?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Bukan cara pembunuhan politik



Isu skandal seks yang terbaru di hebah dan diwarwarkan nampaknya agal mengoncangkan iklim politik Malaysia dan pastinya merupakan satu peristiwa yang ribut dan menghampakan.

Kita tidak boleh mengatakan dengan pasti jika, dalam video pertama yang muncul di ‘viral’kan bahawa memang benar ‘lakonan dan aksi’ itu adalah mereka yang dikenal pasti ‘pelakon’nya.

Sesiapa sahaja akan merenung dan akan cuba mengenalpasti aktor yang dipaparkan kerana memang sukar atau jelas dalam keadaan yang ‘agak kabur’ untuk menyatakan bahawa ‘mereka adalah mereka’ yang dimaksudkan.

Terus terang, ketika video itu secara sengaja diedarkan dengan niat jahat oleh pihak misteri dan berkepentingan, banyak rakyat Malaysia yang melihatnya tidak mempercayai tuduhan dan ‘cubaan menfitnah’ yang datang bersama itu, dan tentu tidak ada yang peduli.

Ramai rakan dan kawan seangkatan ketawa terbahak-bahak apabila rakaman video yang kurang jelas dan lemah teknik koreografi di kongsikan.

Untuk memanggilnya sebagai video seks adalah seperti satu sektsa jenaka.

Paling tidak semestinya adalah kualiti video yang dipersoalkan pada insiden tersebut memandangkan kecanggihan gajet yang dimiliki ramai rakyat Malaysia.

Lakonan ‘pelakon aksi’ juga adalah bertaraf amatur dan seharusnya memerlukan ‘aksi memberangsangkan’ lebih dari yang ditunjukkan.

Dan, adakah kita perlu memberi komen mengenai pengarahan buruk dan mungkin, skrip terburuk yang boleh dibayangkan?

Dengan tahap literasi rakyat Malaysia yang memang dan meningkat bijak semakin hari, ramai sememangnya tidak peduli kerana mereka boleh mencium maksud jahat dalam penghasilan video itu.

Hampir setiap laman media sosial sama ada dari laman berita yang sahih maupun atau dari mereka yang berkongsi maklumat berita itu dipenuhi dengan komen yang menonjolkan pelaku dan mungkin ‘perancang utama’ yang tidak diketahui.

Cubaan pembunuhan politik jelas kelihatan dan ‘pelakon’ sendiri menunjukkan kebodohan.

Rakyat Malaysia terpalit dan terjerumus menderita dengan tuduhan yang meletihkan dan tiada siapa yang mempunyai masa atau kesabaran untuk berbohong, seperti mana semua masyarakat yang bertamadun.

Apa yang jelas di kalangan rakyat Malaysia hari ini ialah melihat undang-undang dan keadilan ‘mencuci dan membersihkan’ segala-galanya.

Keadilan dalam kehidupan dan di tempat kerja dan perjuangan terhadap kos sara hidup adalah hal-hal yang menjadi keutamaan rakyat dari mereka-reka cerita seks.

Sebaik sahaja video itu diedarkan dengan berniat jahat, dan kemudiannya penampilan koreografi pelakon amatur, seruan penyiasatan terhadap seorang ahli politik yang terlibat dengan rasuah membangkitkan minda bagi mereka yang memikirkan insiden tersebut.

Bagaimanakah seorang ahli politik dikatakan dan dituduh bersalah dalam video seks palsu disiasat kerana tuduhan korupsi yang timbul dari berita palsu?

Tentunya rakyat Malaysia pastinya berpuas hati untuk membiarkan proses keadilan berjalan lancar dalam hal ini.

Azizi Ahmad Sinar Harian Interaktif 29 Jun 2019

Posts from This Journal by “politik” Tag

Latest Month

July 2019
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow