kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Penyalahgunaan kuasa dan penderaan kanak-kanak: Perlukah Akta/Undang-Undang baru

Penderaan kanak-kanak terus menjadi topik hangat di negara ini namun masih belum dapat diselesaikan, dengan 14 kes dilaporkan setiap hari mengikut statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan UNICEF Malaysia.

Dalam konteks Malaysia, ianya merupakan sebahagian daripada Akta Kanak-Kanak 2001. , meningkatkan penalti bagi pesalah dan meningkatkan laporan kes akan dijangkakan melindungi hak kanak-kanak.

“Kita mestiah mengiktiraf Akta Kanak-kanak bukan sebagai perundangan sivil; tetapi hendaknya sebagai undang-undang mandatori. Ia jelas menggariskan "kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan" dan memberi mandat kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak.” Ini adalah merupakan saranan dari pakar perunding pedaitrik kanan (Dr Amar Singh HSS, 7 Okt 2019).

Penyalahgunaan kuasa dan penderaan terhadap murid, pelajar dan/atau kanak-kanak oleh guru berlaku apabila seorang guru melanggar hak kanak-kanak atau pelajar atau membahayakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan hanya biasa menggunakan prosedur piawaian (standard of procedures) yang dianggap tidak berupaya mengekang dan mengurangkan insiden.

Di negara lain, seorang guru yang melanggar piawaian prosedur pendidikan mungkin tertakluk kepada hukuman sivil dan jenayah.

Sungguhpun, memang bukanlah kehendak, niat dan sesuatu yang biasa bagi guru untuk menyalahgunakan kuasa keatas atau mendera pelajar, ia sering tetap berlaku.

Penyalahgunaan kuasa dan penderaan terhadap pelajar boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan mungkin melibatkan situasi yang tidak semestinya secara fizikal.

• Penderaan fizikal, emosi, atau seksual kanak-kanak

• Hukuman fizikal yang berlebihan atau yang tidak dibenarkan seperti ‘merotan yang hanya boleh dijalankan oleh Guru Besar/Pengetua’

• Diskriminasi berdasarkan kategori yang dilindungi, seperti bangsa, jantina, agama atau kes kurang upaya

• Sekatan ke atas hak pelajar, seperti yang melibatkan pengucapan bebas dan kebebasan bersuara

• Kegagalan untuk menangani apa-apa keperluan khas pelajar, seperti akses kecacatan maupun kurang upaya

• Peluang mendapatkan keputusan akademik yang adil, termasuk kecenderungan atau keutamaan dalam penggredan

• Penafian peluang pendidikan

Salah satu masalah utama dengan penyalahgunaan kuasa guru / pelajar adalah bahawa ramai pelajar muda mungkin tidak tahu sama ada mereka dianiayai maupun di dera tanpa menyedarinya.

Jika anda percaya bahawa anak anda di aniayai atau di dera secara mental , fizikal atau emosi oleh seorang guru atau kakitangan pendidikan lain, anda harus:

• Hubungi pihak sekolah dan pegawai sekolah dengan segera. Jadualkan satu perjumpaan secepat mungkin sementara insiden masih segar dalam fikiran pelajar.

• Membiasakan diri dengan dasar dan peraturan sekolah mengenai tingkah laku guru.

• Meminta agar pihak jabatan pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri untuk menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan terhadap kejadian tersebut.

• Sekiranya lembaga sekolah tidak menyediakan penyelesaian yang mencukupi untuk masalah ini, anda mungkin perlu memfailkan penyiasatan dengan agensi kerajaan, seperti Jabatan Pendidikan.

• Sekiranya siasatan wakil pihak kerajaan masih tidak mencukupi, anda boleh memfailkan tuntutan sivil untuk mendapatkan kerugian atau terhadap kecederaan.

Pastikan anda mengambil, memahami dan menerima sebarang aduan dari anak anda dengan serius. Anda tidak akan dihukum dengan cara apapun kerana memfailkan laporan dengan pihak dan/atau daerah sekolah atau dengan agensi kerajaan.

Keselamatan dan hak kesaksamaan pelajar adalah salah satu daripada keutamaan mana-mana agensi berkaitan.

Sekiranya keadaan kelihatan sangat berbahaya untuk kanak-kanak, anda juga mungkin perlu memberi tahu pihak berkuasa polis dan menghubungi peguam kerajaan untuk mendapatkan nasihat.
Tags: akta, kanak-kanak, undang-undang
Subscribe

Posts from This Journal “kanak-kanak” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments