kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bilik Darjah Google Sesuai Atau Tidak?

Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE.


KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.


Sungguh pun YTL pembekal masih menawarkan pengunaannya kepada warga pendidik sehingga hujung tahun ini namun seperti yang dimaklumkan sebenarnya kos penggunaan vleFrog adalah mahal.







Di negara Amerika Syarikat dan Eropah, vleFrog hanya dilanggan oleh university elit dengan maksud berbayar.


Mungkin satu lagi perkara perlu diambil kira adalah penggunaan MyGovUC Komunikasi Bersepadu Outlook WebApp. Sebelum ini warga pendidik turut menggunakan e-mel berasaskan Google dengan domain edu.my.


Sungguh pun Google Classroom dikatakan percuma dan mampu memberi peluang pengguna berkomunikasi, memberi maklumbalas yang konstruktif apabila diperlukan dan menyelaraskan perkongsian dokumen pembelajaran dan tugasan kerja yang diberikan namun ia hanya memberi peluang kemudahan kepada institusi pendidikan yang terhad (kecuali tambahan bayaran).


Google Classroom dikatakan mudah digunakan dan boleh diakses melalui semua gajet peranti. Walaupun anda bukan seorang pengguna Google, menggunakan Google Classroom adalah mudah dan senang.



Selain daripada penyebaran melalui pelayar Chrome, yang menjadikannya mudah diakses dari semua komputer, telefon bimbit dan tablet, ia menjadikannya sangat mudah bagi anda untuk menambahkan seberapa banyak pelajar yang anda suka, membina dokumen Google untuk mengurus tugasan dan pengumuman, menyiarkan video YouTube, menambah pautan, atau melampirkan fail dari Google Drive. Pelajar akan mendapati ia mudah untuk ‘log masuk’, serta menerima dan menghantar tugasan.


Salah satu kelebihan penggunaan Google Classroom ialah ‘dokumen google’ (google docs); dokumen boleh di simpan dalam talian dan di kongsikan dengan bilangan pengguna tanpa had.


Oleh itu, jika anda memaklumkan sesuatu tugasan dengan menggunakan ‘dokumen google’ , pelajar anda akan boleh mengakseskannya serta merta melalui penggunaan ‘Google Drive’ dengan syarat anda berkongsi dan membenarkan dan membolehkan pengguna melihatnya.


Dokumen google juga mudah diatur dan diperibadikan dalam folder Google Drive. Dalam lain kata, anda tidak perlu menggunakan e-mel untuk berkongsi maklumat; anda hanya perlu mencipta dokumen , dan berkongsi dengan lain pengguna.


Proses membina dan memberi tugasan juga tercipta dengan pantas dengan hanya satu klik sahaja dan anda juga boleh menyemak dengan cepat dan segera serta mengetahui siapa yang telah atau belum menghantar tugasan yang diberikan atau yang sedang melaksanakan tugasan serta memberi maklumbalas dengan segera.


Google Classroom juga memberi peluang kepada anda dengan menyedia peluang maklumbalas dengan pantas dan berkesan; maklumbalas terkini akan memberi impak yang besar kepada pemikiran pelajar.


Dalam hal ini, penggunaan kertas juga akan berkurangan; anda juga tidak lagi perlu ‘menanda dan menggred’ kertas ujian secara ‘hard-copy’. Berasaskan bahan e-pembelajaran ‘cloud’; kita akan menjadi ‘paperless’ dan tidak rungsing untuk mencetak, mengedar atau kehilangan hasil kerja pelajar.


Penggunaan ini juga memberi persekitaran yang bersih dan pengantaraan muka yang mesra pengguna, terperinci, mudah, intuitif, dan mesra pengguna. Tidak perlu dikatakan lagi, pengguna Google akan merasa senang menggunakannya.


Ia turut memberikan sistem memberi maklumbalas yang hebat secara atas talian.


Pendidik turut boleh menjadi pengguna, di mana anda boleh mencipta ‘kelas’ untuk anda, rakan dan fakulti termasuk mengadakan mesyuarat perbincangan, perkongsian maklumat dan pembangunan professional.


Sungguh pun begitu terdapat beberapa kekurangan yang pasti dalam penggunaan Google Classroom.


Ia tidak membenarkan atau membolehkan akses dari pelbagai domain. Anda tidak boleh ‘log-in’ dengan menggunakan akaun Gmail peribadi anda, anda perlu ‘log-in’ dengan menggunakan ‘Google Apps for education’. Ini akan mengecewakan anda kerana memerlukan ID dan password baharu.


Sebagai contoh, jika anda mempunyai dokumen atau imej gambar dalam Gmail anda dan anda ingin berkongsinya dalam Google Classroom; anda perlu menyimpannya semula secara berasingan dalam cakera keras , keluar dan masuk semula dengan akaun Google Classroom.


Google Classroom belum lagi diintegerasikan dengan Google Calendar atau mana-mana calendar lain dan ini akan menyukarkan anda untuk ‘menyelaras’ bahan anda dan menetapkan tarikh tugasan.


Pengguna Google yang baru atau pertama kali akan menjadi agak keliru kerana terdapat beberapa butang ikon yang hanya diketahui oleh mereka yang biasa dengan Google. Walaupun terdapat pengintgerasian diantara Google dan YouTube, tertutama perkongsian video, peralatan popular yang lain tidak dibina, dan ini akan mengecewakan pengguna.


Begitu juga dengan aktiviti memuatnaik bahan yang tidak dikemaskini secara automatik. Pengguna perlu mengemaskini dengan kerap agar tidak terlepas makluman penting yang terkini.


Pelajar tidak boleh berkongsi karya mereka dengan rakan sebaya mereka, melainkan mereka menjadi "pemilik" dokumen, dan kemudian mereka perlu meluluskan pilihan perkongsian, yang akan mewujudkan kekecohan jika mereka mahu berkongsi dokumen dengan mereka, katakan, 50+ rakan sekelas .


Masalah ‘mengedit’ juga merupakan salah satu kekurangan. Sebagai contoh, apabila anda membina satu tugasan dan ingin berkongsi dengan pelajar lain; secara automatik, pelajar akan menjadi ‘empunya’ dokumen dan mereka dibenar untuk ‘mengedit’nya. Ini bermakna mereka boleh ‘memadamkan’ mana-mana bahagian tugasan yang mereka mahu, dan ini boleh menyebabkan masaalah, walaupun ianya berlaku secara tidak sengaja.


Salah satu sebab mengapa Google Classroom tidak boleh menggantikan ‘learning management sistem’ adalah ia tidak menyediakan kuiz dan secara automatik.


Google Classroom lebih sesuai untuk pengalaman pembelajaran yang dicampur-aduk daripada program dalam talian sepenuhnya


Bercakap mengenai ‘pembelajaran yang dicampuraduk’kan’, google Classroom belum lagi diintegrasi sepenuhnya dengan Google Hangouts, yang akan menimbulkan masaalah interaksi atas talian dengan antara pengajar dan pelajar.


Pendidikan yang berkesan memerlukan interaksi dan pembinaan hubungan yang baik diantara pengajar dan pelajar. Dan diskusi atau perbincangan diatas talian adalah kaedah yang terbaik untuk persekitaran virtual. Dan Google Classroom tidak menyediakan kemudahan ini , setidak-tidak hingga hari ini.



Azizi Ahmad Dewan Kosmik Teknologi Pendidikan Bil 9 2019


Tags: classroom, google, writings
Subscribe

Posts from This Journal “classroom” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments