kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sombong dan Bangga Diri: Buruk dalam Kebaikan

Seseorang itu terkenal dengan kebaikan dan kekerapan menderma  kepada badan amal, sering membantu mereka yang tidak dapat menyumbang kembali kepada penyumbang, suka kepada anak-anak dan haiwan, dan kelihatan sungguh baik hingga tiada cacat celanya.

Bagaimanapun, tidak siapa yang mengetahui bahawa orang tersebut sebenarnya menyembunyi kesombongan diri dan sering mementingkan diri dari orang lain.

Pastinya orang tersebut tentu tidak menyesali akan kecenderungan beliau  untuk menjadi egois, dan tidak akan pernah ragu-ragu akan tindakan beliau.

Sebagai manusia, kita dijadikan untuk berkuasa terhadap diri sendiri.

Jika kita mahu, kita boleh menjadikan manusia  ke dalam dua kumpulan: manusia dengan kuasa dan manusia tanpa kuasa.

Manusia dengan kuasa adalah mereka yang mencapai perkara-perkara yang hebat; manusia tanpa kuasa tentunya tidak mempunyai apa-apa.

Dengan kuasa, ia membolehkan anda memberi kepada orang lain; membolehkan anda untuk membantu orang dan menerima balik.

Namun biasanya, manusia yang berkuasa sering sombong; keangkuhan adalah apa yang membuatkan anda mahu menjadi berkuasa.

Ramai yang tersalah anggap mengenai mereka  yang sombong, tak kira  lelaki atau perempuan  ialah mereka yang sombong hanya menolong diri mereka sendiri.

Mereka hanya berfikir mengenai diri mereka sendiri dan mahu menguasai segala-galanya, tanpa meninggalkan ruang untuk orang lain merasa kejayaan.

Itu sebenarnya tidak betul.

Apa yang dilakukan orang yang sombong dan angkuh adalah menjaga diri sendiri dahulu, dan barulah atau kemudiannya, dia membantu orang lain.'

Ini bukan pengecualian; ia adalah perkara yang menjadi keutamaan.

Kebanyakan orang melakukan sebaliknya:

Mereka memilih untuk membantu orang lain dan memberikan semua kekuatan mereka, dan kemudian, jika ada sedikit sumber lebihan, barulah mereka memberi kepada diri mereka sendiri.

Untuk menggunakan analogi yang mudah, mari kita merenung kepada suatu hikayat lama.

Ada dua pemburu yang berjaya mendapat hasilan buruan, pemburu pertama berjaya mendapat buruan daging yang berkualiti tinggi dan pemburu kedua mendapat buruan daging yang berkualiti rendah.

Pemburu  yang rendah hati adalah yang tidak mahu menyimpan buruan yang berkualiti tinggi  untuk dirinya kerana bagi beliau dia tidak akan memberikan apa-apa yang bernilai. Dia tidak percaya dia akan dapat memburu hasilan yang sama baik  dan  memberi hasilan yang sama dilain kali untuk dikongsikan.

Pemburu yang sombong pula mahukan hasilan buruan berkualiti untuk dirinya sendiri, kerana dia akan menggunakannya untuk bekalan dan untuk membolehkan beliau memburu  yang lebih baik atau hanya membantu orang lain dalam beberapa cara.

Disini ia bukanlah, mengenai untuk membantu diri sendiri atau orang lain; ia adalah mengenai keutamaan dan meletakkan diri anda terlebih dahulu.

Jadi adalah tidak salah jika anda berlagak  sombong dan angkuh, tetapi dengan syarat anda tidak melepasi had ‘kesombongan dan keangkuhan’. (Siapa boleh bantu saya disini untuk menerangkan lebih lanjut tentang had sombong dan angkuh :p)

Masalahnya bukanlah mengenai  orang yang sombong; ia adalah had atau tahap ‘kesombongan’ , ia akan menjadi ‘kecoh’  jika mereka yang sombong penuh ego tidak membantu orang lain sama sekali dan benar-benar mahu segala-galanya dan apa sahaja untuk diri mereka sendiri.

Tentu sekali dalam hal ini, ia merupakan suatu kecacatan pewatakan yang yang benar-benar dahsyat.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak membuat penilaian yang tepat. Mereka berfikir bahawa jika kita hanya mementingkan diri kita terlebih dahulu , maka secara automatik, kita adalah salah satu daripada orang yang melintasi garis dan benar-benar hanya peduli terhadap diri sendiri.

Berlagak sombong, dalam keadaan tertentu atau dengan cara yang baik, adalah salah satu ciri watak yang paling kuat dan menarik untuk dimiliki.

Dengan mementingkan  diri terlebih dahulu, anda mempunyai karisma, anda akan mempunyai pemikiran yang lebih kritikal, anda mendahului niat diri anda, anda mula mencabar konvensyen, dan anda mencipta inisiatif anda sendiri di dunia ini. Salah atau betul pandangan saya?

Azizi Ahmad
Tags: bangga, sombong
Subscribe

Posts from This Journal “sombong” Tag

  • Rasa diri ‘ahli syurga’ mahu disanjung walaupun …

    Menjaga hati sesama insan dengan memanggilnya dengan ungkapan dan gelaran yang baik-baik serta disukai merupakan salah satu doa dan juga ibadah buat…

  • Bertambahnya orang sombong dan angkuh

    Sesiapa sahaja akan berasa gembira dan seronok selepas mencapai sesuatu kejayaan terutama yang berjaya mencapai sesuatu yang mereka idamkan. Ada…

  • Buang sikap sombong

    Seseorang yang mempunyai ijazah kedoktoran akan selalu bercakap atau memberi masa kepada rakan sekerja yang mempunyai PhD, tetapi apabila seseorang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments