kheru2006

Hentikan tanggapan permasalahan mental

Apabila isu ‘guru memukul murid’ tersiar di media, secara ‘tersentap’nya  media sosial riuh rendah jadinya.

Ada yang bersetuju, ada yang tidak menyokong dan yang terbaik saya terlihat adalah beberapa video yang dihasilkan untuk mengajak ‘guru merajuk’.

Kepekaan dan keperihatinan dikalangan guru cukup hebat , ia seperti satu ‘program solidariti’ untuk perpaduan dan penyatuan golongan pendidik.


Satu perkara yang saya tertarik adalah ‘guru’ dikehendaki menghadiri sesi kaunseling.

Ia seolah menunjukkan guru yang memerlukan bimbingan walaupun sudah berkelayakan dan terlatih.

Namun, bak kata pepatah ‘yang baik tidak semestinya baik, kehidupan perlu disertai dengan ujian’.

Dan ujian merupakan lumrah hidup (jadi mengapa ada pihak tertentu tidak mahu ujian dan peperiksaan dijalankan?).

Dalam senario dan keadaan negara terkini, bukan sahaja golongan pendidik yang diserang ‘masalah pemikiran atau isu mental’.

Apabila mereka yang terlibat dikehendaki menjalani sesi kaunseling , setidak-tidaknya ‘mereka’ boleh dikategorikan terkena ‘penyakit mental’.

Tetapi apabila dikatakan atau digelarkan sebagai penyakit mental ia sebenarnya bukanlah menunjukkan anda mempunyai tahap mental yang rendah atau lemah.

‘Kekusutan mental atau penyakit mental’ hanyalah merupakan suatu gangguan yang merupakan kecacatan biologi. 

Dan kita semua harus memecahkan stigma atau tanggapan yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban ini. 

Terdapat banyak kesedaran mengenai isu ini, tetapi masih ada sesetengah orang yang berfikiran sempit.

Jika mengetahui rakan sekerja dilanda permasalahan ini, komen sinis seperti  "alahai, dia bukannya sakit pun, dia cuma mau menarik perhatian sahaja. Takkan tak kenal dia kut? " sering kedengaran.

Jika anda berbual dengan rakan kerja anda, pastinya terdapat ‘mereka yang sukan mencari perhatian, suka menonjolkan diri, suka dikatakan hebat, suka dilihat dan mahu dilihat sebagai ‘terbaik’.’

Ayat mudahnya adalah mahu ‘menarik perhatian ‘bos’ di pejabat’. Mereka yang sebegini pada pandangan saya memang mempunyai ‘masalah mental’.

Pada hakikatnya, ramai yang mendakwa mereka mengambil berat tentang orang lain tetapi akan mengkritik mereka yang mengalami masalah mental.

Didapati ramai yang tidak akan memahami apabila anda melalui pelbagai kekecewaan, perasaan ingin dan percubaan membunuh diri, dan mempunyai rasa benci diri yang tinggi, tetapi tidak pernah mengkritik individu yang cuba bertahan sekian lama.

Ini juga terpakai bagi mereka yang sakit secara fizikal. Anda tidak akan mengkritik orang yang sakit secara fizikal hanya kerana dia menyatakan kesakitan mereka.

Sesi pendidikan dan persekolahan adalah sukar. Malahan sosialisasi menjadi lebih sukar. kita akan terasa bersendirian dan akan dibuli atau dipermainkan jika tidak bercakap.

Ini hanyalah beberapa peristiwa yang menyumbang kepada perasaan benci terhadap diri sendiri.

Kebanyakkan dari kita akan berahsia dan menyimpannya pada diri sendiri apabila mengetahui diri dalam keadaan tertekan atau ‘depresi’.

Sekiranya anda mengetahui diri ada dalam keadaan tertekan pastinya anda tidak akan menceritakan kepada sesiapa pun; dan pada masa itu, gangguan mental bukan sesuatu yang perlu dibincangkan.

Orang yang paling ceria pernah anda kenali pun , jika mereka mempunyai masaalah, tentunya tidak akan berkongsi ‘tekanan’ yang mereka hadapi. 

Semua orang perlu sedar dan memberi perhatian serta sokongan kerana kita tidak akan tahu masaalah seseorang (terutama yang rapat dengan anda) kerana mereka menderita di dalam diam.

Mereka mungkin tidak akan berkongsi masalah mereka tetapi kita bertanggungjawab untuk menolong  mereka atau sekurang-kurangnya menawarkan bantuan apabila dikehendaki.

Kita menghargai usaha dan perlu mematahkan stigma penyakit mental.

Anda harus memberi sokongan dan bantuan kepada rakan-rakan anda yang ‘berpenyakit dan bermasalah mental’ dan meyakinkan mereka bahawa anda berada dan bersedia membantu mereka dengan apa sahaja yang mereka alami dan lalui

Setiap orang memerlukan sokongan emosi dan perasaan. Perkara-perkara kecil sebegini perlu diambil kira. 550

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior

Error

default userpic

Your reply will be screened

Your IP address will be recorded 

When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.