kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Ada PhD lebih baik atau tidak

Berita ‘Tun Daim terima ijazah di usia 81 tahun, graduan tertua di UM’ memang sesuatu yang memberangsangkan sungguh pun ia mengambil masa 11 tahun sejak 2008 bagi menamatkan pengajian kedoktorannya.

Mungkin ia merupakan suatu kepuasan diri kerana dengan status dan kedudukan beliau sebagai ahli korporat, Jemaah Menteri, penasihat kerajaan  dan sebagainya , beliau juga mungkin mahu menunjukkan bahawa usia bukan penghalang dan ilmu hendaklah dipelajari dan diperolehi walaupun pada usia sedemikian.


Buat masa kini, semakin ramai boleh melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah kerana peluang dan kemudahan tersebut memang tetap ada.


Dikatakan , lagi ramai rakyat sesebuah negara memperolehi PhD atau D.Ed , semakin meningkatlah martabat pendidikan negara di mata dunia.


PhD adalah singkatan bagi Philosophy of Doctor dan D.Ed singkatan bagi Doctor in Education, dimana mereka yang berjaya menamatkan pengajian diantara 3-4 tahun (ada yang lebih dari 4 tahun) pengajian layak dan boleh diberi gelaran atau dipanggil ‘Doktor’ dihadapan nama beliau.


Sudah tentu sesiapa sahaja akan berasa bangga mendapatkan ijazah tertinggi ini.


Pastinya paling tidak merakamkan hari bersejarah bersama keluarga dan berkongsi dengan rakan-rakan rakaman bersejarah tentunya menjadi hasrat.


Tidak ada yang salah dengan perasaan dicapai. Tetapi apa yang membuatnya salah dan tidak kena  ialah apabila anda mula memandang rendah terhadap  orang lain, atau menganggap  orang lain bukan "sepintar, sebijak atau sehebat" seperti anda.


Mungkin sikap ini dibentuk oleh budaya masyarakat atau komuniti tertentu.


Mempunyai PhD tidak menjadikan anda orang yang paling bijak atau hebat  di dunia. Ini tidak bermakna anda tidak boleh mendengar pendapat yang datang daripada mereka yang tidak mempunyai PhD.


Mereka boleh jadi  lebih bijak, lebih intelektual dan mempunyai pendekatan dan cara yang lebih hebat dari anda yang mempunyai PhD.


Mungkin mereka memilih untuk tidak melanjutkan pengajian PhD, atau mereka tidak mahu menyambung pengajian untuk sebab tertentu.


Mempunyai PhD tidak bermakna anda tidak boleh belajar dari mereka yang mempunyai kelayakan yang lebih rendah.


Sesiapa sahaja boleh menjadi guru anda. Dan mereka juga boleh menjadi pelajar anda.


Saya telah menemui banyak pelajar hebat dan saya tidak malu belajar dari mereka.


Anda juga tidak boleh mengaku diri dan membahasakan diri anda sebagai seorang ‘sarjana kedoktoran’ atau meminta orang lain mengiktiraf diri anda sebagai ‘Doktor (Dr.)’ selagi anda tidak membuktikan ‘surat anugerah kelayakan’ .


Anda juga tidak perlu ‘malu’ jika anda gagal dalam mendapatkan ‘pengiktirafan kelayakan’ kerana panggilan, pangkat atau status anda tanpa istilah ‘doktor’ dihadapan nama anda bukanlah bermakna anda seorang yang ‘gagal’.


Adalah menyedihkan melihat para sarjana yang menganggap mereka berada di puncak dunia hanya kerana mereka mempunyai PhD.


Adalah mengganggukan apabila mereka fikir semua orang harus pintar dan berjaya seperti mereka, dan mahu dianggap ‘hebat’, dianggap pandai, dianggap tidak boleh ditegur, dan enggan mengalah didalam sebarang perbincangan.


Sesiapa sahaja akan terpanggil untuk tidak menghormati mereka yang seolah riak, sombong, lupa diri dan angkuh terutama mereka dari golongan  pendidik.


Sungguh pun bilangan dan penerima PhD kini dikatakan bertambah setiap tahun, banyak penulisan yang menyoal dan mempertikaikan perolehan mereka yang bergelar ‘doktor’.


Jenis yang paling ramai adalah mereka yang bercakap hebat dan ada juga melalui percakapan atau pembentangan mereka tidak dapat membuktikan nilai mereka sebagai sarjana. Ada juga bercakap melalui ‘emosi’.


Mereka membuat anda berfikir,  bagaimana mereka berjaya mendapat PhD sebenarnya.


Ia tidak akan  menurunkan atau merendahkan status anda  sedikit pun dengan hanya mendengar apa yang orang lain katakan.


Lagipun, itulah cara kita belajar dan berkembang kecuali anda benar-benar berfikir bahawa tiada apa lagi untuk anda pelajari kerana anda sudah berada di kemuncak.


Sudah tentu, ini bukanlah kes bagi semua orang tetapi hakikat bahawa ada orang-orang seperti ini meninggalkan rasa tidak enak di kalangan orang lain.


Kononnya jika anda mempunyai PhD maka tinggilah ilmu anda, bukan lah menunjukkan adalah lebih hebat atau matang.




Jika tesis anda berjudul ‘Doraemon dan Nabita’, mampukah ilmu ‘doraemon’ itu memberi manafaat kepada orang lain dalam bidang STEM atau pun TVET.


Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mampu memberi kebaikan melalui jiwa yang suci dan murni.


Jika ilmu yang dituntut bertujuan untuk kepentingan diri, inginkan pujian terutama kepada mereka yang akan kembang dengan hebatnya jika dipanggil ‘doketo’, maka ini hanya merupakan ‘doktor’ bergelar hanya untuk kepuasan peribadi. Seronok dan banggalah anda dengan gelaran yang anda impikan seorang diri.



Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 14 Oktober 2019

Tags: phd, writing
Subscribe

Posts from This Journal “phd” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments