kheru2006

Berhati-hati dengan ‘ ular di dalam bangunan’

Mempunyai kuasa dan berkuasa di tempat kerja adalah sesuatu yang diinginkan  oleh seseorang. Setiap orang akan mahu menjadi atau mengangkat diri sebagai 'bos' atau ingin dipanggil 'bos'.

Pegawai atasan terdekat anda, atau ada yang berkata penyelia; Ketua Jabatan; atau apa sahaja gelaran yang diberikan selagi mereka berada di atas tatatingkat hierarki akan sentiasa merasakan ‘kedudukan’  tersebut (sama ada dengan cara yang betul atau berdasarkan ‘kronisme’).

Pegawai atasan anda mungkin diberi kuasa daripada pelbagai sumber berdasarkan proses dan prosedur kerja.

Dengan kedudukan rasmi,  beliau mungkin dilihat berkuasa kerana hubungannya dengan peringkat atas dan reputasi perjawatan.

Tidak ada yang salah dengan mempunyai kuasa, melainkan jika ia menyalahgunakannya.

Pihak atasan yang dengan niat memalukan, menakut-nakutkan, mengugut, menekan dan mengancam pekerja boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa di tempat kerja.

Ia tidak termasuk tugas pengurusan biasa seperti menjalankan dan memberi penilaian  prestasi anda atau menambah beban kerja anda, melainkan jika pihak atasan anda tidak berlaku adil.

Dalam kebanyakan kes, pihak atasan yang menyalahgunakan kuasa terhadap rakan sekerja akan cuba membuli, mendiskriminasi, menguasai, memperlihatkan ciri dwistandard  dan tentu saja pilih kasih.

Dengan berniat sengaja mencari kesalahan dan kesilapan samada perbuatan lisan atau fizikal yang memalukan boleh dikira sebagai gangguan dan juga  mengaibkan.

Pihak atasan yang jelik akan selalu mengkritik, memandang rendah, menghina dan memperkecilkan kebolehan anda; ada juga yang akan menakut-nakutkan anda dengan kemarahan  luar kawalan dan emosi berlebihan.

Sering penyalahguna kuasa akan kelihatan baik dan bagus apabila bersemuka dengan anda, mereka akan datang dengan nada suara yang lembut tetapi akan bertindak ‘menikam dari belakang’.

Penyalahguna kuasa  mahu mengawal dan menguasai anda dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka  dan  tidak akan mengizinkan  anda melakukan apa-apa tanpa persetujuan mereka.

Dalam kebanyakan kes, tingkah laku ini mempunyai lebih banyak kaitan dengan isu peribadi pegawai atasan anda daripada apa yang telah anda lakukan.

Penyalahgunaan kuasa secara lembut mungkin juga berlaku;  mungkin lebih baik untuk membiarkannya ber lalu; terutamanya jika ia datang dari bos yang sangat baik.

Mungkin ia konsisten, menanggung dan membenarkan penyalahgunaan tersebut berterusan sehingga salah seorang daripada anda bergerak terus mungkin  adalah pilihan.

Sekiranya anda rasa anda tidak boleh menerimanya lagi, tunggu sehingga anda dipanggil oleh ‘penyelia’ anda  dan kemudian berhadapan dengannya secara profesional.

Adalah lebih baik untuk berhadapannya  tanpa anda hilangan kawalan diri atau terus bertindak melawan dan menghina beliau.

Simpan nota catatan mengenai insiden sekiranya anda perlu mengadu kepada pegawai  yang lebih tinggi. Rekod jejak terperinci menunjukkan anda bukan hanya membuat cerita tersendiri.

Penyalah gunaankuasa  boleh melebihi apa yang sah. 

Apabila seorang atasan cuba untuk menjadi anda ‘kambing hitam’,  anda mempunyai alasan untuk mengambil tindakan undang-undang; jika pihak atasan anda cuba memfitnah anda seperti menceritakan kebohongan tentang prestasi anda atau kehidupan peribadi anda, ianya boleh juga diambil tindakan.

Jika anda membuat aduan yang sah kepada organisasi atau institusi dan tidak mendapat respons, atau organisasi anda tidak mempunyai peruntukan untuk mencegah gangguan, anda mungkin boleh menyaman institusi tersebut.

Hadapi mereka dengan cekal,  berani dan pintar untuk memperjuangkan hak anda.

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior

Error

default userpic

Your reply will be screened

Your IP address will be recorded 

When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.