kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Ambil iktibar dari Singapura

Sudah banyak berita bacaan disiarkan mengenai kes ‘tekanan dan kemurungan’ yang dihadapi oleh kanak-kanak sekolah dan juga pelajar di institusi pendidikan tinggi namun isu permasalahan masih tidak dapat dibendung malahan tidak berubah tetapi bertambah.


Baru-baru ini , akhbar The New Straits Times memetik laporan dari AFP SIngapura mengenai kebimbangan prestasi republik itu dengan tajuk yang memeranjatkan: "Singapore school kids paying the price".

Harga yang dimaksudkan adalah terlalu berat. Harapan keuntungan terhadap kejayaan seolah-olah datang dengan terlalu banyak kesukaran dan keperitan.


Bilangan anak sekolah yang mengetuk pintu ahli psikiatri di Singapura semakin meningkat, mengikut catatan laporan.


Dengan kerapian dan sistem pendidikan yang ketat demi peningkatan pendidikan, kegembiraan dan kesejahteraan hidup diabaikan, AFP memetik kenyataan salah seorang Menteri republik tersebut.


Kisah sebegini adalah sama dan merupakan masalah global dan pihak berwajib harus melakukan perubahan atau pindaan yang perlu dilakukan terhadap sesuatu perkara sewajarnya (mutatis mutandis).


Pembelajaran sama ada di sekolah atau kolej kini menyerupai perlumbaan untuk mencari siapa pemenang, juara atau terhebat.

Kehidupan generasi kini dan masa akan datang seolah dan seperti mengejar ‘anugerah terbesar’, ibu bapa sendiri akan pantas menghebahkan anak-anak mereka berjaya memasuki dan mendaftar ke sekolah dan atau institusi pendidikan berprestasi, memperolehi markah tertinggi dan ‘menyiarkan gambar anak-anak mereka dianugerah ‘skrol’’ untuk dan berada dalam karier terbaik.


Anak-anak tidak diberi peluang untuk memperlahankan dan melambatkan, dan menikmati fasa dalam kitaran hidup.


Tidakkah kita harus memberi peluang kepada anak-anak kita untuk melalui usia mereka secara berperingkat.


Kita seharusnya memberi peluang kepada anak-anak untuk menjadi manusia yangmenikmati kehidupan mengikut aturan yang ditetapkan.


Kita telah menolak dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk merasai dan menghayati permainan tradisional seperti bermain gasing, tali temali, main pondok, main ‘aci sembunyi’ dan lain-lain permainan seusia mereka.


Bangun sahaja dari tempat tidur, terus dikerah bersiap ke sekolah untuk belajar; untuk mendapat keputusan terbaik agar dapat ke sekolah yang lebih baik. Ini adalah merupakan sindrom penyakit negara membangun dan maju.


Sungguh pun pendapatan penduduk dan rakyat Malaysia adalah merupakan mereka yang ‘berpendapatan sederhana’ namun Malaysia digesa untuk cuba ‘bertukar’ kepada negara berpendapatan tinggi.


Tidak kah kita pelajari dari jiran kita Singapura yang berprestasi tinggi; jika mereka kini sedang ‘bersin’mahukah kita diserang selesema.


Ironi tajuk ini dapat dirasakan melalui penulisan seorang penulis Australia , Lucy Clark berjudul: Beautiful Failures: How the Quest for Success is Harming Our Kids. (KegagalanTerindah: Bagaimana usaha dalam mencapai kejayaan merosakkan anak-anak kita).


Dalam temubual dengan ABC News, Clark berkata gesaan untuk mencapai kedudukan pada penghujung 12 tahun persekolahan telah menjadi semacam kegilaan’ (mania) hingga mengabaikan begitu banyak perkara yang indah dan menarik untuk mendapat pendidikan sebenar.


Malangnya, Malaysia kelihatan menyukai kegagalan yang terindah.


Hasil kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) 2017 turut memberi amaran bagi mereka yang bercita-cita begitu.


Tahun lepas sahaja , terdapat 5.5 juta remaja berusia antara 10 tahun dan 19 tahun di Malaysia, di mana lebih daripada separuh berada di sekolah.


NHMS menjalankan kajian keatas 30,496 pelajar antara umur 13 dan 17 di 212 sekolah. Hasil kajian mendapati , satu daripada lima menghadapi kemurungan, dua dari lima dalam ‘keadaan cemas’ dan satu dalam 10 menghadapi ‘tekanan’.


Tingkah laku bunuh diri remaja (ditakrifkan sebagai ideasi, pelan atau percubaan) juga menjadi krisis yang semakin meningkat.


Sepuluh peratus remaja yang ditinjau telah berfikir untuk membunuh diri, sementara 7.3 peratus memang merancang untuk membunuh diri. Daripada jumlah ini, 6.9 peratus cuba membunuh diri.


Tingkah laku bunuh diri adalah sangat tinggi di kalangan pelajar Tingkatan 1. Dan pelajar perempuan didapati lebih dibebani dengan masalah ini.


Apa yang baik di kongsi oleh penulis Lucy Clark dari Australia mungkin baik untuk Malaysia. (mutatis mutandis)


Berita baiknya ialah negara-negara di seluruh dunia, termasuk negara-negara maju dan mereka yang menghadapi permasalahan ini, telah mula melakukan sesuatu tentang keazaban yang diperolehi.


Singapura, sebagai contoh, akan memudahkan ujian akademik untuk membawa kembali kegembiraan kepada pembelajaran.


Bagi Malaysia, adalah dicadangkan, kegembiraan, keseronokkan dan kesejahteraan dapat dikembalikan dalam kehidupan semua penduduk Malaysia. Kejayaan bukanlah satu yang jalan sempit.


Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum 19 Julai 2019

Tags: iktibar, mutatis mutandis, writing
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments