kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bersikap dan berlaku baik dengan orang lain

Dengan tekanan kerja di pejabat yang semakin bertimbun, rakan saya dipejabat kini mula bercakap mengenai daya tahan.

Mereka juga merancang untuk menjalankan program mengenai 'berdaya tahan'.

Sepanjang minggu yang lalu, perbualan adalah bersekitar ingin mempunyai sentuhan yang berdaya tahan, cuba untuk menjalankan dan menyiapkan tugas tanpa mengira apa berlaku, membangunkan kemahiran untuk menghadapi tekanan dan cuba bangkit semula, walaupun pada hari yang paling teruk sehingga menjadi minggu yang paling buruk.
Semua orang tertanya-tanya sama ada kita mempunyai masa untuk melakukan kerja hakiki dan sebenar, kerana kebanyakannya sentiasa menyedari komplikasi dari tempat kerja, personaliti dan agenda’ yang tiada berkesudahan.

Kita sedia maklum dan sentiasa berjaga-jaga agar sempurna tugasan yang dijalankan namun adakah ia hasrat yang tulen, terbuka dan sahih, apakah ini benar?

Saya berpendapat kita hanya perlu mempertimbangkan untuk belajar berbuat baik.

Bersikap dan berlaku baik bukanlah bermakna kita boleh dipermainkan oleh orang lain, atau membenarkan diri kita dipergunakan oleh orang lain atau pun tanda kelemahan diri kita.

Bersikap dan berlaku baik adalah kekuatan dalaman yang anda miliki dalam menghadapi masalah dan pertimbangan anda terhadap orang lain tetapi masih mengekalkan kesejahteraan anda.

Bersikap dan berlaku baik bermakna kemampuan anda untuk berfikir dan memahami tentang orang lain.

Kita mesti membangunkan dan mewujudkan hubungan kerja yang baik di tempat kerja kita.

Untuk berjaya dalam kerja memerlukan dan melibatkan sokongan orang lain.

Untuk bersikap dan berlaku baik juga akan menggalakkan empati.

Empati berhubung rapat dengan rasa keprihatinan terhadap rakan dan sesama manusia.

Sekarang tanya pada diri anda, apakah anda bersikap dan berlaku baik?

Anda mungkin sangat dengan keluarga dan rakan anda tetapi adakah anda juga bersikap dan berlaku baik di tempat kerja?

Mungkin sesetengah orang mengambil kesempatan diatas kebaikan anda.

Anda juga mungkin telah mempelajari untuk membangunkan tingkah laku yang dipelajari dari 'kekejaman' yang dialami selama bertahun-tahun yang telah meragut kedudukan anda sebagai seorang yang lebih baik dan penyayang.

Dengan bersikap dan berlaku baik di tempat kerja, kita mesti sentiasa menghargai rakan sekerja.

Adalah baik untuk menjaga satu sama lain, mengukuhkan pendekatan positif walaupun pada perkara-perkara negatif kecil.

Kita juga boleh berusaha mengharmonikan suasana dengan berkongsi cerita yang menggambarkan kesan yang baik dalam membina perhubungan yang lebih kuat.

Saya pernah membantu rakan dan orang lain yang dianiaya atau tidak difahami. Kita harus sentiasa berfikir dan cuba mengetahui mengapa keadaan itu berlaku dan bagaimana ianya terjadi.

Berhadapan dan bertelagah dengan pihak atasan yang bersikap 'sombong' mungkin tidak membantu.

Tetapi tidak ada salahnya memberitahu mereka untuk mendengar dengan teliti dan memahami mesej yang kita juga ingin sampaikan.

Kebiasaanya apabila peluang penjelasan yang baik telah diberikan, segala luahan perasaan telah dicurahkan, pastinya hasil yang positif akan dapat diperlihatkan.

Minta mereka mendengar dengan hati yang terbuka apabila anda memberikan komen.

Jadilah yang terakhir untuk bercakap dan anda akan membiarkan orang lain mengetahui bahawa mereka perlu menerima baik buruk komen yang diberikan.

Belajar cara mengendalikan isu tempat kerja adalah 'topik hangat', sebab itulah kita banyak mendengar mengenai teknik dan cara menghadapi ketahanan.

Sekiranya kita tidak mewujudkan kebaikan dalam pendekatan kita kepada orang lain, kita akan sentiasa berjuang dalam menangani isu-isu tekanan. Bersikap dan berlaku baiklah kepada orang lain.

Azizi Ahmad Bebas News Opinion 30 September 2019
Tags: baik, sikap, writings
Subscribe

Posts from This Journal “sikap” Tag

  • Mitos Malas dan Memilih Pekerjaan

    Satu ketika baru-baru ini, terpapar satu isu yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia adalah pemalas dan memilih pekerjaan. Tokoh-tokoh…

  • Jangan suka menyalahkan orang lain

    Apa yang berlaku di pembukaan sidang Parlimen baru-baru ini bukanlah perkara baru yang diharapkan. Wakil pilihan rakyat dari kedua-dua pihak…

  • Sukarnya untuk bersikap baik di dunia ini

    Adalah sukar untuk menjadi baik di dunia di mana semuanya telah banyak berubah termasuk nilai peribadi, norma tradisional, integriti dan kesaksamaan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments