“INI di luar rumah kediaman rasmi Menteri Besar ketika itu. Di Jalan Kolam, Kangar, Perlis.”
PEMIMPIN...Raja Ahmad di belakang Sultan Perlis ketika itu.
KENANGAN...Raja Zabidah (kanan, barisan hadapan).
Raja Zabidah, puteri ke-10 kepada Datuk Raja Ahmad Raja Endut menunjukkan gambar lamanya kepada penulis. Gambar itu digantung di dinding kediamannya di Petaling Jaya, Selangor bersama gambar keluarganya yang lain.
“Sekarang dipanggil Istana Tetamu. Setiap kali ke Perlis, apabila melihatnya ia membangkit kenangan indah kami sekeluarga,” katanya.
Raja Zabidah, 62, sentiasa terkenang rumah kediaman lama mereka yang menyaksikan arwah bapanya menjalankan tugas sebagai menteri besar. Rumah itu berdekatan dengan pejabat pentadbiran ketika itu. Dari rumah ke pejabat boleh berjalan kaki sahaja.
Raja Ahmad Raja Endut adalah Menteri Besar Perlis yang pertama (1948 – 1955). Beliau mangkat pada 26 Ogos 1977 pada usia 85 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak.
Menurut Raja Zabidah, ramai yang menyangka arwah bapanya sebagai orang Perak walaupun sebenarnya keturunan asal ialah Kelantan. Cuma Raja Ahmad dilahirkan di Perak dan kemudian belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Raja Ahmad dilahirkan pada 15 Jun 1892, mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu sebelum ke MCKK. Beliau menyertai perkhidmatan awam Malaysia pada 1932, menjadi Pegawai Daerah Larut dan Matang sebelum menjadi Menteri Besar Perlis yang pertama.
Ketika Raja Ahmad menjadi Menteri Besar Perlis, Raja Zabidah baru berumur setahun.
“Waktu itu zaman pemerintahan British dan rumah kami bersebelahan dengan rumah Penasihat British ketika itu,” kenang Raja Zabidah.
Seingatnya, walaupun waktu itu masih kecil, rumah mereka memang sentiasa dikunjungi orang.
“Daripada orang biasa sampailah ke kawan ayah seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman yang selalu berkunjung kerana mereka adalah kawan baik.
“Emak saya pula sebagai isteri menteri besar ketika itu suka mengajak orang datang ke rumah dan mengajar mereka memasak dan pelbagai kegiatan lain bersama kaum ibu.
“Suasana bersama masyarakat sangat erat dan mesra. Tidak ada yang beza-membeza dan kami hidup saling bantu-membantu,” katanya.
Apabila ditanya mengenai kelebihan sebagai anak menteri besar, Raja Zabidah segera menjawab, “Oh, langsung tidak! Arwah tidak suka memewahkan anak-anaknya.
“Begitu yang diterapkan pada kami semua. Kami diajar menghormati orang lain dan sentiasa berpijak di bumi nyata. Jangan sesekali berasa diri tinggi daripada orang lain.
“Penerapan agama sangat dipentingkan baik ayah atau ibu saya. Paling saya ingat, kami di suruh mengaji al-Quran sejauh dua kilometer berjalan kaki walaupun ada pemandu.
“Kata ayah, lagi jauh berjalan lagi banyak dapat pahala. Maka walaupun kami anak menteri besar, kami berjalan kaki pergi mengaji,” katanya.
Begitu sekali Raja Ahmad mendidik anaknya. Raja Ahmad sebenarnya berkahwin sebanyak lima kali manakala ibu kepada Raja Zabidah ialah isteri yang keempat.
“Masa hampir hendak merdeka, ayah saya meletak jawatan,” katanya.
Menurut Raja Zabidah, arwah ayahnya suka memancing dan selalu mengiringi Raja Perlis ketika itu memancing di pulau dan selalunya diikuti oleh mereka sekeluarga.
Ia aktiviti keluarga yang sangat diminati dan Raja Ahmad yang suka berenang mengajar sendiri anak-anaknya aktiviti itu.
“Sikapnya tak sombong, suka berkawan dengan orang kampung dan menganggap mereka seperti kawan dengan ikhlas. Kami ada keluarga di Lenggong dan dia suka melawat mereka di sana.
“Bila dia ke sana, kami berkelah di bawah pokok bersama-sama dengan penuh santai. Dia memang tak kisah. Tidak meletak jarak antara dirinya dan orang lain. Saya rasa, sikapnya itulah membuatkan orang mudah mendekati dan berkawan dengannya.
“Kami meninggalkan Perlis ketika umur saya lapan tahun setelah ayah meletak jawatan dan berpindah ke Ipoh. Selepas itu berpindah ke Kuala Lumpur dan dilantik dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga akhir 1964.
“Selepas habis sekolah, ada dua lagi adik perempuan yang tinggal tetapi saya yang lebih rapat mungkin kerana emak sudah tiada waktu itu. Walaupun ketika itu ada tukang masak, dia tetap mahu makanan yang dimasak oleh saya,” katanya.
Raja Zabidah sentiasa mengenang memori bersama arwah ayahnya dan kenangan sebagai anak Menteri Besar Perlis yang pertama antara memori terindah hidupnya.

Sumber : myMetro Hati : Anak MB tiada kelebihan