereka yang dikatakan bernasib baik sahaja.

Nathaniel Koloc (Havard Businss Review), dalam penulisannya ‘What job candidates really want: Meaningful Work”, menyatakan pekerja mengidam sesuatu terhadap kerja mereka, satu peluang yang menyediakan makna dan kepuasan.

Satu  perolehan kajian yang dijalankan oleh Price- Waterhouse juga mendapati " pekerja yang terserlah penglibatan mereka adalah 50 % lebih produktif dan 33% lebih menguntungkan. Mereka juga bertanggungjawab terhadap  56 % skor kesetiaan pelanggan dan dikaitkan dengan kadar pengekalan 44 % lebih tinggi , yang membawa kepada keuntungan yang besar dalam produktiviti dalam jangka panjang . "

Oleh itu, isu kepuasan dan hasrat dipenuhi di tempat kerja , bukan sahaja menjadi satu isu yang membimbangkan bagi pekerja tetapi bagi majikan juga.

Carl Rogers pernah menulis bahawa "orang yang berpendidikan adalah orang yang telah belajar bagaimana untuk belajar dan berubah."

Elok jugalah dikaji semula paparan ‘Ya, sudah Jumaat bah … ‘ di dinding Facebook dan cuba menjawab soalan-soalan untuk membantu anda mempelajari dan mengubah keadaan anda.

Mari kita fikirkan bersama bagaimana kita berada dalam situasi ini.

Kehidupan siapakah yang sebenarnya kita sedang jalani?

Mengapakah kita berada dalam situasi sekarang?

Adakah kita berada dalam pekerjaan kita sekarang merupakan pekerjaan pilihan sendiri atau memang sudah nasib?

Adakah kita memenuhi kehendak keluarga atau orang lain?

Adakah memang kita telah menetapkan tujuan kita pada usia 18 tahun dan apabila kita menyambung pelajaran kita di kolej?

Tidak perlu kita menunding jari atau menyalahkan sesiapa, secara rasional, lihatlah kepada apakah yang telah membawa anda ketahap ini.

Kita juga perlu lihat tentang  apa yang berjaya dilakukan dalam kehidupan anda.

Adakah terdapat situasi dimana kita merasa puas, seronok dan gembira dengan apa yang telah kita buat?

Bolehkah situasi tersebut dikembangkan dan diteruskan secara acap kali dalam pekerjaan sekarang atau dengan menggunakan pengalaman tersebut ditempat kerja yang baru?

Adakah kita mampu membentuk dan membina situasi kerja yang lebih baik dalam pekerjaan sekarang?

Kita juga  harus mengambil kira kehidupan selepas kerja, di mana lagi kita boleh mendapatkan kebahagiaan dan makna dalam kehidupan.

Apakah elemen-elemen positif dan negatif dalam kehidupan personal kita yang mempengaruhi sikap kita terhadap kerja yang sedang dihadapi?

Dengan persoalan-persoalan ini, adakah mungkin kita patut mula mencorakkan kehidupan yang baru, mungkin mencari kerja baru, bertukar atau berpindah ketempat lain atau perubahan signifikan yang telah difikirkan.

Terfikirkah kita tentang apakah yang kita mahu lakukan dan bagaimanakah kita mahu kehidupan kita dihabiskan?

Tentunya kita bukan berada di suatu tempat ‘terpencil’ dimana kita akan buat apa yang kita katakan atau ingin lakukan.

Cuba kita tulis mengenai kehidupan impian kita, tentang apa yang kita mahu mengenai kehidupan kita.

Senaraikan keperluan ‘mesti ada’ dalam kehidupan baru atau ditempat kerja kita.

Senaraikan kekuatan dan kelemahan kita dan mulalah mencari bakal majikan yang baru.

Bayangkan atau cuba selami perasan ‘cemburu’ dengan maksud apakah yang orang lain ada dan kita juga mahu dan cuba mendapatkannya dengan mempelajari bagaimana mereka memperolehinya.

Kenalpasti elemen yang boleh  membantu kehidupan kita dan menerapkan yang terbaik dalam hidup kita.

Disinilah di mana renungan kita perlu berakhir dan tindakan mesti  bermula. Jika kita terlalu asyik dengan idea, tetapi tidak bergerak ke hadapan atau bertindak maka apa yang difikirkan tidak akan menjadi.

Membuat perubahan besar dalam hidup adalah sukar namun penting dan kita semua cenderung untuk menolak apa yang sukar dan penting,

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 15 Jun 2019

Posts from This Journal by “berubah” Tag

  • Change has to be encouraged

    THE STAR SAYS . . . The Prime Minister has called on civil servants to be brave and make changes to conditions and regulations hindering…

  • Usah gentar akui silap

    PUTRAJAYA: Agensi kerajaan tidak perlu gentar mengakui kesalahan dan melakukan perubahan terhadap kelemahan yang dikenal pasti bagi memastikan…

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow