kheru2006

Alir arah memanipulasi minda ketidakstabilan psikologi

‘Menyulap lampu gas’ (Gaslighting) adalah satu bentuk manipulasi psikologi yang digunakan oleh pendera atau pelaku, narsisis dan pemimpin kultus.

Untuk ‘memanipulasi’ (dengan cara perlakuan penyalaan lampu) seseorang adalah menggunakan taktik untuk menipu dan memanipulasi orang lain bagi tujuan meragui kewarasan mereka.

Mangsa biasanya mula mempersoalkan ingatan memori dan persepsi mereka akibat ketidakstabilan psikologi.

Taktik ‘lampu gas’ sering digunakan oleh sosiopat, narsisis dan rakan-rakan pendera dalam perhubungan seharian.

Ia adalah alat yang digunakan untuk menjadikan mangsa bergantung dan berharap kepada pendera dan untuk melumpuhkan rasa bersalah.

Ia kadang-kadang dirujuk sebagai penyalahgunaan ‘ambien’, di mana pelaku akan manipulasi persekitaran minda mangsa dengan cara yang sangat halus untuk membuat mereka merasa mereka membayangkan atau berkhayal dalam perkara yang tidak sepatutnya.

Istilah "gaslighting" berasal dari drama 1938 Patrick Hamilton, Gas Light.

Di dalam drama tersebut, seorang suami menyakinkan isterinya bahawa dia sudah gila.

Ia bermula apabila dia mula menghilang dari apartmen mereka pada waktu tertentu.

Dalam drama tersebut, apa yang dipertontonkan adalah si suami sebenarnya telah membunuh seorang wanita yang tinggal di tingkat atas di blok pangsapuri mereka dan mencuri permata beliau.

Setiap kali dia naik ke apartment tingkat atas, dia akan memalapkan lampu gas , dan meredakan atau menyuramkan lampu di apartmennya sendiri.

Apabila isterinya menyedari dan mempersoalkan peristiwa itu, suaminya akan menafikan dan mengatakan dia salah.

Lama kelamaan, si isteri mula mempercayai bahawa beliau telah membayangkan dan berkhayal dengan peristiwa ini, terima kasih kepada tindakan dan respons yang dirancang secara dan sistematik suaminya.

Satu lagi kes ‘lampu gas’ yang disesuaikan dari buku Paula Hawkins, telah difilemkan dalam berjudul Girl On The Train. Kisah ini adalah mengenai hubungan pengguna  keretapi regular, Rachel Watson dan bekas suaminya Tom.

Dalam musim ke lima siri Love Island ITV2, lebih 700 aduan telah dibuat mengenai tingkah laku Joe Garratt terhadap rakan sepasangnya, Lucie Donlan.

Para peminat, yang juga berkongsi perasaan simpati untuk Tommy Fury di rumah agam mereka, penonton merasakan seolah-olah Joe "mengawal pemikiran dan emosi" terhadap Lucie.

Seorang peminat turut meluahkan ketidakpuasan hati di Twitter bahawa ia hampir kelihatan seolah-olah gadis berambut perang itu tidak dapat menikmati masa beliau di Love Island kerana tindakan manipulasi yang berterusan.

Dalam episod 14, pembuat sandwich telah disingkirkan dari pertandingan.

Manipulasi Lampu Gas adalah bentuk penderaan yang diiktiraf dan perakui dalam hubungan dan ramai penggemar siri Love Island mengatakan bahawa rawatan yang dilalui Adam Rosie menunjukkan merupakan masalah gaslighting.

Para pendera atau pelaku boleh menggunakan teknik ini untuk memperkecilkan atau meremehkan apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pasangan mereka.

Beberapa tanda-tanda bahawa seseorang sedang ‘menyulap gas’ termasuk:

• Keraguan diri

• Kekeliruan

• Sentiasa meminta maaf

• Menghalang atau menahan maklumat daripada rakan dan keluarga untuk mengelakkan kritikan atau penghakiman

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior

Error

default userpic

Your reply will be screened

Your IP address will be recorded 

When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.