kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pembentukan moral inkuiri, pendidikan nilai

Dua kejadian tidak menghormati majlis konvokesyen di salah satu universiti terulung Malaysia baru-baru ini mungkin menyerlahkan tahap ‘moral’ atau mungkin ‘sivik’ di negara kita.

Tidak menghormati majlis mungkn salah satu etika yang perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Manusia diberi akal oleh Tuhan untuk berfikir samada sesuatu perbuatan dan perlakuan itu baik atau buruk dan hanya empunya diri yang mampu bertindak baik atau sebaliknya.


Mana-mana institusi pendidikan memang dikehendaki untuk mendidik dan mempromosikan pembentukan dan pembangunan moral anak didik mereka.

Namun adalah tidak jelas mengenai apa yang patut dilakukan. Jika berlakunya sesuatu insiden yang tidak sepatutnya maka akan adalah jaguh atau juara yang akan bercakap mengenai prosedur piawaian (standards of procedure) tetapi mereka yang bercakap mengenai sendiri didapati tidak menghormati SOP yang dimaksudkan.

Kebanyakan orang menyedari bahawa moral adalah penting dan perlu diajar tetapi apabila ditanya apa dan bagaimana untuk mengajarnya, dengan sekelip mata apa yang dibincangkan menemui jalan buntu.

Maka timbul lah arahan dan cadangan untuk subjek matapelajaran baru yang terpaksa ditelan paksa oleh mereka yang terlibat.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan beberapa perkembangan utama dalam bidang "pendidikan nilai".

Pihak kerajaan dan kementerian pastinya telah mengeluarkan panduan kepada sekolah-sekolah untuk mempromosikan "nilai-nilai asas" berunsur demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan individu, saling menghormati dan toleransi.

Usaha melabur dalam bentuk geran juga telah dijalankan menyokong projek pendidikan watak, yang bertujuan untuk membantu anak-anak sekolah menjadi "holistik, yakin, bahagia dan berdaya tahan".

Tetapi, apa pun kelebihan inisiatif ini, tidak pula diberi penekanan atau kesungguhan tentang pembangunan pedagogi atau pengajaran moral.

Salah satu sebab kekeliruan umum tentang pendidikan moral adalah bahawa nilai-nilai moral tidak jelas dibezakan daripada nilai-nilai yang lain.

Seseorang yang gagal menghargai demokrasi pastinya mendapat sesuatu yang salah, tetapi kegagalan itu bukannya berbentuk moral.

Dan ciri-ciri watak yang dihasratkan seperti kegigihan, ketahanan, keyakinan, cita-cita semestinya menjadi keperluan bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, tetapi ianyanya bukanlah sesuatu yang memerlukan moral.

Memiliki nilai moral adalah untuk memiliki piawai dengan cara tertentu. Sesuatu piawai adalah peraturan yang menyatakan sesuatu yang perlu dilakukan atau tidak dilakukan.

Melanggan piawai standard memerlukan niat untuk mematuhinya, membiasakan untuk mematuhinya, dan merasa tidak baik untuk tidak mematuhinya.

Seseorang yang mengikuti piawai standard tentunya "tidak berbohong", misalnya, apabila mereka cuba untuk tidak berbohong, cenderung tidak berbohong, dan menyesali akan kebohongan yang mereka ciptakan.

Akur pada piawai standard dikira sebagai moral termasuklah tambahan dua ciri lagi iaitu:

Pertama, pelanggan bukan sahaja berusaha mematuhi piawaian itu sendiri, tetapi mahu semua orang mematuhinya juga.

Kedua, mereka melihat pelanggaran piawai standard sebagai layak menerima hukuman atau kecaman.

Kestabilan kumpulan sosial manusia bergantung pada orang yang melanggan sekurang-kurangnya beberapa piawai dengan cara ini.

Sekurang-kurangnya, kita mesti komited untuk tidak membunuh atau menyebabkan kecederaan, mencuri atau melakukan peras ugut, berbohong atau menipu, dan melayan orang lain secara adil, berpegang pada kata dan janji dan membantu mereka yang memerlukan.

Contoh piawaian standard ini membentuk teras kepada akhlak dan moral.

Institusi pendidikan mempunyai peranan untuk berkongsi pembentukan piawai standard moral kepada generasi akan datang. Untuk melakukan ini, mereka mesti menyediakan dua jenis pendidikan moral.

Yang pertama ialah "pembentukan moral" yang melibatkan memupuk minat kanak-kanak, perasaan dan tabiat menghayati moral.

Ini melibatkan bimbingan moral kanak-kanak, memberi ganjaran kepada mereka untuk melakukan yang benar dan menghukum mereka kerana melakukan kesalahan, serta memodelkan kelakuan yang baik dan memodelkan tindak balas yang sesuai dengan kelakuan orang lain.

Dengan membimbing tingkah laku yang diatur, kanak-kanak belajar untuk mengawal diri sendiri. Dan dengan meniru tindak balas moral orang lain, kanak-kanak belajar bertindak balas dengan cara itu sendiri.

Pendidikan moral kedua adalah "moral inkuiri" iaitu dengan melibatkan kanak-kanak dalam perbincangan dan refleksi mengenai sifat dan justifikasi nilai-nilai moral.

Pendidik mesti memastikan, melalui campur tangan yang jelas atau bimbingan bermakna, bahawa inkuiri moral membawa cahaya kepada justifikasi moraliti yang sama.

Adalah penting bahawa kanak-kanak memahami apa sebenarnya akhlak dan mengapa ia menuntut perkara-perkara yang dilakukannya.

Sudah tentu, seiring dengan tugasan dalam menyebarkan moraliti yang sama, institusi pendidikan juga harus membantu kanak-kanak memilih jalan mereka dengan ranjau kontroversi moral.

Kebanyakan piawaian moral dipertikaikan dan bukan untuk institusi pendidikan memutuskan sama ada mereka dibenarkan.

Di sini inkuiri moral harus mengambil bentuk penerokaan terbuka, dengan tujuan untuk melengkapkan anak-anak untuk membentuk pandangan mereka sendiri.

Menggalakkan pembangunan moral murid memang sukar, tetapi cabaran-cabaran yang ditimbulkannya bukanlah tidak dapat diatasi.

Memastikan anak-anak menghayati akhlak yang lazim, dan memahami sebab-sebabnya, adalah tugasan institusi pendidikan sewajarnya dan masyarakat bergantung kepadanya

Azizi Ahmad Mingguan Amanah Nasional Bil 174 27 Oktober – 2 November 2019
Tags: inkuiri, moral, nilai, writings
Subscribe

Posts from This Journal “inkuiri” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments